Permata 18
Ismail bin Abi Uwais telah menceritakan kepada kami, berkata Malik, telah
menceritakan kepadaku daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada
Abdillah bin Amru bin al-As ra katanya : Aku
mendengar rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu
pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hambaNya. Tetapi
Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu
dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang
ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila
mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan
ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan. ( Riwayat al-Bukhari
dan Muslim )
a) Imam al-Syafie berkata : Tuntutlah
ilmu sebanyak yang mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di
dunia dan di akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan
orang-orang soleh.
b) Ilmu pengetahuan mempunyai dua keuntungan. Pertama, kita mengetahui masalah pokok dan kedua,
kita mengetahui di mana kita dapat menemui maklumat berkaitan hal itu.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment