Pelajaran
ke-34
a) Bersabda rasulullah saw: Pada malam aku di
isra’kan ke langit, Tuhan telah memberi lima wasiat kepadaku: Jangan gantungkan
hatimu kepada dunia kerana Aku TIDAK menciptakannya untukmu, pusatkanlah
cintamu kepadaKu kerana kamu akan kembali kepadaKu, bersungguh-sungguhlah
mengharapkan syurga serta putuskanlah harapanmu dari manusia kerana mereka tidak
memiliki sesuatu dan rajinlah bertahajjud kerana kemenangan adalah dengan
bangun malam. (Syiratul-Islam)
b) Berkata Imam Ghazali ra: Pada tiap permulaan
malam terdengarlah suara memanggil dari bawah Aresy; Hai bangunlah para ahli
ibadah dan terbangunlah mereka bersembahyang sesuka Allah, kemudian pada
pertengahan malam terdengar suara yang memanggil: Hai bangunlah mereka yang
takut kepada Allah, dan bangunlah mereka melakukan sembahyang hingga waktu
fajar kemudian terdengarlah lagi suara: Bangunlah mereka yang beristighfar dan
beristighfarlah mereka dan jika fajar telah menyingsing terdengar suara
memanggil: Hai orang-orang yang lalai bangunlah! Dan bangunlah mereka dari
tempat tidurnya seperti mayat-mayat yang terbangun dari kuburnya. Karenanya
Lukman berwasiat kepada puteranya: Janganlah engkau masih tertidur di kala ayam
jantan berkukuk di waktu fajar.
c) Jika engkau bertanya, kenapa ibadah yang
sedikit diganjar pahala yang besar, maka dengarlah cerita Imam Syafie, tatkala
ia lagi berjalan jatuhlah tongkat dari tangannya, lalu datanglah seorang
berburu-buru mengambilnya dari bawah dan diberikan kepadanya. Sebagai tanda
terima kasih Imam Syafie, diberinya orang itu satu kantong berisi wang yang yang
cukup banyak. Ditegornya Imam Syafie oleh seorang yang melihat kejadian itu
dengan berkata: Buat apa itu ganjaran yang begitu besar untuk perbuatan yang
begitu sederhana? Yang dijawab oleh Imam Syafie: Ia telah menggunakan segala
dayanya dan aku hanya menggunakan sebahagian dari dayaku, kemudian diriwayatkan
oleh beliau sebuah hadit dari rasulullah saw: Tuhanku menerima dengan satu
udzur duaribu kesalahan (maksiat), terutama takbir pembukaan dalam sembahyang.
Kerana rasulullah saw bersabda: Takbir yang
pertama (dalam sembahyang) lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.
Artinya jika dunia ini adalah milikmu dan engkau
nafkahkan semuanya dalam jalan Allah, tidak akan engkau peroleh daripadanya apa
yang engkau peroleh dengan takbir pertama. (Mau’idhah).
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977
No comments:
Post a Comment