Baru semalam
aku menggantikan
atap rumahku
setelah zinknya
sudah lama reput
berkarat dijilat
lidah kemarau
Tentu saja selepas
ini
aku sudah mula
terlena
dibaringi
mimpi-mimpi indahku
kerana lirih
hujan dari atap rumahku
tidak lagi
berjatuhan
sampai kerap aku
terjaga.
Tetapi petang
tadi
saat hujan mula
turun
aku melihat
titis-titis hujan masih lagi berjatuhan
dari siling rumahku
menghempas lantai
hidupku.
Juri Durabi
Pasir Putih Putatan
25 Julai 2010
No comments:
Post a Comment