Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

6 Panduan Merancang Kewangan


1. Pastikan wang anda mencukupi untuk berbelanja hingga ke akhir bulan.
2. Fahami perbezaan antara keperluan dan kehendak.
3. Mula berlabur dan menyimpan biarpun dalam jumlah yang kecil.
4. Lindungi diri dan tersayang dengan perlindungan risiko.
5. Urus cukai anda, jangan sampai anda membayar lebih dari sepatutnya.
6. Bersedialah untuk percutian paling hebat sepanjang hidup anda: PERSARAAN.

Wallahu a’lam.


Kalendar 2015
ASNB, PNB


Friday, December 12, 2014

AKRAB




A: Amanah
K: Komitmen
R: Rasional
A: Akhlak
B: Bestari

Wednesday, December 3, 2014

Ikhlas dalam hubungan

Renungan 22

Kasih sayang yang dibina atas dasar keikhlasan dan sebenar-benarnya kerana Allah swt adalah penawar kepada setiap ancaman kasih sayang itu. Oleh itu pupuklah dan mantapkan kasih sayang kepada suami dan begitu juga sebaliknya serta bekerjasamalah sebaik mungkin dalam mempertahankan kebahagiaan ini. Namun apa yang berlaku adalah kehendak Allah swt jua., maka bersandarlah kepada ketentuan dan keizinan dariNya dalam mewarnakan penerusan kehidupan berkeluarga

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 141
2008


Monday, December 1, 2014

Berpada-pada


Renungan 21

Buat baik berpada-pada, pepatah yang sering kita dengar yang memberi maksud kepada kita bahawa setipa sesuatu itu mestilah bersifat sederhana. Dalam sebuah hadis ada menyebut: Cintailah seseorang sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang kau benci suatu ketika nanti. Dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi orang rapat / kekasihmu suatu ketika nanti. Justeru berpadalah memberi kasih kerana dibimbangi kita akan dikecewakan apabila kasih yang diberi tidak seperti yang diharapkan.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 136
2008

Saturday, November 29, 2014

Pahala

Renungan 20

Kadang-kadang Allah menghantar orang yang kita tidak gemar sikap dan tingkah laku mereka yang sering menyakitkan hati. Namun kalau kita menganggap ini adalah ujian Allah untuk memberi pahala kepada kita, maka kita akan hadapi mereka dengan situasi yang tenang. Dalam al-Quran ada menyebut, perkara yang kita benci itu kadang-kadang ianya memberi kebaikan kepada kita. Yang penting adalah kebijaksanaan cara kita berhadapan dengan situasi tersebut.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 130
2008

Friday, November 28, 2014

Ujian


Renungan 19

Apa jua ujian yang Allah berikan adalah untuk melihat kekuatan kita menanganinya. Sesukar mana ujian sekalipun kepada Allah jualah kita bergantung harap, Allah tidak membebankan hambaNya di luar daripada kemampuan manusia. Allah juga memberi ujian kepada hamba yang dipilihNya untuk menjadikan hambaNya lebih baik berbanding dengan hamba yang tidak beri ujian. Namun Allah jualah yang akan memberikan rasa bahagia kepada kita jika kita banyak mendekatiNya.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 124
2008

Wednesday, November 26, 2014

Pendaman

Renungan 18

Mungkin kesedihan dan pendaman kekecewaan yang telah dilalui sekian lama oleh seorang hamba Allah membawa makna Allah teramat kasihkan dirinya? Jika ini yang dipegang, tekanan, kekecewaan serta kesedihan yang dilalui tidak bersifat kekal. Di dunia kebahagiaan tidak diperolehi, kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi sedang menanti.

Wallahu a’lam.


Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 118
2008



Sunday, November 23, 2014

Bakti

Renungan 17

Bahgia itu akan hanya ada pada hambaNya yang sering ingat padaNya, redha dengan ketetapanNya dan menikmati hidup ini untuk berbakti pada Allah dan makhluk ciptaanNya. Dalam sebuah hadis nabi dikatakan : Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kekecewaan dan kesdihan melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.

Jika kita berfikiran positif dan berbaik sangka pada Allah nescaya akan diberiNya dugaan untuk kita belajar menangganinya dengan kaedah mendekatkan diri kepadaNya.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 111
2008

Saturday, November 15, 2014

Keseronokan

Renungan 16

Melakukan maksiat seperti berzina adalah menyeronokkan kepada mereka yang tidak takut kepada azab yang bakal diterima. Untuk berseronok sekejap sahaja, tetapi untuk menanggung azab sulaan dan seksaan Allah teramatlah perit yang tiada bandingannya. Khabarkan berita ini di samping buku atau kaset ceramah yang berkaitan dengan azab Allah kepada mereka yang melakukan dosa besar seperti berzina.

Al-Hafiz Al-Hakami  dalam syairnya:

Ingatlah kematian dan peristiwa selepas itu
Tidak seorang pun yang terlepas daripadanya
Kematian merupakan penentuan segalanya
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga
Dan boleh menjadi api neraka
Jika ia baik, maka kenikmatan yang akan diperolehi
Jika ia jahat, adalah kesengsaraan yang teramat dahsyat
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu
Tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 106
2008

Friday, November 14, 2014

Ujian

Renungan 15



Dalam hidup kita yang indah itu kadang-kadang tidak memberi kebaikan untuk kita. Yang dibenci itu boleh memberi kebaikan yang mungkin tidak diketahui bila akan menjadi kenyataan. Ujian dan dugaan akan menjadikan kita lebih kuat berbanding dengan kehidupan dunia dan jika ditangani dengan baik mengikut ajaran yang telah ditetapkan maka ganjaran Allah amatlah besar.

Wallahu a’lam.




Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 100
2008

Tuesday, November 11, 2014

Bahagia

Renungan 14

Kebahagiaan itu adalah adil dalam kehidupan walaupun pada diri sendiri. Kalau jasmani diberi makan, rohani pun  demikan juga, iaitu dengan ilmu pengetahuan. Kalau jasmani diberi pakaian, rohani pun juga begitu, iaitu budi. Kalau jasmani diberi latihan, rohani juga sama itu dengan kesusahan. Kalau jasmani dibersihkan, sama juga dengan rohani iaitu dengan kesucian dan kalau jasmani diubati, rohani juga demikian iaitu takwa kepada Tuhan.

Orang yang berbuat jahat akan mendapat pembalasannya dan orang yang melihat orang lain melakukan dosa wajib menegur. Namun untuk orang yang ingin kita ingini untuk berubah bukanlah kita penentunya tetapi sejauh mana usaha yang kita lakukan untuk membantu dia mengubah dirinya sendiri.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 94
2008

Monday, November 10, 2014

Kebaikan

Renungan 13

Dalam surat al-Fussilat : 34 menyebut: .....tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaranya dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

Ringkasnya, kebaikan yang kita beri kepada insan lain akan dibalas dengan kebaikan, mungkin di dunia dan mungkin pula di akhirat. Masa sahaja yang menentukan. Mendidik manusia memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan memahami sifat dan perlakuan manusia lain. Lihatlah kebaikan yang ada padanya dan tanganilah kelemahannya dengan ilmu dan kesabaran serta kebijaksanaan.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 88
2008


Sunday, November 9, 2014

Jihad


Renungan 12

Jihad paling besar adalah jihad seseorang dalam menundukkan hawa nafsunya. Panjang angan-angan akan merosakkan akal dan melenyapkan ketenteraman batin. Masing-masing tubuh diberikan satu alat oleh Tuhan; jasmani alatnya nafsu, rohani alatnya akal. Antara nafsu dan akal akan sentiasa berperang. Nafsu lebih tua dari akal kerana itu nafsu lebih banyak pengalamannya dan dengan mudah akan dapat mengalahkan akal kecuali orang-orang yang mempunyai iman dalam hatinya. Kadang-kadang nikmat yang telah kita perolehi tidak disyukuri hinggalah kita kehilangan apa yang ada.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 82
2008


Friday, November 7, 2014

Nikmat

Renungan 11



Apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang hamba akan suatu nikmat, kemudian dicabutNya nikmat itu dari hamba tersebut kemudian digantikanNya dengan sabar, maka apa yang digantikan oleh Allah itu adalah lebih baik daripada yang dicabutNya. Kesabaran yang telah diberi pula perlu diguna sebijak mungkin agar masalah tidak memakan diri.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 76
2008

Wednesday, November 5, 2014

15 Jangan dalam hidup

1. Memperkecilkan masalah yang dihadapi.
2. Perbesarkan masalah yang dihadapi.
3. Bohongi diri.
4. Menyalahi orang lain.
5. Selesaikan masalah melalui kemaksiatan.
6. Berlengah-lengah dalam menyelesaikan masalah.
7. Menyendiri.
8. Menyerah pada keadaan.
9. Jadi manusia yang suka berhutang.
10. Mudah marah.
11. Tergopoh-gapah.
12. Manusia malas yang hanya tahu bercakap.
13. Terlalu mengharapkan bantuan.
14. Mudah putus asa.
15. Lupa menghargai jasa orang lain.

Pesan Imam Ali bin Abi Talib:
Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta.

Wallahu a’lam.

Gagah umpama Helang
Mokhtar Sheikh Ahmad Bajunid
2013

Renungan 10

Hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Muslim ada menyebut: Dunia ini adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasaan adalah isteri yang solehah. Kuatkan beribadah kerana dengan ibadah yang kuat akan dapat membantu kekuatan jiwa untuk menghadapi cabaran di sekeliling kita.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 69
2008

Hanya dengan turun ke jurang derita, kita dapat memungut semula permata hidup di mana kita tersadung jatuh. Di situlah letaknya permata kesayanganmu. Gua yang kita takut memasuki, rupa-rupanya tempat wujudnya apa yang kita cita-cita itu.
Joseph Lampbell.



Saturday, November 1, 2014

Renungan 8

Kata pujangga Inggeris, doing a mistake is normal, but repeating the mistake is a sin (melakukan kesilapan itu adalah normal, tetapi mengulangi kesilapan itu adalah dosa).

Setiap insan pasti membuat kesilapan kerana makna insan itu sendiri bermaksud lalai. Suami puan mungkin lalai yang menyebabkan dia terseret ke jalan yang salah. Membantu orang yang tersilap jalan untuk kembali ke agama Allah besar pahalanya. Namun cara memimpin dan mengajaknya perlu kebijaksanaan agar orang yang hampir dalam hidupnya tidak berulang kekecewaan dan menjaga nama baik keluarga. Membimbing dan mendidik seseorang perlu ada ganjaran dan dendaan diberikan agar memberi pengajaran kepadanya untuk tidak mengulangi perbuatannya.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 55
2008


Friday, October 24, 2014

Renungan 7


Ujian yang dihadapi dalam hidup ini memerlukan kekuatan diri untuk berhadapan dengannya. Kata hadis, siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan memberinya cubaan. Maka ujian perangai dan sikap suami adalah ujian yang diberi kepada puan. Tunaikan kewajiban puan dengan membina kekuatan diri melalui zikrullah dan banyak mendekatkan diri pada Allah dengan solat waktu dan solat sunat. Kejahatan suami akan dinilai oleh Allah. Doa yang ikhlas memohon Allah kembalikan suami ke jalan yang benar serta perlakuan puan sebagai isteri solehah suatu masa nanti insya-Allah akan memberi sinar dalam kehidupan puan.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 49
2008


Muhasabah

Muhasabah diri adalah suatu usaha murni yang dapat mengembalikan manusia ke landasan yang benar. Muhasabah amat perlu dibuat bagi menjamin sesuatu yang baik yang diimpikan menjadi kenyataan.

Muhasabah terbahagi kepada dua bentuk :

Pertama : Muhasabah sebelum bertindak.  Ia dilakukan sebaik sahaja timbul niat dan keinginan untuk berbuat sesuatu. Muhasabah ini akan membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak sama ada untuk meneruskan niat bertindak atau membatalkannya. Imam Hasan alBasri Rahimahullah pernah berkata:

Semoga Allah merahmati seorang hamba yang mampu berhenti berfikir sebelum melaksanakan kehendaknya, jika kehendaknya itu kerana Allah dia akan melaksanakannya dan jika kerana selain Allah dia menghentikan niatnya.

Kedua : Muhasabah setelah bertindak. Ia berbentuk kaji selidik dan analisis terhadap apa yang telah kita lakukan. Ia meliputi muhasabah tentang ketaatan yang diingkari, larangan yang dicerobohi, kesempurnaan dan kekurangan, keuntungan dan kerugian hasil daripada tindakan yang telah kita lakukan. Semua ini akan membentuk kekesalan dan keinsafan lalu menerbitkan azam untuk bertindak lebih baik di masa hadapan.

Wallahu alam.

Manhaj Ramadan ” Andai ini Ramadan terakhir ku
Pusat Zakat Sabah
Majlis Ugama Sabah
ms 13

Wednesday, October 22, 2014

Renungan 6

Jika kita berbuat baik, kebaikan itu akan kembali kepada kita. Dan jika kita berbuat jahat, maka lambat laun kejahatan itu akan berbalik kepada kita.Jika kita merasa orang sengaja berbuat sesuatu yang menyakiti hati kita, bertindaklah seolah-olah kita tidak berminat kepada perlakuan tersebut yang nantinya dia sendiri sudah tidak berminat lagi dengan lakonan tersebut. Ataupun kita memperlihatkan kebaikan yang ada pada diri kita kepada suami agar dia sendiri dapat menilai tentang diri kita.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 43

2008