Nilai Kelapan Etos
Perkhidmatan Awam
Cabaran masa kini dan masa hadapan sangat menuntut penjawat awam untuk
memahami kehendak pelanggan yang semakin berpendidikan dan bermaklumat. Bagi
menangani cabaran tersebut, penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan
pelbagai disiplin ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan.
Penguasaan dua komponen penting ini akan memantapkan kompetensi modal insan
sedia ada dan seterusnya, membantu meningkatkan prestasi kerja dan imej organisasi.
Dalam konteks ini, penguasan bahasa ketiga dan literasi teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT) adalah di antara contoh ilmu dan kemahiran yang mesti
dikuasai.
Peningkatan ilmu dan kemahiran dalam kalangan penjawat awam hendaklah
merangkumi kedua-dua corpus ilmu, explicit
dan tacit. Explicit knowledge adalah pengetahuan yang boleh dipelajari
secara formal manakala tacit knowledge
diperolehi melalui perkongsian pengalaman dan kemahiran.
Penguasaan kedua-dua jurus ilmu berkenaan akan meningkatkan kecekapan dan
mempercepatkan pelaksanaan kerja. Di samping itu, ia juga dapat membantu
penjawat awam menganalisis persekitaran, menjangka perubahan dan membuat
persediaan sewajarnya. Sesungguhnya menuntut
ilmu adalah satu proses yang berterusan dalam kehidupan manusia seperti
ungkapan bestari : Tuntutlah ilmu dari
buaian hingga ke liang lahad.
Amalan :
# Meningkatkan pembacaan bahan baharu
# Membuat pemerhatian dan belajar daripada individu berilmu dan
berpengalaman
# Menghadiri latihan, seminar dan bengkel
# Mengambil bahagian secara sukarela dalam program ilmiah
# Memberi cadangan dan pendapat dalam perbincangan melalui pendekatan focus group dan lab
# Menanda aras kemahiran dan
pengetahuan yang dimiliki oleh individu yang terbukti terbaik.
Etos Perkhidmatan Awam
MAMPU, 2012
No comments:
Post a Comment