Nilai Keempat Etos
Perkhidmatan Awam
Prinsip bekerjasama dan bersepakat menekankan aspek penglibatan bersama
setiap individu dalam organisasi dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu
masalah @ melaksanakan tugas. Setiap penjawat awam perlu mempunyai keinginan dan
inisiatif untuk berkolaborasi secara aktif sama ada secara intra atau
inter-agensi. Kolaborasi ini akan mengoptimumkan perkongsian sumber dan
kemudahan, meningkatkan nilai untuk wang, meningkatkan perkongsian maklumat,
meningkatkan ruang untuk sinergi idea dan meningkatkan jati diri, yang menjurus
ke arah peningkatan nilai.
Oleh kerana sektor awam sering dilabelkan sebagai tidak cekap, bekerja
secara silo, tidak berupaya untuk
menerima idea-idea baru dan bertindak dengan fikiran tertutup. Maka. Bagi
melenyapkan pandangan negatif itu, penjawat awam haruslah aktif mengambil
inisiatif untuk bergerak secara secara seamless
tanpa mengira portfolio atau core
business masing-masing supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat dan stakeholders.
Penjawat awam adalah digesa supaya terus bekerjasama dan bersepakat dengan
mengutamakan esprit de corps dalam
usaha mencapai aspirasi negara.
Amalan :
# Berkongsi sumber dan kemudahan di dalam dan di antara agensi
# Menyemai budaya seamless
perkhidmatan awam
# Berkongsi maklumat di semua peringkat dalam organisasi
# Saling menasihati dan memberi tunjuk ajar sesama rakan sekerja
# Memupuk semangat berpasukan
# Meningkatkan espirit de crops
di kalangan penjawat awam.
Etos Perkhidmatan Awam
MAMPU, 2012
No comments:
Post a Comment