Wednesday, November 5, 2014

Mohon kedekatan

Ya Allah, kami mohon kepadaMu syurga dan semua amal baik perkataan mahupun perbuatan yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu serta mohon perlindunganMu daripada neraka dan murkaMu dan kami mohon kepadaMu syurga dan mohon perlindungan daripada neraka.

Ya Allah, perbaikilah agama kami yang merupakan penjaga urusan kami, perbaikilah dunia kami yang merupakan tempat hidup kami, perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami dan jadikanlah kehidupan kami sebagai penambah kebaikan bagi kami serta jadikanlah kematian kami sebagai istirehat bagi kami dari segala keburukan.


Ya Allah, anugerahkan kepada kami rasa takut yang boleh melindungi diri kami daripada perbuatan maksiat kepadaMu, dan ketaatan yang dapat menghantarkan kami ke syurgaMu, dan keyakinan yang boleh meringankan musibah-musibah duniawi.

Aameen.

No comments:

Post a Comment