Jika dunia ini adalah kekal
abadi, jika manusia hidup selama-lamanya, atau jika perpisahan adalah abadi,
maka barulah ketika itu kesedihan dan kekeciwaan mempunyai sedikit pengertian
dan faedah.
Tetapi, oleh kerana dunia ini
hanyalah tempat persinggahan, maka ke mana sahaja anak yang meninggal itu
pergi, semua kita pasti akan ke sana
suatu hari nanti.
Kematian pula tidak hanya
dihadapi olehnya seorang, tetapi ia merupakan jalan yang akan ditempuhi oleh
semua orang. Semua orang yang berada di atas muka bumi pasti akan laluinya pada
suatu hari nanti.
Oleh kerana kehidupan ini tidak
abadi, bahkan akan berlaku pertemuan pada hari-hari yang mendatang, di alam
barzakh dan di dalam syurga, oleh itu kita sepatutnya berkata: Segala keputusan dan ketetapan adalah
ketentuan Allah swt. Allah memiliki segala yang diberikan kepada kita dan
segala yang diambilnya daripada kita. Maka kita hendaklah mengharapkan ganjaran
daripada Allah dengan penuh kesabaran dan bersyukur dengan ucapan
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah pada setiap keadaan yang dihadapi.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment