Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak
pilihan, penuh rupa penuh warna. Semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan
kesulitan hidup. Mungkin anda adalah sebahagian daripada dunia yang berada
dalam kesulitan. Anda tidak akan pernah bertemu seorang suami, kawan, sahabat,
ayah, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang
menyulitkan dan mengecewakan. Malah terdapat perkara yang anda tidak sukai.
Justeru, dengan itu padamkanlah keburukan yang
terdapat padanya dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Setiap yang luka
itu ada hikmahnya. Bangunlah daripada kekecewaan dan binalah kekuatan diri
untuk mengharungi hidup ini dengan lebih bermakna. Jangan gusar dek kerana
orang tidak tunaikan tanggungjawabnya kerana itu semua akan menjadi persoalan
yang bakal dijawab olehnya nanti. Biarlah kita yang menghitung hari-hari dengan
pengisian yang diredhai Allah.
Wallahu a’lam.
Ya Allah
Hjh
Maimunah Hj Mohamad
& Dr
Noor Azniza Ishak, ms 37
2008
No comments:
Post a Comment