Pertemuan
terakhir memilukan
Kasih sayang merupakan suatu perasaan yang unik bukan sahaja wujud antara sesama manusia tetapi juga antara manusia dan binatang. Di Britain, seorang nenek kepada empat orang cucu, Sheila Marsh yang dirawat di sebuah hospital diberi peluang untuk bersemuka dengan kuda kesayangannya, Bronwen di luar hospital sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa jam kemudian akibat penyakit kanser.
Situasi pilu itu sampat dirakamkan di Hospital
Diraja Wigan di Greater Manchester, awal minggu ini apabila staf perubatan
membawa Sheila yang terbaring di atas katil hospital untuk bertemu dengan
Bronwen, menyebabkan semua orang yang berada di situ menitiskan air mata.
Dalam pertemuan itu, Shiela, 77, sempat memanggil
kuda kesayangannya itu yang dibela sejak 25 tahun lalu dan haiwan itu
kemudiannya menunduk sebelum memberi kucupan di leher wanita tersebut sebagai
tanda perpisahan.
Semasa hidup, Sheila dikenali sebagai seorang pencinta
haiwan dengan memelihara enam ekor kuda, tiga ekor anjing, tiga ekor kucing dan
beberapa ekor haiwan lain.
Wallahu a’lam.
Mingguan
Malaysia
9 November
2014
No comments:
Post a Comment