Permata 20
Daripada Abdullah bin Amru ra berkata : Aku mendengar rasulullah saw
bersabda: Kamu semua adalah pengembala
dan kamu semua akan ditanya tentang gembalaannya. Pemerintah adalah pembala dan
akan ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki adalah pengembala pada
keluarganya dan ditanya tentang rakyatnya (keluarganya), perempuan adalah pengembala,
di rumah suaminya dan akan ditanya tentang rakyatnya. Khadam adalah pengembala
kepada harta tuannya dan akan ditanya tentang rakyatnya. Katanya : Aku sangka
bahawa baginda bersabda : Dan lelaki adalah pembala pada harta ayahnya dan akan
ditanya tentang rakyatnya. Kamu semua adalah pengembala dan akan ditanya
tentang rakyatnya (tanggungan). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Imam Muslim mewasiatkan : Amanah
merupakan salah satu sifat yang wajib bagi rasulullah saw. Untuk menjadi darah
daging, amanah bukan hanya perlu dipelajari dan diamalkan tetapi juga mesti
dirasai dan dihayati.
b) Melaksanakan amanah dengan sejujurnya adalah pintu rezeki.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment