kerana hutan kita
tidak tersisa
yang tumbang
ditebang itulah lebuh raya
rantingnya
disumpah, tersisa jadi sekolah
dahan yang timur,
penuh jamur hilang hancur
dahan yang barat,
penuh serat membeban berat
terasnya
tercagar, membayar hutang bangsa
akarnya rencam
terpecah, jadi air jadi darah.
Maafkan aku cucu
kerana padangmu
tiada rusa berburu
lopak di Timur
lembah, itulah tapak rumah
bukit kecil di
Barat, jin puakanya kian sarat
padang di tengah,
medan banga jual maruah
cerun cerakah,
tempat sang Bota berlangir darah.
Maafkan kami
wahai generasi
kerana lautmu tak
punya terumbu
raja duyung,
hilang sakti di hujung tanjung
jerung pari,
murung dalam kaca terkurung
penyu belimbing
lupa arah menimbud telur
air lautmu dan
air mataku keruh berbaur.
Maafkan aku dunia
baharu
kerana langitmu
sudah kujual terpilah-pilah
antara jalur
lebar atau gelombang pelbagai gelar
dari langit
degung berbaur, pesawat awam dan tempur
asap debu menari
tari, letus lahar gunung berapi
warna langit
masih biru walau hangit terhidu
racunnya bisa
tajam, pada jantung menikam.
Maaf, kerana
warisanku cuma mimpi beku
igau ngeri
menaksir cekal hati, mencalar akal budi
moga maaf kami,
bukan alasan buat kalian
moga dosa kami,
bukan satu warisan.
Maaf......
Ismail Kassan
Subang Jaya
November 2012
No comments:
Post a Comment