Showing posts with label Kisah wali Allah. Show all posts
Showing posts with label Kisah wali Allah. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Suhail bin Abdullah Al-Tustari


Katanya: Satu hari di belantara saya bertemu seorang perempuan tua yang nampaknya sangat miskin. Apabila saya beri dia wang, beliau enggan menerima dan mengangkat tangannya dan terus berdoa. Tak semena-mena datang wang emas ke tangannya. Dengan tersenyum , orang tua itu berkata: Tuan ambil wang dari saku tuan, tetapi saya dapati wang dari Kuasa Maha Ghaib. Setelah berkata demikian, orang tua itu pun hilang.

Apabila saya pergi ke Mekah, saya nampak orang tua itu di sisi Kaabah. Semasa saya bertawaf, saya lihat Kaabah itu bertawaf mengelilingi orang tua itu. Saya bertanya kepadanya kenapa perkara ganjil itu terjadi. Beliau menjawab: Orang yang datang mengunjungi Kaabah mestilah bertawaf mengelilingi Kaabah tetapi orang yang datang ke Kaabah dengan memfanakan diri dan alam, Kaabah itu yang bertawaf mengelilinginya.

Suhail berkata: Tiap-tiap hari Allah menghantar kepada kita perutusan yang berbunyi : Wahai hambaKu! Aku rindu hendak bertemu denganmu tetapi kamu tidak ingat kepadaKu! Aku ajak kamu datang kepadaKu tetapi kamu berpaling ke lain. Aku hindarkan bala bahaya dari perjalananmu tetapi kamu terus juga melakukan dosa dan maksiat. Alangkah zalimnya kamu! Apakah jawab tuan di hadapan Allah di akhirat kelak?

Katanya lagi; Pada orang yang benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah maka Allah akan jagakan dia bila sampai waktu sembahyang sekiranya ia tertidur.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Daud Al-Ta’i


Beliau tidak mengunyah makanan tetapi direndamnya dalam air dan menelannya. Apabila ditanya kenapa beliau berbuat begitu, beliau menjawab : Untuk menjimatkan masa kerana masa itu saya gunakan membaca ayat-ayat Quran.

Daud Al-Ta’i tidak mengalih bekas airnya dari cahaya matahari itu akan membuang  masanya dengan meminum air sejuk maka dengan itu membuang masanya untuk mengenang Allah.

Daud tinggal di ruah buruk. Orang berkata: Tuan, atap rumah itu telah lapuk dan bila-bila masa sahaja akan jatuh menimpa tuan. Beliau menjawab: Saya tidak ada masa melihat atap itu dan juga saya telah membuat keputusan tidak akan membina rumah seumur hidup saya. Setelah beliau meninggal dunia, atap itu pun roboh tidak lama kemudian.

Beliau ditanya: Tuan, kenapa tuan tidak sikat janggut. Beliau menjawab: Saya tidak ada masa menyikat janggut kerana masaku penuh dengan mengenang Allah.

Apabila beliau dipinta memberi nasihat, beliau berkata: Jauhkan diri dari ahli-ahli dunia  dan ketahuilah sia-sia berbual kosong dan sia-sia juga melihat perkara-perkara yang tidak diperlui.

Apabila beliau membasuh pakaiannya, beliau berkata: Sekiranya aku dapat membasuh hatiku seperti ini.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Imam Ahmad b Hanbal


Seorang murid beliau tinggal semalam bersama beliau, Hanbal meletakkan satu jag air di sisi tempat tidurnya dan pergi sembahyang keseluruhan malam itu. Apabila pagi beliau pergi kepada muridnya itu dan didapatinya air masih penuh dalam jag itu.

Beliau bertanya kenapa air itu tidak digunakan. Murid itu menjawab : Saya gunakan untuk apa? Imam itu menjawab: Untuk mengambil wuduk dan kemudian sembahyang sepanjang malam. Nampaknya kamu tidak amalkan apa yang kamu pelajari dariku.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Abu Syaqiq Al-Balkhi


Seorang tuan berkata kepada Syaqiq : Saya datang hendak bertaubat. Haraplah doakan supaya Allah terima taubatku ini. Syaqiq menjawab : Tuan telah terlambat. Orang itu menjawab : Bukankah saya datang, cepat kerana bukankah Allah berfirman bahawa orang yang bertaubat hampir mati pun akan diterima taubatnya dan sekarang saya datang sebelum saya mati. Syaqiq berkata: Tuan memang benar. Lalu permintaan orang itu diterimanya.

Bicaranya:

1. Sembilan bahagian daripada ibadat itu ialah merasa takut kepada Allah dan menjauhkan dunia dan satu bahagian ialah dengan menutup mulut.
2. Mati itu pasti akan tiba. Oleh itu bersedialah menghadapinya.
3. Jangan tangguhkan memohon taubat kerana hendakkan kurniaan dan panjang umur.
4. Hendaklah bergantung lebih dengan janji-janji Allah daripada janji-janji manusia.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Sufyan Al-Thauri


Selama tiga puluh  tahun, beliau ini tidak tidur. Masa tersebut dihabiskan dengan sembahyang.

Seorang muda tidak mampu hendak pergi ke Mekah dan beliau mengeluh tentang perkara ini. Al-Thauri berkata kepadanya : Saya telah pergi naik haji ke Mekah empat kali dan saya sedia menukar kebajikan yang saya dapat dengan naik haji itu dengan apa yang engkau keluhkan itu.

Orang muda itu bersetuju dan pertukaran dilangsungkan. Kedua-duanya pihak itu suka hati. Pada satu malam, Al-Thauri mendengar suara: Kamu telah melakukan sesuatu yang sangat beruntung. Kamu beli sesuatu itu sangat murah dan jika kamu bahagi-bahagikan itu kepada alam, maka semua dalam alam akan jadi sangat kaya.

Bicaranya:

1. Janganlah jualkan persahabatanmu dengan Allah kerana hendakkan persahabatan dengan dunia dan isinya.
2. Aku takut menerima sesuatu dari sesiapa kerana hatiku mungkin jatuh cinta kepada orang itu. Aku hanya inginkan hidup bersama Allah.
3. Dosa dengan manusia itu lebih besar dari dosa dengan Allah
4. Bagi Ahli dunia, tidur itu lebih baik dari berjaga kerana dengan tidur itu mereka tidak membincangkan hal-hal keduniaan.

Seorang bertanya kepada Al-Thauri : Jika seseorang  itu pergi berkhalwat (memencilkan dirinya kerana Allah), apakah hendak dimakannya?. Beliau menjawab: Orang yang takut kepada Allah tidak khuatir kepada apa sahaja kegiatan keduniaan.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Tuesday, April 9, 2013

Abu Yazid Al-Bistami (2)


1. Aku ini hamba Allah, kenapa pula kehendakku mendahului kehendakNya.
2. Aku bersyarah selama 40 tahun. Tidak seorang pun yang dapat maju melalui syarahanku itu kecuali Allah mengkehendakinya supaya orang itu maju dalam bidang kerohanian itu tanpa syarahan.
3. Siapa yang dikasihi Allah, dia akan diberi penderitaan
4. Bersama-sama dengan orang salih itu adalah lebih baik dari melakukan amal salih. Bersama-sama dengan syaitan itu adalah lebih hina dari melakukan perbuatan yang keji.
5. Jangan bergantung dengan usahamu tetapi bergantunglah dengan rahmat Allah.
6. Anggaplah kekuatan hidupmu itu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu.
7. Kasih kepada Allah menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan akhirat
8. Berpuasa itu mendatangkan rahmat

Ya Allah, buangkanlah hijab antara kami dan Engkau, agar wujud kami tidak terpisah dari wujudMu. Oh Tuhan! Jadikanlah kemiskinan dan puasa membawa kami hampir kepadaMu. Kami tahu Engkau sahaja melalui rahmatMu.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Abu Yazid Al-Bistami (1)


Kisah 1 :

Seseorang telah bertanya padanya: Kenapakah aku tidak maju dalam kerohanian, sedangkan aku telah bersama-samamu beberapa lama?. Lantas dijawabnya: Kerana nafsu amarahmu tidak kamu kontrol dan kamu tidak buangkan kemuliaan seperti kamu buangkan kehinaan. Anggaplah keduanya sama.

Kisah 2 :

Ada orang bertanyanya: Kenapa tuan tinggal lama di satu tempat? Tidakkah tuan tahu air yang lama berada di satu tempat itu akan jadi kotor dan berubah warnanya?  Jawab beliau : Kenapa kamu tidak jadi sungai!

Kisah 3 :

Abu Yazid sembahyang di belakang seorang imam. Selepas sembahyang, imam itu bertanya padanya: Nampaknya tuan tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Bagaimana tuan dapat nafkah?. Abu Yazid menjawab: Sebelum saya menjawab pertanyaan tuan, lebih baik tuan keluar dari tempat imam dalam sembahyang ini, kerana barangsiapa yang tidak tahu bahawa yang memberi rezeki itu adalah Allah dan tidak kenal kepada Allah itu, maka dia tidak layak menjadi imam dalam sembahyang.
 
Kisah 4 :

Orang bertanya padanya, kenapa beliau tidak memimpin orang ke jalan kerohanian itu. Beliau menjawab: Bagaimana saya hendak pinta kepada Allah supaya menerima seseorang yang telah dilontar dari majlis Allah  oleh Allah sendiri

Kisah 5 :

Apabila seseorang memintanya berdoa kepada Allah memohon agar kehendaknya dikabulkan. Beliau lantas berdoa: Dia ini adalah makhlukMu. Kamu menjadikan dia. Kamu tahu keadaannya sebenarnya. Siapa pula aku ini hendak menjadi pengantara antara Kamu dan dia?.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Monday, April 8, 2013

Dzu’n-nun Al-Misri


Suatu hari beliau ke suatu terusan. Dia mengambil wuduk di situ. Dilihatnya hampir dengan terusan itu ada sebuah istana yang indah dan di langkan (serambi gantung) istana itu berdiri seorang perempuan cantik. Dzu’n-nun meminta perempuan itu bercakap.
 
Kata perempuan itu: Bila saya lihat tuan dari jauh, saya sangkakan tuan gila. Bila tuan hampir saya lihat tuan ini seorang yang alim. Apabila tuan datang hampir lagi, saya anggap tuan ini seorang yang bercahaya jiwanya. Tetapi bila tuan bercakap kepada saya, maka saya pun menganggap tuan bukan gila, bukan alim dan bukan jiwa yang bercahaya, tuan tidak akan melihat kepada yang lain kecuali Allah.

Setelah berkata demikian, perempuan itu pun ghaib.

 Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Bisyar Al-Hafi


Bisyar Al-Hafi berkata : Kosongkan rumahmu, lebih kosong dari kubur agar kamu tidak terasa susah meninggalkan dunia.

Setelah meninggal dunia, seorang wali Allah terlihat Al-Hafi dalam  mimpinya dan beliau bertanya kepada Al-Hafi bagaimana keadaannya di hadrat Allah. Al-Hafi menjawab: Tuhan berpura-pura marah, berkata, Hai Al-Hafi, kenapa kamu takut sangat-sangat kepadaKu di di dunia dulu? Tidakkah kamu tahu Aku ini pengasih dan penyayang. Sekarang makanlah makanan yang lazat ini kerana di dunia kamu berpuasa keranaku. Minumlah minuman yang paling nyaman kerana di dunia kamu tidak minum ini, kerana dengan makan dan minum ini masamu terbuang dan ibadatmu terganggu.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Sunday, April 7, 2013

Rabi’atul-Adawiyyah Al-Basriyyah (6)


Seorang hamba berteriak : Aduh sakitnya! Rabi’atul-Adawiyyah bertemu dan berkata: Oh! Bukannya sakit. Orang itu bertanya kenapa beliau berkata begitu. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab : Kerana sakit itu adalah satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok menanggung sakit itu.

Demikianlah pada suatu ketika yang lain, Rabi’atul-Adawiyyah melihat orang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menyatakan dia sakit kepala. Rabi’atul-Adawiyyah bertanya: Berapa umurmu? Jawabnya: Tiga puluh tahun. Rabi’atul-Adawiyyah bertanya lagi : Hingga hari ini bagaimana keadaanmu? Kata orang itu: Sihat-sihat sahaja.

Rabi’atul-Adawiyyah pun berkata: Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalanya dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu.

Wallahu a’lam.

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar.

Rabi’atul-Adawiyyah Al-Basriyyah (5)


Salih Al-Qazwini selalu mengajar muridnya: Siapa yang selalu mengetuk pintu rumah seseorang akhirnya satu hari pintu itu akan dibuka untuknya. Satu hari Rabi’atul-Adawiyyah mendengar beliau bercakap demikian. Rabi’atul-Adawiyyah pun berkata kepada Salih: Berapa lama kamu hendak berkata demikian menggunakan perkataan masa depan iaitu akan dibuka?. Adakah pintu itu pernah tertutup?. Pintu itu sentiasa terbuka. Salih mengakui kebenarannya.

Wallahu a’lam.

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar.

Rabi’atul-Adawiyyah Al-Basriyyah (4)


S: Dari mana kamu datang?
J: Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah.

S: Adakah kamu lihat Tuhan yang kamu sembah itu?
J: Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan menyembahnya.

S : Adakah Allah menerima taubat orang yang membuat dosa?
J: Itu hanya apabila Allah mengurniakan kuasaNya kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu, Allah akan menerima taubatnya kerana dosa yang telah dilakukannya.

S: Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis
J: Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan

S: Kenapa kamu memakai pakaian koyak dan kotor. Kamu ada kawan yang kaya dan dia boleh memberimu pakaian baru.
J: Aku merasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun tersebut. yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua yang memiliki segala-galanya.

S: Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian kepada lelaku dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat mencapai pangkat kewaliaan yang tinggi itu. Oleh itu apakah faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut.
J : Apa yang kamu katakan itu benar, tetapi cubalah katakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf kehampiran dengan Allah dan lalu berkata: Akulah yang hak. Di samping itu tidak ada orang kasi yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki sahaja. Seorang perempuan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan.

S: Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?
J : Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah persahabatan namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?

Ya Allah Ya Tuhan kami, doa kami padaMu ialah sepanjang hayat kami, berilah kamu dapat mengingatiMu dan apabila mati kelak berilah kami dapat memandangMu. Aameen.

Wallahu a’lam.

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar.

Rabi’atul-Adawiyyah Al-Basriyyah (3)


Suatu hari Rabiatul-adawiyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan seorang darwisy untuk makan bersamanya., dengan maksud untuk melayan darwisy itu, Rabiatul-adawiyah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di hadapan Darwisy itu?, Darwisy itu terkejut kerana tiada lagi makanan untuk Rabiatul-adawiyah.

Tidak berapa lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberi kepada Rabiatul-adawiyah menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabiatul-adawiyah. Rabiatul-adawiyah bertanya: Berapa ketul roti yang dibawanya itu, Perempuan itu menjawab: Lapan belas.

Rabiatul-adawiyah tidak mahu menerima roti itu dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pun pergi. Kemudian datang semula. Rabiatul-adawiyah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti di bawa perempuan itu.

Darwisy itu bertanya kenapa Rabiatul-adawiyah enggan menerima dan kemudian menerima pula. Rabiatul-adawiyah menjawab : Allah berfirman dalam al Quran iaitu: Orang yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Quran itu dilaksanakan

Wallahu a’lam.

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar.

Rabi’atul-Adawiyyah Al-Basriyyah (2)


Suatu ketika Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka’abah. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanan itu. Oleh itu, empat belas tahun barulah beliau tiba ke Ka’abah.

Apabila tiba didapatinya Ka’abah tiada. Beliau merasa hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata: Ka’abah itu telah pergi melawat Rabi’atul-adawiyah. Apabila Ka’abah itu kembali ke tempatnya dan Rabiatul-adawiyah sedang menongkat badannya yang tua itu kepada tongkatnya, maka Ibrahim pun pergi bertemu dengan Rabiatul-adawiyah dan berkata:  Rabiatul-adawiyah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang ganjil itu membuat haru-biru di dunia ini?
 
Rabiatul-adawiyah menjawab: Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap ria (untuk mendapat publisiti) pergi ke Ka’abah mengambil masa empat belas tahun. Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya.

Rabiatul-adawiyah berkata: Kamu isi perjalananmu dengan sembahyang tetapi aku mengisinya dengan perasaan tawaduk dan khusyuk.

Wallahu a’lam.

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar.

Doa kami padaMu ialah sepanjang hayat kami berikanlah kami dapat mengingatiMu dan apabila mati kelak berilah kami dapat memandangMu. Aameen.

Rabi’atul-Adawiyyah Al-Basriyyah (1)


Suatu ketika, semasa beliau menuju Ka’abah dan sedang melalui hutan dilihatnya Ka’abah datang mempelawanya. Melihat itu, beliau berkata: Apa hendakku buat dengan Ka’abah ini, aku hendak bertemu dengan tuan Ka’abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah? Aku tidak mahu hanya melihat Ka’abah, aku mahu Allah.

Wallahu a’lam.


Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar.

Saturday, April 6, 2013

Syeikh Abdul Kadir Jilani (3)


Satu malam Khalifah Al-Mustanjid Billah datang ke madrasah beliau dengan tujuan untuk melihatnya. Khalifah pun duduk dengan takzim, untuk mendapat nasihat dari beliau. Khalifah membawa sepuloh buah karung berisi wang emas dan perak untuk dihadiahkan kepada Syeikh Abdul Kadir.

Beliau enggan menerimanya tetapi setelah didesak beliau pun mengambil dua karung yang baik sekali. Karung itu ditekan dengan tangannya, keluarlah dari dari karung itu. Tuan ambil wang itu dengan memeras orang ramai dan menghadiahkan pula kepada saya. Ini menunjukkan tuan telah memeras darah manusia.

Mendengarkan itu, khalifah pun pengsan.

Wallahu a’lam.

Abdul Majid Hj Khatib

Friday, April 5, 2013

Syeikh Abdul Kadir Jilani (2)


Syeikh Muzaffar bin Mansur berkata : Semasa mudaku, aku lihat Syeikh Kadir bersama-sama dengan sebilangan besar orang. Apabila kami duduk, ada bersamaku sebuah buku berkaitan kerohanian dan falsafah. Tanpa melihat padaku, Syeikh Abdul Kadir berkata : Buku itu bukanlah sahabat yang baik untukmu, bangunlah dan basuhlah buku itu.

Aku  tidak suka membasuh buku itu kerana sayangkannya namun tidak suka melanggar suruhan syeikh itu. Dengan maksud untuk menyimpannya, aku pun hendak bangun tapi gagal berdiri. Syeikh meminta buku tersebut lalu aku serahkan padanya.

Ini ialah buku Ibn Zaris Muhammad berjudul Fadhailul-Quran, katanya sambil memulangkannya kembali padaku.  Benar itulah judul buku yang baruku terima. Meskipun tulisan berkaitan kerohanian dan falsafah itu tertanggal dari lembaran buku asalku , aku telah menghafal sebahagian besar tentangnya.

Syeikh Abdul Kadir menyuruh aku bertaubat apa yang ada dalam fikiranku meskipun bukan pada lidahku. Aku menjawab dengan persetujuan. Syeikh Abdul Kadir pun menyuruh aku bangun. Apabila aku bangun, aku dapati aku telah lupa apa yang aku hafaz dari buku asalku itu.

Wallahu a’lam.

Abdul Majid Hj Khatib

Tuesday, April 2, 2013

Abu Hazim Al-Makki


Abu Hazim berkata : Perkara yang telah ditakdirkan untukku pasti aku dapat walaupun aku lari daripadanya dan perkara yang telah ditakdirkan bukan untukku pasti tidak dapat walaupun aku bersusah payah untuk mendapatkannya.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Sunday, March 31, 2013

Habib Al-Ajmi (4)


Habib Al-Ajmi menangis teresak-esak bila mendengar orang membaca Al-Quran. Orang bertanya: Jika kamu tidak tahu maksud bacaan Quran itu, kenapa kamu menangis?. Beliau menjawab : Meskipun aku ini orang Iran, tetapi hatiku Arab.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Habib Al-Ajmi (3)


Hasan : Ajmi (murid Hasan ), bagaimana kamu boleh sampai ke peringkat kerohanian yang tinggi ini?

Ajmi : Dengan membersihkan hati melalui sembahyang dan bukan dengan menghitamkan kertas melalui tulisan. Mendengarkan itu, Hasan berkata : Sayang! Pengajaranku menguntungkan orang lain, bukan diriku!

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar