Saturday, January 5, 2013

Detik itu……


Detik itu….
bagaikan suatu igauan
atau hanya gurauan
berbeza pandangan
bagi mereka yang beriman
jua mereka yang tiada pedoman.....

Detik itu....
rakusnya akan tiba
bagi insan yang hidup alpa
merobek roh meninggalkan jasad
lebih bisa dari disengat
lebih bisa dari disebat
rasanya bagai disiat
terpisah daging dari kulit jasad.....

Mengapa detik itu
tidak dinyata.....?
walaupun rasul pernah ditanya
tiada jawapannya....

Mungkin....
ada rahsia di dalam rahsia......

Hikmahnya....
bila manusia tahu
sudah hidupnya bila....
pasti tiada penghuni neraka!
lantaran ingat detik itu
yang jahat pun boleh jadi pemalu
yang bertelingkah tidak lagi berseteru
yang kuat berbohong tidak lagi menipu
pasti anak sayangkan ibu
pasti isteri taatkan suami
pasti suami hargai si isteri
lantaran iman yang teguh di hati.

Tidak mahu dosa menggunung tinggi
taubat nasuha menjadi ganti
tapi kita tidak sering diingat
bila alpa terus lupa
lantaran.......
hidangan dunia hanya di depan mata
aku kaya! Aku kuat!
aku berkuasa!
angkuh bermaharajalela......

Adapun manusia
yang ada ilmu di dada
mengingatkan manusia
hanya bila disuruh
itupun tidak seluruh
kadangkala ingatan jadi
mainan seloroh
juga tidak sentiasa
hanya ada masanya.

Wahai insan
ingatkan  dirimu sebelum kamu diingat
bila di telinga kedengaran syahadat
tatkala mulut bagai disumbat
dosa noda yang mengikat.

Detik itu bukan omongan
jua bukan satu gurauan
tapi ia adalah ingatan
jadikan ianya sebagai pedoman
kerana di hadapan kita
hanya ada dua jalan
tiada pilihan
jalan Tuhan atau jalan syaitan......

Detik itu pasti tiba.....
bersediakah kita???

Shuliyana bt Yahya
Kuala Kangsar Perak

No comments:

Post a Comment