Pengenalan :
• Pendekatan IBSE merupakan strategi
pembelajaran berfikrah (murid menggunakan pemikiran secara optimum) yang dapat
mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin.
Pendekatan ini juga merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar
dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea saintifik.
• Pendekatan IBSE menyumbang kepada kemahiran berfikir murid secara kritis dan kreatif serta
dapat membantu memperbaiki keputusan TIMSS dan PISA dalam aspek
menginterpretasi maklumat yang lebih kompleks dan mengenal pasti strategi
penyelesaian masalah yang sesuai serta mempamerkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT)
Ciri-ciri :
• Mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman.
• Mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
sesuatu fenomena yang berlaku.
• Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.
• Konsep dan prinsip utama dikaji serta
ditemui oleh murid.
• Menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai
kesimpulan sendiri melalui aktiviti seperti eksperimen, projek dan kajian.
Jenis-jenis :
Murid mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan
aktiviti penerangan oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah
diketahui terlebih awal. (mengesahkan suhu takat didih air adalah 100 darjah
celcius)
b) Berstruktur :
Murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan
langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru. (menyiasat hasil tindak balas
antara asid dan alkali)
c) Terbimbing :
Murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang
telah disediakan oleh guru dan pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan
sendiri oleh murid. (menyiasat hasil tindak balas antara asid dan alkali. Murid
sendiri menentukan langkah penyiasatan)
d) Terbuka :
Murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan
langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan
topik-topik yang tertentu.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment