Wednesday, January 2, 2013

Ibnu Hazm dan iman yang kental


Ibnu Hazm sangat beriman dan percaya bahawa Allah SWT yang telah memberikan bakat-bakat pemikirannya, maka dia merasa wajib untuk mensyukurinya, iaitu dengan melaksanakan hak-hakNya dan kalau dia tidak melaksanakan hakNya atau menguranginya bererti dia telah menginkarinya.

Ibnu Hazm sangat mencela orang-orang yang kurang menggunakan bakat-bakatnya. Dia berkata : Jika kamu merasa sombong dengan ilmumu, ingatlah bahawa kamu tidak mempunyai pekerti dalam ilmu itu, padahal itu  adalah pemberian Allah. Tuhanmu telah memberikannya kepadamu, maka janganlah menerimanya dengan sesuatu yang membuatNya marah. Barangkali Allah akan menjadikan kamu lupa dengan alasan Dia sedang mengujimu, kemudian Dia akan menjadikan kamu lupa akan apa yang kamu pelajari dan yang kamu hafalkan.

Abdul Malik bin Tharif seorang ahli ilmu yang cerdas, sederhana dan teliti dalam mencari ilmu memberitahuku bahawa dia mempunyai nasib yang baik dalam menghafal. Setiap apa yang lalu dari telinganya, tidak perlu baginya untuk diulangi dan dia mampu untuk menirunya. Suatu hari dia belayar di lautan, rasa takut menghinggapinya sehingga membuat dia lupa akan apa yang telah dihafalnya, membuat kekuatan hafalannya berkurang dan tidak ada yang dapat menggantikan kecerdasannya lagi.

Sesuatu telah terjadi padaku, yang membuatku sedar. Hilanglah apa yang pernah aku hafal, kecuali hanya sedikit. Aku tidak mampu untuk mengembalikannya lagi, kecuali setelah bertahun-tahun.

Ingatlah bahawa kebanyakkan orang yang bersungguh-sungguh mencari ilmu, mereka bersungguh-sunggih dalam membaca, berdedikasi untuk belajar dan mencari ilmu, kemudian mereka tidak akan mendapat sesuatu darinya. Ingatlah bahawa orang yang bersungguh-sungguh mencari ilmu, kalau hanya dengan berdedikasi pada belajar saja, maka dia akan menemukan banyak orang lain yang lebih darinya, betul bahawa itu adalah pemberian dari Allah. Di sini akan hilanglah rasa kekaguman itu. Ini hanyalah salah satu tempat untuk merendah diri, untuk mensyukuri nikmat Allah, untuk selalu meminta tambahan nikmatNya, dan untuk selalu meminta perlindunganNya.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

No comments:

Post a Comment