Saturday, January 5, 2013

Pembahagian harta 4


Hajbu (Halangan)

Hajbu ialah halangan daripada mewarisi harta sama ada seluruh harta atau sebahagiannya kerana adanya waris yang lebih utama daripadanya.

Pembahagian Hajbu :

1. Hajbu Hirman
Hajbu Hirman ialah halangan ahli waris daripada mewarisi seluruh harta kerana adanya waris lain yang lebih berhak seperti cucu L terhalang daripada mewarisi harta kerana adanya anak L.

Waris Yang Tidak Akan Terhalang :
Anak kandung L
Anak kandung P
Bapa
Emak
Suami
Isteri

Waris Yang Akan Terhalang :

Waris Lelaki

1. Datuk apabila adanya Bapa, datuk yang jauh akan terhalang dengan adanya datuk yang dekat.

2. Saudara L seibu sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                       Anak L                        Cucu L dari anak L

3. Saudara L sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                            Anak L             Cucu L dari anak L
Saudara L seibu sebapa
Saudara P seibu sebapa yang termasuk dalam golongan Asabah Ma’a Ghairihi.

4. Saudara L seibu dan Saudara P seibu apabila ada, sama ada :
Bapa                            Datuk                           Anak L
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Anak P
Cucu P dari anak L dan ke bawah

5. Cucu L dari anak L apabila adanya anak L, cucu yang dekat akan menghalang cucu yang jauh (cicit).

6. Anak saudara dari saudara L seibu sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                            Datuk                           Anak L
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Saudara L sebapa

7. Anak saudara dari saudara L sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                            Datuk                           Anak L
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Saudara L sebapa
Anak saudara dari saudara L seibu sebapa

8. Bapa Saudara seibu sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                            Datuk                           Anak L
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Saudara L sebapa
Anak saudara dari saudara L seibu sebapa
Anak saudara dari saudara L sebapa

9. Bapa Saudara sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                            Datuk                           Anak L
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Saudara L sebapa
Anak saudara dari saudara L seibu sebapa
Anak saudara dari saudara L sebapa
Bapa saudara seibu sebapa

10. Anak Bapa Saudara (sepupu) seibu sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                Datuk                           Anak L
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Saudara L sebapa
Anak saudara dari saudara L seibu sebapa
Anak saudara dari saudara L sebapa
Bapa saudara seibu sebapa
Bapa saudara sebapa

11. Anak Bapa Saudara (sepupu) sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                Datuk                           Anak L
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Saudara L sebapa
Anak saudara dari saudara L seibu sebapa
Anak saudara dari saudara L sebapa
Bapa saudara seibu sebapa
Bapa saudara sebapa
Anak Bapa Saudara (sepupu) seibu sebapa

Waris Perempuan

1. Nenek apabila ada emak

2. Cucu P dari anak L apabila adanya, sama ada:
Anak L
Dua orang atau ramai anak P kecuali dia mejadi asabah

3. Saudara Perempuan seibu sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                Anak L Cucu L dari anak L dan ke bawah

4. Saudara Perempuan sebapa apabila adanya, sama ada :
Bapa                Anak L Cucu L dati anak L dan ke bawah
Saudara Perempuan seibu sebapa yang termasuk dalam golongan Asabah Ma’a Ghairihi
Dua orang Saudara Perempuan seibu sebapa kecuali dia menjadi asabah

5. Saudara Perempuan seibu apabila adanya, sama ada :
Bapa                Datuk               Anak L Anak P
Cucu L dari anak L dan ke bawah
Cucu P dari anak L dan ke bawah

2. Hajbu Nukshan

Hajbu Nukshan ialah di mana ahli waris mendapat kurang dari sepatutnya kerana adanya ahli waris yang lain,misalnya hak suami ½ daripada harta berkurangan kepada ¼ kerana adanya anak.

Petunjuk :
P : Anak Perempuan
L : Anak Lelaki
Asabah : Lebihan
Mahjub : Terhalang
I/B : Seibu Sebapa
B : Sebapa
I : Seibu

Wallaahu a’lam.

Ilmu Faraid : Pembahagian harta (ms 7-10)
Jabatan Mufti Negeri Kelantan

No comments:

Post a Comment