Suatu hari Rabiatul-adawiyah sedang duduk di
rumahnya menunggu ketibaan seorang darwisy untuk makan bersamanya., dengan
maksud untuk melayan darwisy itu, Rabiatul-adawiyah meletakkan dua buku roti
yang dibuatnya itu di hadapan Darwisy itu?, Darwisy itu terkejut kerana tiada
lagi makanan untuk Rabiatul-adawiyah.
Tidak berapa lama kemudian, dilihatnya seorang
perempuan membawa sehidang roti dan memberi kepada Rabiatul-adawiyah menyatakan
tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabiatul-adawiyah.
Rabiatul-adawiyah bertanya: Berapa ketul
roti yang dibawanya itu, Perempuan itu menjawab: Lapan belas.
Rabiatul-adawiyah tidak mahu menerima roti itu
dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pun pergi. Kemudian
datang semula. Rabiatul-adawiyah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa
ada dua puluh ketul roti di bawa perempuan itu.
Darwisy itu bertanya kenapa Rabiatul-adawiyah
enggan menerima dan kemudian menerima pula. Rabiatul-adawiyah menjawab : Allah berfirman dalam al Quran iaitu: Orang
yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh
itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Quran itu dilaksanakan
Wallahu a’lam.
Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin
Attar.
No comments:
Post a Comment