Nama penuh Ibnu Hazm ialah Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm bin Ghalib bin Shalih
bin Sufyan bin Yazid. Panggilannya,
Abu Muhamad. Beliau dilahirkan di bahagian timur kota Cordova, Andalusia, pada hari
terakhir Ramadhan 384 Hijriah.
Ulama Andalusia ini pernah berdebat dengan Abu
Walid Al-Baji, pensyarah kitab Al-Muwaththa’, karangan Imam Malik bin Anas.
Kata Al-Baji : Aku lebih mulia daripada kamu dalam semangat mencari ilmu, kerana kamu
mencarinya dengan mudah, kamu tidur malam dengan menggunakan lampu dari emas,
sedangkan aku mencarinya dan aku tidur malam dengan menggunakan lampu yang
mudah, yang sangat mudah ditemui di pasar.
Balas Ibnu Hazm : Ucapan ini untukmu bukan untukku, kerana kamu mencari ilmu dalam
keadaan seperti ini dan mengharap ada perubahan seperti keadaanku. Sedangkan
aku mencarinya dalam keadaan yang telah engkau sebutkan tadi, tetapi aku tidak
mengharapkan darinya, kecuali ketinggian kedudukan ilmiah di dunia dan akhirat.
Wallaahu a’lam.
(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para
nabi, Muhammad Aizat Farhan)
No comments:
Post a Comment