Ya Allah, limpahkanlah nikmat untuk kami dengan pendengaran, penglihatan
dan kekuatan kami selama Engkau anugerahkan hidup kepada kami.
Ya Allah, kami memohon perlindunganMu daripada cubaan berat, daripada
kesusahan yang hebat, daripada keputusan yang buruk dan kejahatan musuh.
Ya Allah, kami memohon perlindunganMu daripada kehilangan nikmatMu,
daripada perubahan kesihatan dariMu, daripada seksaMu yang datang mendadak dan
daripada segala MurkaMu.
Ya Allah, kami memohon perlindunganMu daripada neraka Jahannam, daripada
seksa kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian serta daripada fitnah
Dajjal.
Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harap, maka janganlah Engkau sandarkan
kami kepada diri kami sendiri walau sekejap dan perbaikilah seluruh urusan
kami, tiada Tuhan yang haq melainkan hanya Engkau.
Ya Allah, perbaikilah akhir segala urusan kami dan jauhkanlah daripada kami
kehinaan dunia dan seksa akhirat.
Aameen Ya Rabbal alameen.
No comments:
Post a Comment