Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam,
jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara
kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan
keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.
Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu,
agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang
diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah
kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan
yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan
sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami
daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala
buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah
antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan
keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan
rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.
Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini
penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang
pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki.
Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang
melakukan kerosakkan. Ya
Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah
dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.
Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said
Stadium Merdeka
31hb Ogos 1957.
( muftins.gov.my )
No comments:
Post a Comment