Y.Bhg. Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah
bt Hj. Abdul Karim
Yang DiPertua Pertubuhan Tindakan Wanita
Islam (Pertiwi)
Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW
Jika nak beri
makan, jangan beri makan ikan tetapi ajarlah mereka bagaimana untuk mengail
ikan. Inilah antara kata-kata yang menterjemahkan kentalnya semangat dan azam
seorang tokoh bahasa. Pof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim yang kini sedang
gigih memperjuangkan nasib wanita khususnya ibu tunggal menerusi
Pertubuhan Tindakan Wanita Islam
Malaysia atau Pertiwi.
Nik Safiah Karim meletakkan
pendidikan sebagai asas utama dalam kerja kebajikan beliau dan untuk
merealisasikan apa yang dicita-citakan pemegang Pingat Emas Tun Fatimah ini
sanggup menebalkan muka mencari dana dan turun padang ke seluruh pelusuk
kampung hanya untuk memastikan nasib wanita yang terpinggir akan terus dibela.
Dari nilai
keringat yang ikhlas bersama Pertiwi dan perjuangan terhadap Bahasa Melayu,
Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim diumumkan sebagai penerima Anugerah
Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi 1434H bersamaan 2013M.
Banyak
manfaat yang boleh diperoleh daripada kerja
sukarela,
kerja kesukarelaan juga amat penting dalam
proses
pembangunan masyarakat dan ummah, jangan
mudah
lupa diri, teruskan pencarian ilmu dan berkongsi
dengan
orang lain.
Masjid Putrajaya
24 Jan 2013
No comments:
Post a Comment