Perkahwinan merupakan anugerah Allah swt kepada
insan yang terpilih. Pasangan pula merupakan amanah Allah swt, maka sewajarnya
segala isu yang timbul dalam perkahwinan perlu dikembalikan dan dikongsi dengan
Allah swt. Dalam surah ar-Rum, ayat 21, Allah berfirman: Di antara kebenaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri
dari diri kamu untuk kamu merasa tenteram antara satu sama lain, dan
dijadikanNya kasih sayang dan belas kasihan antara kamu, sesungguhnya hal itu
menjadi ketenangan bagi orang yang berfikir.
Justeru, berfikirlah bagaimana untuk mengembalikan
kebahagiaan dalam perkahwinan puan kerana Allah sendiri menyebut dalam kalamNya
bahawa pasti ada kebahagiaan dalam perkahwinan bagi mereka yang mahu berfikir.
Kata pujangga : Fikir itu pelita hati.
Jangan terlalu menurut hati yang tidak menggunakan akal fikiran yang
dikurniakan untuk manusia berfikir.
Wallahu a’lam.
Ya Allah
Hjh
Maimunah Hj Mohamad
& Dr
Noor Azniza Ishak, ms 63
2008
No comments:
Post a Comment