Sesungguhnya kasih sayang dan
mengasihani merupakan jelmaan dan manisfestasi rahmat Allah yang paling lembut,
indah, baik dan manis. Ia juga adalah hakikat nurani yang lebih tajam dan lebih
menembusi daripada perasaan cinta dan asyik.
Keasyikan palsu dan kecintaan
keduniaan yang menghadapi pelbagai kesulitan yang amat banyak, boleh bertukar
menjadi keasyikan hakiki, lalu seseorang yang mengalami keasyikan ini akan
menemui Allah swt. Begitu juga dengan perasaan belas kasihan atau rahmat ini
yang tidak menghadapi apa-apa kesulitan pun dapat menghubungkan hati manusia
dengan Allah swt melalui jalan yang paling singkat dan dalam bentuk yang paling
suci murni.
Ibu atau bapa mengasihi anak
mereka dengan perasan kasih sayang yang memenuhi dunia ini. Ketika anak mereka
diambil, jika mereka tetap merasa bahagia kerana mereka terdiri daripada ahli
iman, maka mereka akan memalingkan muka daripada dunia. Ketika itu mereka akan
mendapati Allah Yang Maha Memberi Nikmat yang hakiki berada di samping mereka.
Mereka juga akan berkata: Oleh kerana dunia ini akan fana dan binasa, maka
adalah tidak layak kita mengikatkan hati dengannya.
Mereka akan memperolehi ikatan
teguh di sebalik kematian anak mereka dan memperolehi keadaan kerohanian
maknawi yang tinggi. Sesungguhnya ahli kealpaan dan kesesatan terhalang
daripada mendapat kebahagiaan dan kegembiraan di sebalik kelima-lima hakikat
ini.
Bandingkanlah segala keadaan
kesakitan yang dialami, iaitu ketika salah seorang daripada mereka kehilangan
satu-satunya anak mereka yang amat dikasihi. Pemikirannya akan terus
mengenangkan tentang tanah kubur, sebagai ganti hilang tempat tidurnya yang
selesa, kerana dia menggambarkan kematian sebagai suatu yang tiada dan
perpisahan yang abadi.
Ini adalah kerana dia menyangka
bahawa keabadian itu hanyalah di dunia dan natijah daripada perasaan kealpaan
dan kesesatan yang menyelaputinya. Oleh itu, tidak terlintas di dalam
pemikirannya rahmat Allah swt, nikmat syurgaNya dan nikmat syurga firdausNya
yang kekal abadi.
Dengan itu, kamu boleh bayangkan
betapa kekecewaan, penderitaa dan kedukacitaan yang dialami oleh ahli kealpaan
dan kesesatan sehingga tidak lagi mempunyai sebarang pengharapan. Sementara
Islam dan iman yang merupakan dua wasilah untuk memperolehi kebahagiaan abadi
berkata kepada orang yang beriman: Si anak yang mengalami segala kesakitan
ketika sakaratul maut itu akan dikirim oleh Allah Yang Maha Mengasihani kepada
kesuciaan syurgaNua setelah dia dikeluarkan daripada dunia yang jijik ini.
Lebih dari itu, Allah akan
menjadikannya sebagai pemberi syafaat kepada kamu, sebagaimana Allah juga akan
menjadikannya sebagai anakmu yang abadi. Oleh itu, janganlah kamu merasa gundah
gulana dan janganlah berdukacita, kerana perpisahan hanya sementara.
Bersabarlah dan berkatalah: Segala
ketetapan adalah dalam kehendak Allah swt.
Firman Allah swt: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali……(Al-Baqarah:156)
Tiada sesuatu pun yang kekal
melainkan hanya Allah swt Yang Maha Kekal.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment