Ya Allah, wahai
yang kelembutan dan kehalusanNya sempurna, perbaikilah kami melalui
kelembutanMu yang tersembunyi dan yang nampak, kelembutan yang pasti mencukupi
siapa saja yang mendapatkannya.
Ya Latif,
lembutlah pada kami dalam semua urusan kami sebagaimana Kau suka dan Kau
redhai; buatlah kami redha dalam agama kami, badan kami, kehidupan dunia dan
akhirat kami, wahai pemilik kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah, ya
Latif Engkau telah bersikap lembut pada langit dan bumi serta bersikap lembut
pada janin di dalam kandungan ibunya, maka bersifat lembutlah kepada kami dalam
qadha dan qadarMu, dengan kelembutan yang layak bagi keagungan dan kemuliaanMu,
wahai yang paling penyayang di antara semua penyayang, wahai pemelihara
semesta.
Wahai yang Maha
Lembut dan sentiasa Maha Lembut, lembutlah terhadap kami pada sesuatu yang
terjadi dan akan terjadi, Engkau sungguh Yang Maha Lembut dan sentiasa Maha
Lembut.
Wahai Yang Maha
Lembut, wahai yang kelembutanNya tersembunyi, wahai yang kelembutanNya sangat
agung, wahai yang kelembutanNya amat sempurna, wahai yang kelembutanNya abadi,
perbaikilah kami dengan kelembutanMu yang tersembunyi dan yang nampak,
kelembutan yang pasti mencukupi sesiapa sahaja yang mendapatkannya. Aameen.
Sheikh Ahmad bin Idris
Nota : Doa ini dibaca di awal setiap seratus
kali membaca Ya Latif
(Doa-doa para nabi & wali, Sayyid Muhammad
bin ‘Alawi Al-Maliki)
No comments:
Post a Comment