Wednesday, August 6, 2014

Suratan Takdir

Jika sudah suratan
di laut, di darat dan di udara
akan dijemput kematian
bersedialah kita semua.

Suratan takdir
ujian dan cubaan
besarnya pahala jika sabar
tertusuk jarum dan duri
itu juga ujian ada iktibar
malah ditembak peluru pelancar
itu lebih getir dan mencabar.

Paling berat ujian
para nabi seseorang diuji
menurut kadar agamanya
jika agamanta tipis lemah
dia diuji sesuai dan ringan
jika imannya kukuh
dia diuji hebat dan keras.

Barang siapa dikehendaki Allah
kebaikan menantinya
maka dia diuji dengan musibah
bentengnya sabar tabah.

Suratan takdir
tak pernah mungkir
berdoalah pada kebaikan
mati dalam amal dan iman
menuju syurga keindahan
syurga na’im.

Lailatul-Qadar
sepuluh malam terakhir
berdoa gandakan beribadat
untuk malang nasib takdir
mencari dan kumpul berkat
semuanya akan digandakan
seribu bulan yang nikmat.

Rahsia Allah
hanya Dia yang mengetahui
hidup mati ketentuan Tuhan
qadak dan jiga qadar
telah ditentukan.

Ami Masra
USJ 4 Subang Jaya Selangor
Mingguan Malaysia
3 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment