Thursday, January 17, 2013

Ada kita kisah


Fenomena tragedi remaja hari ini
pelbagai kisah pelbagai ranah
pelbagai ragam dan ulasan
ada kita kisah?

Terpapar di dada akhbar
berita gadis tragis duka
tsunami pembuangan zuriat suci
di lembah dosa kian kritikal
ada kita kisah?

Kekecewaan yang dirasakan
membelit batin dan jiwa
tiada mampu memilih
jalan syurga atau neraka
ada kita kisah?

Di manakah jalan penyelesaian
yang masih terkusut
ada kita kisah?
 
Dosa hukuman
satu pangajaran yang remeh
dipandang sebelah mata
ada kita kisah?

Atau itu titik muktamad
jalan mutakir yang sebenar
ada kita kisah?

Siti Rafzah Saari
Bandar Baru Bangi
Tunas Cipta
Jan 2013

No comments:

Post a Comment