Licik
benar menukar
warnanya
mengikut
situasi semasa
bagi
menyelamatkan
nyawanya.
meninggalkan
habitat
menanggalkan
pakaian
peribadinya
tanpa
benang seurat.
Kini
dia muncul dengan
wajah
pura-pura
tanpa
siapa dapat membaca
helah
langkah berikutnya.
Kian
banyak mangsa
tersengkang
di kerongkong
massa
kian
terpana
diperangkap
pancawarna
sebelum
mabuk dan edan
meneguk
arak kuasa.
Semakin
dalam berenang
di
sungai sandiwara
semakin
lemas tenggelam
hormat
dan percaya.
Shukri Abdullah
Pesiaran Bukit Kiara
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment