Thursday, October 9, 2014

Renungan 4

Tidaklah semudah yang digambarkan untuk menjadikan suami yang peminum dan tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar untuk memenuhi hajat dan impian seorang isteri jika kekuatan diri melalui iman dan amal tidak dibina dengan kukuh dalam diri seorang isteri terlebih dahulu. Binalah kekuatan diri dan banyak dekatkan diri dengan Allah kerana hanya Dia yang mampu menenangkan jiwa yang kecewa akibat tindak tanduk suami. Lebih banyak fokus kepada diri dan kehidupan lain yang lebih bermakna daripada hanya memfokus kepada suami. Lebih banyak memfokus kepada tingkah laku suami, maka kekecewaan akan bertambah. Cara untuk mengubah orang lain bukan semudah yang digambarkan. Nasihat dan leteran tidak banyak membantu, namun perbuatan kita yang baik diikuti dengan doa yang tidak putus-putus, insya-Allah akan membuahkan hasil yang baik juga

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 31
2008

No comments:

Post a Comment