Zaman ini serba
pahit
Hanyir darah
masih membalut udara
Segala suara mati
di rongga tidak bernada
Hati-hati apabila
berbicara
Perlu dilihat
muka siapa
Kerling mata
menyisip antara ruang penjara
Engkau
penyair akan menulis segala cerita
Penama
tajam boleh menghiris segala derita
Atau
sekadar menyelamatkan diri menganggukkan kepala
Engkau wartawan
kutip berita antara manusia
Penamu tajam
dapat mencungkil keburukan mereka
Engkau diam
mengikat tangan di bawah meja
Zaman ini
memaksamu menulis yang baik belaka
Semua menekan
kerana di atasnya besi berpadu
Segala menjemukan
kerana padanya nyata yang palsu
Abdul Qayyum Shahril
Dewan Siswa
Jan 2013
No comments:
Post a Comment