Friday, January 4, 2013

Pembahagian harta 1


Harta Pusaka :

Sabda rasulullah saw : Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku.....

Hak-hak ke atas harta :

1. Hak-hak yang berkaitan dengan harta tersebut seperti nazar, gadaian dan sebagainya.
2. Penyelenggaraan mayat sehingga dikebumikan
3. Hutang piutang
4. Wasiat
5. Hak pusaka

Kelayakan menjadi waris :

1. Nasab
2. Perkahwinan yang sah

Syarat-syarat pewarisan :

1. Kematian – matinya orang yang hartanya diwarisi
2. Pewaris masih hidup
3. Tiada halangan dari segi pewarisan

Hilang kelayakan menjadi waris :

1. Membunuh orang yang hartanya ingin diwarisi
2. Berlainan agama termasuk murtad
3. Perhambaan

Wallaahu a’lam.

Ilmu Faraid : Pembahagian harta (ms1)
Jabatan Mufti Negeri Kelantan

No comments:

Post a Comment