Thursday, January 3, 2013

Ibnu Hazm dan kata-kata mereka :


Sha’id Al-Andalusi : Penduduk Andalusia sepakat bahawa Ibnu Hazm adalah sumber ilmu-ilmu keislaman dan yang paling luas pengetahuannya. Di samping itu dia menguasai ilmu-ilmu bahasa, balaghah, syair, sirah dan sejarah dengan sangat luas. Puteranya Al-Fadhl memberitahuku bahawa dia mengumpulkan tulisan-tulisan tangan ayahnya sebanyak empat ratus jilid.

Adz-Dzahabi : Padanya berakhir kepintaran dan kejelian berfikir. Ilmunya sangat luas tentang Al-Quran, As-Sunnah nabi, mazhab-mazhab fiqh dan sektor, bahasa Arab, sastera, logika dan syair dengan kejujuran dan keagamaannya, kekayaan dan bukunya yang banyak.

Imam Al-Ghazali :  Aku menemukan sebuah buku tentang Asma Allah karangan Muhammad bin Hazm, sebagai bukti akan keagungannya dalam menghafal dan alur pemikirannya.

Abdul Wahid Al-Marakisyi : Dia (Ibnu Hazm) memiliki banyak karangan yang berharga dan bertujuan mulia pada bidang ushul-fikih dan cabang-cabangnya. Telah sampai berita kepadaku dari para Ulama Andalusia bahawa karangan-karangannya tentang fikih, hadis, ushul, sejarah agama dan sekte, juga yang lainnya dari sejarah, nasab, sastera dan bantahan-bantahan terhadap orang-orang yang menentangnya, sebanyak empat ratus jilid, yang terdiri kurang lebih lapan puluh ribu lembar. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah kita temui di dalam sejarah Islam sebelumnya, kecuali pada Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Ath-Thabari, dia adalah muslim yang paling banyak karangannya.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

No comments:

Post a Comment