Anugerah Perdana
Dari Kampong
Sungai Bedil Besar, Kuching beliau menimba ilmu di Madrasah Al-Islamiah, kemudiannya
menyambong pengajian di Madrasah Al-Junid di Singapura. Tanggongjawab sebagai
pemimpin Persatuan Pemuda Pemudi Melayu menyebabkan Anis lantang mengutarakan
pandangan bersemuka dan menerusi sajak dan esei yang disalurkan menerusi media
cetak.
Daya kepimpinan
Anis semakin terserlah apabila dilantik menjadi pemimpin pelajar ketika
menyambung pelajaran di Kolej Islam Malaysia dalam peringkat Diploma pada tahun
1964.
Memulakan kerjaya
di tanah tumpah darahnya pada tahun 1968, adalah satu cabaran besar buat Anis kerana
ketika itu belum ada lagi kuasa pemerintah pemimpin Islam di Sarawak. Maka di
bahu Anislah segala tanggungjawab memartabatkan Islam di bumi kenyalang
terpaksa digalas. Walaupun patah sayap bertongkat paruh namun mufti ketiga
negeri Sarawak ini berjaya melunaskan segala amanah yang dibawa.
Bermula dengan 6
buah sekolah rendah kebangsaan agama pada tahun 1985 kemudiannya Hj Anis
berjaya menstrukturkan pengurusan zakat negeri dengan memantapkan lagi tabung
Baitul Mal untuk kesejahteraan umat Islam di Sarawak.Manakala untuk
menggalakkan masjid terus menjadi destinasi tumpuan umat Islam, Hj Anis
memperkenalkan Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak dengan harapan masyarakat
Islam bumi kenyalang dapat berdikari dalam program-program mengimarahkan
masjid.
Sepanjang beliau
memimpin Majlis Islam Sarawak, tabung Baitul Mal Sarawak bertapak dengan kukuh
dan maju sebagai sebuah dana utama umat Islam di negeri Sarawak. Majlis Islam
Sarawak menjadi bukti kemampuan kepimpinan yang diterajuinya selama lebih 17
tahun.
Kesederhanaan
perwatakannya sedikit sebanyak mencorak pemikirannya agar beliau bertindak
sesuai dengan situasi dan kondisi demi masyarakat Islam bumi kenyalang ini.
Sesuai dengan bakat dan kewibawaan kepimpinannya dalam organisasi beliau diberi
pengiktirafan yang cukup membanggakan iaitu Anugerah Khas Majlis Islam Sarawak
sempena Sambutan 50 tahun Majlis Islam Sarawak. Manakala pada sambutan Maulidul
Rasul ini pula Y.Bhg. Dato Seri Hj. Anis Hj Abot telah dipilih sebagai penerima
Anugerah Perdana Maulidur Rasul saw peringkat kebangsaan 1434H.
Kita
mestilah, bagaimanapun menjadikan diri kita
khairul
ummah. Itu arahan doa. Antara ciri-ciri
terpenting
ialah persatuan dan perpaduan. Jika
kita
dapat mewujudkan itu, maka kita insya-Allah
kita
akan capai khairul ummah dan kemudian akan
capai ciri-ciri yang lain.
Masjid Putrajaya
24 Jan 2013
No comments:
Post a Comment