Renungan
14
Kebahagiaan itu adalah adil dalam kehidupan
walaupun pada diri sendiri. Kalau jasmani diberi makan, rohani pun demikan juga, iaitu dengan ilmu pengetahuan.
Kalau jasmani diberi pakaian, rohani pun juga begitu, iaitu budi. Kalau jasmani
diberi latihan, rohani juga sama itu dengan kesusahan. Kalau jasmani
dibersihkan, sama juga dengan rohani iaitu dengan kesucian dan kalau jasmani
diubati, rohani juga demikian iaitu takwa kepada Tuhan.
Orang yang berbuat jahat akan mendapat pembalasannya
dan orang yang melihat orang lain melakukan dosa wajib menegur. Namun untuk
orang yang ingin kita ingini untuk berubah bukanlah kita penentunya tetapi
sejauh mana usaha yang kita lakukan untuk membantu dia mengubah dirinya
sendiri.
Wallahu a’lam.
Ya Allah
Hjh
Maimunah Hj Mohamad
& Dr
Noor Azniza Ishak, ms 94
2008
No comments:
Post a Comment