Permata 16
Imam al-Bukhari berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang berjalan di satu jalan
menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya akan jalan ke syurga.
(Riwayat al-Bukhari)
Mutiara hikmah :
a) Ilmu itu hanya akan dicapai dengan laku dimulai dengan tekad yang bulat
dan diusahakan terus menerus dengan membatasi hawa nafsu.
b) Kehausan ilmu pengetahuan sama dengan kehausan harta, makin terasa
selepas ilmu ataupun harta itu diperolehi. Oleh yang demikian, kejarlah ilmu
kerana dengan ilmu anda dapat hidup selama-lamanya. Manusia pasti mati tetapi
ilmunya tetap hidup.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment