Sunday, January 20, 2013

Maksiat batin 2


Kegemaran membanyakkan perkataan

Adapun tersangat gemar kepada membanyakkan percakapan maka ia dicela oleh syarak kerana :

Firman Allah Taala : Tiada kebajikan bagi mereka yang membanyakkan perkataan melainkan seorang yang menyuruh dengan berbuat sedekah atau menyuruh dengan berbuat kebajikan atau mendamaikan antara orang yang berkelahi.

Sabda nabi saw : Sesiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia berkata yang kebaikan atau dia diam.

Dan sabda nabi saw : Sesiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyak jatuhnya, sesiapa yang banyak jatuhnya, nescaya banyak dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, nescaya api neraka terlebih utama dengannya.

Wallaahu a’lam.

Hidayah Salikin
Syeikh Abdul Samad al-Palimbani.

No comments:

Post a Comment