Sunday, November 9, 2014

Doa bersih,cukup dan bebaskan

Ya Allah, bersihkan hati kami daripada unsur kemunafikan, segala amal kami daripada riya’, lisan kami daripada dusta, mata kami daripada khianat mata. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui khianat mata dan segala sesuatu yang tersimpan dalam dada.

Ya Allah, cukupkan bagi kami dengan perkara yang halal daripada yang haram, dengan ketaatan kepada Engkau daripada kemaksiatan kepadaMu, dan dengan kurniaMu daripada selain Engkau. Wahai Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, serta Pemilik segala Keagungan dan Kemuliaan.


Ya Allah, bebaskan kami daripada api neraka, lapangkan rezeki kami yang halal, jauhkan kami daripada jin-jin dan manusia yang fasik (jahat), wahai engkau Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, Pemilik segala Keagungan dan Kemuliaan.

No comments:

Post a Comment