Friday, April 5, 2013

Doa (Hasbiyallah)


Permata  101 :

Daripada Shaddad bin Aus ra, rasulullah saw bersabda: Cukuplah bagiku Allah dan Dialah sebaik-baik wakil, nescaya aman dari setiap yang takut. (Riwayat al-Dailami)

Mutiara hikmah :

a) Hamid al-Affaf ra berkata : Jika Alllah swt mahu membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga keadaan. Diberinya ilmu tanpa amal, diberinya bersahabat dengan golongan soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka serta tidak beradab terhadap mereka dan diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas.

b) Sederhanalah dalam mengharungi kehidupan seharian. Semampu anda, bekerjalah pada sebahagian waktu anda. Orang-orang Yunani percaya bahawa orang tidak mungkin boleh menjaga naluri manusianya jika dia tidak diberi waktu lapang.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ya Allah Ya Tuhan kami. Jadikanlah kami hamba Allah dan khalifahNya yang sentiasa meraih ketakwaan dan mardhatillah. Yang dengannya negara kami, Malaysia mencapai taraf baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur. Aameen.

No comments:

Post a Comment