Semarak 19
vs semangat di
luar kawalan anda
Semangat adalah berkaitan dengan keghairahan dan komitmen yang dibawa orang
kepada kerja mereka setiap hari. Semangat mempengaruhi motivasi kerja. Semangat
rendah – motivasi rendah. Semangat tinggi – mitivasi tinggi. Mungkin tidak
begitu mudah tetapi terdapat
hubungkaitan langsung antara semangat dan motivasi.
Setiap organisasi bergantung kepada hubungan antara ahlinya. Tempat kerja
semangat tinggi perlu dibina atas konsep kepercayaan dan intergriti. Akan
tetapi, masih tidak mencukupi jika hanya anda percaya kepada pekerja. Mereka
perlu percaya kepada anda. Pekerja perlu mengalami kepercayaan itu setiap hari
semasa bekerja. Hampir semua pekerja ingin membalas kepercayaan itu dengan
menjaga kepentingan anda dan kepentingan organisasi.
Ingatlah bahawa pekerja anda adalah sumber terunggul dan paling berharga.
Anda mungkin mengupah mereka kerana kebolehan mereka, tetapi prestasi yang lebih tinggi bergantung kepada
sikap mereka. Semakin banyak yang dapat anda buat untuk membina tempat kerja
bersemangat tingi, sambil memupuk kepercayaan di kalangan pekerja, semakin
tinggilah tahap motivasi mereka. Marilah kita meninjau beberapa cara untuk
melakukan sedemikian dalam organisasi anda :
a) Lakukan apa
yang anda janji akan lakukan : Kurangkan janji dan tambah penunaian janji. Kerpercayaan dibina apabila
kata-kata selaras dengan tindakan. Niat baik tidak mencukupi. Beritahu pekerja
bahawa anda mengambil berat, dan padankan kata-kata itu dengan tindakan yang
menunjukkan perkara itu setiap hari. Semangat tinggi akan menyusul.
b) Biarlah
integriti menjadi bentuk kecerdasan tertinggi dalam organisasi anda : Integriti dihuraikan oleh segelintir
sebagai kecerdasan tertinggi manusia. Integriti bukan sahaja perkembangan
kejujuran dan kebolehpercayaan manusia, tetapi merupakan apa yang tertinggal
apabila kita buang semua kelayakan dan nama baik kita. Integriti merupakan
gentian moral dan suara hati kita, kepercayaan dan nilai utama kita.
c) Bersifat jujur
dan tunjukkan sifat kemanusiaan anda : Percayakah anda apa yang ingin disampaikan kepada
orang lain?. Adakah anda bersifat benar? Adakah anda memimpin melalui teladan
dengan membuat perkara yang betul mengikut nilai anda? Anda bukan pengurus yang
baik jika anda bertindak secara tidak konsisten dengan diri dalaman dan
kepercayaan anda. Bersifat jujur dengan orang lain dan jangan takut menunjukkan
sifat kemanusiaan anda. Memang OK untuk berkongsi kesilapan, harapan, dan cita-cita
anda. Bersifat benar dan terus terang. Pekerja akan menghormati dan menghargai
kejujuran dan sifat kemanusiaan anda – dua lagi ciri tempat kerja bersemangat
tinggi.
Kita perlu buat lebih
daripada membuat perkara dengan betul – kita perlu juga buat perkara yang betul
- petikan daripada Nilai kita, Pfizer
Pharmaceutical
Wallahu a’lam
Bagaimana memotivasikan
setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment