Apalah
erti hidup ini
Jika
diri tidak mengenali diri
Tidak
tahu dari mana datang dan ke mana mahu pergi
Tidak
tahu apa yang dimahukan dan apa yang dicari
Tidak
sedar kenapa dicipta Ilahi.
Jika
hidup tidak berbudi
Tiada
kebaikan yang dikongsi
Hanya
hidup bersendiri dan untuk diri sendiri
Apalah
erti hidup ini
Jika
amanah dikhianati
Jika
janji tidak ditepati
Jika
hati penuh hasad dan dengki
Apalah
erti hidup ini
Jika
rantai kecewa selalu membelenggu diri
Lagu
kesedihan bergema memenuhi sanubari
Bahasa
sengsara membasahi bibir setiap hari
Hidangan
duka dan derita menjadi santapan diri.
Apalah
erti hidup ini
Jika
hidup menyombong dan alpa diri
Kepada
Tuhan jua sesama insani
Tidak
kenal Pencipta dan wahyu suci
Tidak
kenal rasul dan sabda nabi
Tidak
ingat mati yang sedia menanti
Lupa
akhirat yang pasti akan pasti.
Apalah
erti hidup ini
Jika
hidup tidak diberi erti
Hidup
tidak bererti andai diri tidak mengerti
Ayuh
sedar dan mengerti
Hidup
ini perlu diberi erti
Agar
ia bererti selepas datangnya mati
Hidup
ini hanya untuk Ilahi
Dari-Nya
kita datang kepada-Nya kita akan kembali.
A Razak Muthalib
30.11.2013
Sinar Harian
14 Nov 2014
Berjalan
seorang ke Teluk Liku
Bila
berjumpa memberi salam
Ilmu disimpan selebar kuku
Jika
disebar seluas alam.
No comments:
Post a Comment