Friday, October 24, 2014

Muhasabah

Muhasabah diri adalah suatu usaha murni yang dapat mengembalikan manusia ke landasan yang benar. Muhasabah amat perlu dibuat bagi menjamin sesuatu yang baik yang diimpikan menjadi kenyataan.

Muhasabah terbahagi kepada dua bentuk :

Pertama : Muhasabah sebelum bertindak.  Ia dilakukan sebaik sahaja timbul niat dan keinginan untuk berbuat sesuatu. Muhasabah ini akan membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak sama ada untuk meneruskan niat bertindak atau membatalkannya. Imam Hasan alBasri Rahimahullah pernah berkata:

Semoga Allah merahmati seorang hamba yang mampu berhenti berfikir sebelum melaksanakan kehendaknya, jika kehendaknya itu kerana Allah dia akan melaksanakannya dan jika kerana selain Allah dia menghentikan niatnya.

Kedua : Muhasabah setelah bertindak. Ia berbentuk kaji selidik dan analisis terhadap apa yang telah kita lakukan. Ia meliputi muhasabah tentang ketaatan yang diingkari, larangan yang dicerobohi, kesempurnaan dan kekurangan, keuntungan dan kerugian hasil daripada tindakan yang telah kita lakukan. Semua ini akan membentuk kekesalan dan keinsafan lalu menerbitkan azam untuk bertindak lebih baik di masa hadapan.

Wallahu alam.

Manhaj Ramadan ” Andai ini Ramadan terakhir ku
Pusat Zakat Sabah
Majlis Ugama Sabah
ms 13

No comments:

Post a Comment