Saturday, September 24, 2016

Al-Qawiyy

Asma ul-Husna ke-54

Al-Qawiyy ertinya Allah yang Maha Kuat atau yang Maha Memiliki Kekuatan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Adz-Dzaariyaat:58)

Maha Kuat dan Kukuh

Al-Qawi atau Quwwu ertinya kekuatan, kekuasaan, kemampuan, kesanggupan dan seterusnya. Kekuatan dalam makna ini menerangkan sesuatu kekuasaan yang sempurna dan utuh. Kerana DiaMaha Kuat, Allah mempunyai kekuasaan yang sangat sempurna dan kekuatan serta kesempurnaan yang mutlak.

Al-Qawwiyy ertinya Zat yang kekuatanNya tidak terbatas dan di hadapanNya kekuatan musuh-musuhNya tersingkir dan kalah. Ia adalah Zat yang berdiri sendiri dan oleh itu tiada yang dapat memahami melainkan diriNya sendiri yang memiliki segala kekuatan dan kebesaran yang tidak tertanding atau pun yang tidak terbayangkan oleh akal fikiran kita yang daif.

Al-qawiyy adalah Zat yang kekuasaan dan kebesaranNya adalah sempurna. Dia menundukkan dan tidak dikalahkan. Dia membantu dan tidak dibantu. KekuasaanNya lebih tinggi daripada kekuasaan siapapun.

Memiliki kekuatan

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh empat dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah memiliki kekuatan terutamanya untuk mengenal Allah dan segala perintahNya.

Allah telah mengurniakan para malaikat suatu kekuatan yang sangat dahsyat di mana mereka mampu membalikkan sebuah gunung atau menenggelamkan kota-kota. Bagaimanapun malaikat seperti itu, takut kepada Allah dan kekuasaanNya tergoncang dalam kekaguman kerana takut akan kebesaranNya.

Sebagai Muslim yang ingin menyempurnakan keperibadian kita, maka segala sumber kekuatan ini hanyalah daripada Allah sebagaimana kekuatan yang diberikan kepada para malaikat. Namun malaikat yang memiliki kekuatan itu terkenal tingkat kepatuhannya kepada Allah. Oleh itu dengan bercermin kepada sifat al-Qawiyy, kita harus mendahului malaikat dari segi kepatuhan dan ketundukan kepada Allah agar tingkat dan darjat kita setanding dengan para kekasih Allah lainnya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (5)

Ketika itu juga Umar bin al-Khattab menawarkan Sa’id menjadi pembantunya, kata beliau: Wahai Sa’id, saya lantik kamu menjadi gabenor di Hims. Jawab Sa’id: Wahai Umar saya bersumpah dengan nama Allah, janganlah kamu menyesal dan menyerahkan saya kepada dunia.

Kamu pikulkan urusan pemerintahan ini ke tengkuk saya, kemudian kamu hendak berlepas tangan. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan kamu bersikap begitu! Bentak Umar.

Kemudian beliau dilantik menjadi gabenor di Hims. Umar bertanya: Bukankah kami mesti menyediakan imbuhan untukmu?

Jawab beliau: Apa gunanya, wahai Amirul Mukminin? Sesungguhnya pemberian daripada baitulmal telah melebihi keperluan saya.

Setelah itu beliau pun berangkat ke Hims.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Ramadan dan kemenangan

Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan yang Maha Esa maka dengan izinNya kita dapat merentasi lapar dan dahaga dalam menjunjung ketaatan kepada Allah  swt iaitu puasa yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang lima. Saat kita berada di penghujung ini, kita mengharapkan kemenangan Ramadan akan hinggap dalam kamus kehidupan kita.

Ramadan merupakan bulan yang mempunyai banyak karamah dan keberkatan khususnya kepada orang yang bertakwa. Kita akan dapati terlalu banyak keistimewaan kedua-duanya seperti sejarah kegemilangan Islam tercatat pada bulan Ramadan antaranya:

Pertama: Permulaan Nuzul al-Quran (25 Ramadan atau 17 Ramadan). Ia merupakan noktah dan titik permulaan peradaban manusia. Ini kerana ia menyingkap kegelapan jahiliyyah seterusnya dipancar sinar keilmuan Islam melalui kitab Ilahi dengannya tertegak tamaddun Islam dan insani. Maka beruntunglah mereka yang berpegang dengan kitab suci al-Quran yang menjadikannya petunjuk dan pedoman hidup.

Kedua: Peperangan Badar (17 Ramadan). Ia berlaku pada tahun 2 Hijrah di perkampungan Badar di mana tentera Islam seramai 313 orang dengan kelengkapan yang amat naif tetapi membawa ketinggian iman dan keyakinan kepadaAllah swt dapat mengalahkan musuh yang mempunyai kelengkapan dengan jumlah lebih daripada 900 orang yang dipimpin oleh Abu Jahal. Kemenangan itu merupakan suntikan semangat kepada umat Islam untuk bersama menegakkan agamanya dan mempertahankan rasulullah saw.

Ketiga: Pembukaan Kota Mekah (20 atau 21 Ramadan), ia berlaku pada bulan Ramadan juga iaitu pada tahun 8 Hijrah. Ini hasil daripada pencabulan perjanjian yang dimeterai antara rasulullah saw dengan puak Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 hijrah.Dengan kemenangan tersebut umat Islam  dapat menjadikan Mekah sebagai Kota Islam di mana terdapatnya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam seluruhnya. Peristiwa ini menyebabkan seluruh semenanjung Tanah  Arab berjinak dengan Islam dan mereka masuk kepada agama Islam dengan berduyun-duyun. Itulah yang dinyatakan Allah swt melalui Surah an-Nasr.

Keempat: Tersebarnya Islam ke Yaman (Ramadan 10 Hijrah), di mana rasulullah saw menghantar para sahabat untuk menyebarkan Islam.

Kelima: Peperangan Zallaqah (25 Ramadan 479 Hijrah), peperangan  yang menyaksikan tentera Islam bertembung dengan tentera kafir yang berkesudahan dengan kemenangan oleh tentera Islam.

Keenam: Peperangan Ain-Jalut (15 Ramadan 658 Hjrah). Pada tahun 656 Hijrah, kerajaan Mamalik dapat mengalahkan tentera Monggol dalam peperangan di ’Ain Jalut. Seorang panglima tentera Islam terkenal, Qutuz yang menjadi pemimpin Mesir telah mengumpul tentera Islam dan menyuntik semangat mereka untuk berkorban di samping adanya nasihat seorang ulama terkenal Izzuddin bin Abdul Salam.

Ketujuh: Pembukaan Kota Andalus (28 Ramadan 92 Hijrah) Di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad,  negeri Sepanyol dapat dibuka yang berjaya merentangi selat antara Afrika dan Eropah di bawah arahan Musa bin Nusair. Peristiwa ini sebagai mukadimah bertapaknya Islam di negara Eropah sehinggalah kepada kawasan-kawasan yang lain.

Kelapan: Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib dalam bulan Ramadan iaitu pada tahun 580 Hijrah. Seterusnya merekaberjaya mengambil dan menguasai kembali benteng Shafad.
 
Begitu juga peperangan muktakhir yang berlaku antara tentera Mesir dan Syria melawan tentera Israel sehingga memberi kemenangan kepada pihak Mesir. Ini menjadikan pukulan yang hebat kepada tentera Israel sehingga mengheret kepada perjanjian.

Daripada peristiwa-peristiwa ini menunjukkan kepada kita betapa para sahabat makin bersemangat dengan kedatangan ramadan kerana iamemberi kekuatan Ruhi yang seterusnya menjadikan mereka dapat mengalahkan nafsu syahwat dan juga dengannya cahaya dan sinar ilham Allah swt kepada hati mereka. Maka dengan sebab itulah apabila mereka menuju ke medan jihad kemenangan sentiasa bersama mereka. Ini kerana mereka mempunyai dua kekuatan iaitu rohani dan jasmani sedangkan musuh bergantung kepada zahir jasmani  sahaja. Hal ini mengakibatkan jiwa mereka kosong, perasaan takut bertapak dalam hati mereka ditambah dengan keberanian yang luar biasa yang ditunjukan oleh tentera Islam hasil daripada Ubudiyyah mereka kepada Tuhannya.

Al-Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya Apa Ertinya Saya Menganut Islam berkata:Orang-orang yang terdahulu dari kita benar-benar mengetahui dan memahami bahawa dakwah mereka tidak akan mencapai kejayaan kecuali dengan jihad, pengorbanan, penyerahan harta kekayaan dan jiwa raga lantas mereka pun mengorbankan diri dan harta mereka untuk perjuangan. Mereka berjihad pada jalan Allah swt dengan sebenar-benarnya. Mereka mendengar seruan Allah swt yang menyeru kepada mereka yang bermaksud:

Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai  dari Allah dan rasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(Surah at-Taubah: Ayat 24)

Sebaik sahaja mendengar seruan yang berupa ugutan itu, mereka pun terus menyambutnya. Mereka membebaskan diri mereka dari segala sesuatu yang mereka cintai dengan penuh kerelaan hati malahan mereka bergembira dan merasa bahagia dengan janji setia yang mereka berikan kepada Allah swt.

Ada di kalangan mereka yang bertarung dengan maut tetapi masih menyeru: Maralah menuju Allah yang tidak membawa sebarang bekalan. Ada juga di kalangan mereka yang mengorbankan seluruh harta benda mereka dengan berkata: Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah swt dan rasulNya. Ada juga di antara mereka yang bermadah sedangkan mata pedang sedang berada di leher mereka: Aku tetap tidak peduli, asalkan aku seorang muslim biarpun diriku dibunuh mati untuk Allah kematian pasti.

Demikianlah yang telah terjadi kepada mereka yang berjihad dengan jihad yang benar, pengirbanannya besar, menyerah diri dengan bersungguh-sungguh dan kita juga melakukan perkara yang sama (dengan izin Allah swt)

Atas dasar ini selayaknya umat Islam menjadikan Ramadan sebagai bulan tamrin dan latihan dalam mengatur dan menyusun langkah kehidupan di atas asas syariat Allah swt.

Dalam saat kita menyambut akhir Ramadan dan bertemu dengan Syawal sudah pasti semangat Ramadan ini hendaklah kita bawa bersama sebagai mukadimah perubahan hidup kita ke arah yang lebih baik mengikut kehendak Allah swt. Begitu juga Syawal menjadikan kita lebih bersyukur kepada Ilahi atas nikmat kurniaan kemampuan untuk melaksanakan ibadahNya dengan jaya. Amin.

Dr. Zulkifli b Mohamad Al-Bakri
Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi
Abdul Manam bin Mohamad Al-Merbawi
Risalah Ramadan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu,2011.

X-Ray

Before the 19th century, doctors diagnosed illnesses based on their own observation and explanation given by patients. However this method alone was insufficient in diagnosing the illness.

In the year 1895, a miracle happened in Professor Roentgen’s laboratory, at the University of Munich, Germany. On that day, he came to the lab as usual, plugged in and swiitched on the cathode ray tube (a vacuum tube with one or more electron guns, and a flourescent screen that is used to view projected images). Suddenly, he saw glimmers of light flashing on the fluorescent board which was 2 meters away from him. He put his hand over the light and a horror scene appeared in front of him. He could not believe his eyes when he saw a shadow of his hand bone reflected on the fluorescent board!

After several repeated experiments, Roentgen concluded that the cathode ray tube produced a ray which had strong penetration attributes. He decided to name this as an X-ray. X represents an unknown concept in a mathematical context. The discovery caused an uproar in thr world.

Roentgen’s dicovery was applied in the medical field in the early 20th century and eventually the X-radio fluoroscope was invented. Several disease conditions could be detected through X-rays. In the 1950’s, X-radio fluoroscopes became a common tool in the medical field.

Food for Thought :

Sometimes, luck is required for innovation or invention. But luck is not on your side without great effort. Professor Roentgen would not have been able to discover X-ray without his great effort in research.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 53-54

Ikan keli di dalam tempayan

Maka tersebutlah kisah
ikan-ikan keli di dalam tempayan

Masing-masing tiadalah hidup aman
lantaran ingin hidup selesa
tanpa gangguan teman-teman
ada pun sekalian teman dianggap saingan

Maka saling menyengatlah si keli
antara satu dengan yang lain
demi kehidupan sendiri-sendiri
tanpa kesediaan berkongsi

Maka cederalah kesemuanya
kerana terus-menerus saling menyengat
tanpa mencuba bersepakat
meskipun badan terkerat

Akhirnya tamat riwayat keli sekaliannya
kerana bergelut tiada sudahnya
keli setempayan punah tak bermaya
hidup tak berjasa mati tidak meninggalkan nama

Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016

Thursday, September 22, 2016

Al-Wakil

Asma ul-Husna ke-53

Al-Wakil ertinya Allah Maha Berserah, Maha Memelihara Penyerahan, Maha Melaksanakan urusan makhlukNya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Berserahlah kepada Allah kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka)
(An-Nisaa: 81)

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapan kepada yang lain) kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu
(Al-Ahzab: 3)

Maha Berserah dan Maha Melalaksanakan Segala Urusan

Al-Wakil adalah salah satu dari sekian banyak sifat Allah. Sifat-sifat Allah ini menghubungkan sesiapunn, yang membacanya secara berkali-kali sekaligus memahami makna-maknanya. Al-Wakil  adalah Pemberi rezeki, Zat yang mewujudkan diriNya sendiri gunamenyediakan rezeki bagi hamba-hambaNya. Dia, dan hanya Dia, mengurus semua urusan orang-orang yang ada dalam naunganNya, di bawah perlindunganNya.

Menurur para ahli bahasa, al-Wakil adalah Dia yang dipercayai untuk mengatur semua urusan, yang menyediakan hamba-hambaNya segala sesuatu yang mereka perlukan. Dengan kata lain, Dia mengurus segala sesuatu. Al-Wakil menjaga hamba-hambaNya yang soleh dengan murah hati. KepadaNya semua urusan dikembalikan. Dialah yang mewujudkan kebenaran. Barangsiapa yang bertawakkal kepadaNya  akan merasa cukup dan barangsiapa yang meminta kecukupan dariNya akan mendapat keredhaanNya.

Berserah Diri.

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh tiga dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah memasrahkan diri kepada kebenaran yang datang dari Allah. Ertinya kita mempercayai semua urusan kepadaNya dan bersandar pada kasih sayangNya.

Sesungguhnya Dialah satu-satunya Zat yang benar-benar  mengurus segenap hambaNya sebagaimana dikehendakiNya di mana kita harus bersandar (bertawakkal) kepadaNya. Oleh itu sesiapa sahaja yang memilih Allah sebagai pelindungnya adalah ia yang juga harus melindungi kepentingan Allah dalam dirinya sendiri dengan menunaikan hak-hak Allah dan perintahNya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (4)

Setelah itu Sa’id bin ‘Amir berhijrah ke Madinah dan berdamping dengan rasulullah saw. Beliau juga menyertai baginda dalam peperangan Khaibar dan siri peperangan lain selepas itu.

Apabila nabi saw menemui Ilahi yang meredhainya, Sa’id tetap menjadi pedang tajam yang dimiliki oleh khalifah Abu Bakar dan Umar. Kehidupannya merupakan model unggul dan gemilang bagi mukmin yang membeli akhirat dengan harga dunia.Beliau jugamodel bagi individu yang mengutamakan keredhaan dan ganjaran Allah berbanding runtunan nafsu syahwat dan tuntutan jasmani.

Kedua-dua orang khalifah kenal benar dengan kejujuran dan ketakwaan Sa’id bin ‘Amir. Mereka mendengar nasihat bahkan mengambil pandangan beliau.

Suatu hari beliau datang menghadap Umar bin al-Khattab yang baru dilantik menjadi khalifah. KataSa’id: Wahai Umar, saya berpesan kepadamu agar gentar dengan Allah dalam menguruskan hal ehwal rakyat. Jangan sekali-kalikamu gerun dengan manusia dalam menunaikan hak-hak Allah. Janganlah kata-katamu tidak bertepatan dengan perbuatan. Lantaran perkataan yang  terbaik adalah perkataan yang sejajar dengan perbuatan.
 
Wahai Umar, prihatinlah terhadap urusan rakyat yang dipertanggungjawabkan Allah kepadamu. Sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Sayangilah mereka sebagaimana kamu menyayangi diri dan keluargamu. Lindungilah mereka daripada perkara yang tidak diingini sebagaimana kamu tidak ingin ia menimpa diri dan keluargamu. Bergelumbanglah dalam kebenaran dan jangan gentar dengan celaan dalam menegakkan hukum Allah.

Lalu Umar bertanya: Siapa yang mampu melakukan perkara tersebut wahai Sa’id?

Ia mampu dilakukan oleh individu sepertimu. Iaitu individu  yang dilantik oleh Allah mengurus urusan umat Muhammad, sedangkan tiada perantara antaranya dengan Allah, jawab Sa’id.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Ramadan dan Masa

Dirafa’kan kesyukuran kepada Allah swt Ramadan menggamit lagi. Bulan yang penuh keberkatan dan pelbagai keistimewaan antaranya rahmat , maghfirah dan gandaan pahala.

Oleh kerana masa begitu pantas berlalu dan kita sentiasa terkejar-kejar dengan masa, di samping banyak membazirnya maka di sini suka diterangkan berkenaan dengan masa mengikut neraca Islam.

Daripada Ibn Abbas ra berkata bahawa nabi saw bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerimakeduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari 6412, Imam Ahmad dalam musnadnya 1/344, at Tirmizi dalam al-Zuhud 2304, Ibn Majah dalam al-Zuhd 4170 dan al-Baihaqi dalam al-Sunan 3/370.

Syeikh Abdullah Ba’lawi berkata: Saudara-saudaraku sesama muslim sekalian, jagalah baik-baik dan berhati-hati dengan waktu yang kamu miliki kerana ia sangat terbatas, tidak boleh dimajukan atau ditangguh walau sesaatpun, detik demi detik, minit demi minit, saat demi saat, hari demi hari dan seterusnya tempoh yang kita hidup di dalamnya adalah tempoh yang sangat singkat berbanding  kehidupan di akhirat nanti.

Setiap hembusan dan tarikan nafas, setiap denyut nadi dan degup jantung, seluruhnya itu mustahil berlaku tanpa izin Allah swt,. Bahkan pada hembusan nafas anda yang terakhir, pada denyut nadi yang terakhir dan pada denyut  nadi yang terakhir dan pada degup jantung anda yang terakhir hendaklah anda gunakan waktu itu untuk berbakti kepada Allah swt, sama ada ketika jaga atau tidur. Gunakanlah untuk  sesuatu yang berfaedah dan jangan biarkan berlalu seminit  pun dengan sia-sia. Jikalau anda keliru menggunakannya maka di kemudian hari anda pasti merasa penyesalan anda nanti. Inilah yang wajib anda perhatikan mulai sekarang.

Setelah meninggalkan dunia  fana ini, baharulah anda mengetahui betapa ruginya mensia-siakan waktu sekalipun hanya seminit sahaja. Anda semua pasti akan mengalaminya sendiri nanti dan pasti pula anda akan menyakini serta membenarkan apa yang saya katakan ini.

Syeikh Abdullah Ba’lawi menambah : Akan diperhatikan kepada setiap manusia  di akhirat nanti semua hari dan malamnya dalam bentuk almari. Setiap hari dan malam terdapat  dua puluh empat almari sesuai dengan jumlah hitungan hari dan malam itu. Manusia itu akan melihat sendiri setiap  jam yang digunakan untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah swt, nampaklah almari itu penuh cahaya, sedang setiap jam yang digunakan untuk bermaksiat kepada Allah swt nampaklah almari itu dalam keadaan gelap gelita.

Seterusnya jikalau ia mendapati almarinya sendiri itu berisi kegelapan yang hitam pekat,maka sekiranya ia dibenarkan memilih untuk mati.Nescaya ia akan rela mati serta merta ketika melihatnya. Namun tiada kematian lagi di alam akhirat. Justeru, seseorang yang selalu mengerjakan ketaatan kepada Allah swt, sudah tentu amat gembira dan ingin sekali menjadi manusia gembira, malahan terus bertambah kegembiraan dan sukacitanya itu sepanjang masa (atau lebih gembira lagi sekiranya dapat menambakan amal solehnya). Sebaliknya, manusia yang sentiasa berbuat maksiat kepada Allah swt, maka itulah manusia yang benar-benar berdukacita serta merasa takut, malahan kesedihan dan dukacitanya itu makin bertambah, tanpa ada penghabisannya sama sekali.

Katanya lagi: Saudaraku sesama muslim yang tercinta, kini tinggal bagaimana kamu memilih salah satu daripada dua hal. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberi anugerah dan rahmatNya kepadamu. Adakanlah  pilihan  untuk anda sendiri selagi andamasih berada di alam yang di dalamnya masih diberi kebebasan untuk memilih. Saya hanya menganjurkan yang baik-baik sahaja, pilihan anda jangan sampai keliru dan tersesat.

Pilihan yang baik dalam mengamalkan segala  sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat, sebab hanya inilah yang akan meninggalkan darjat selagi masih hidup di dunia atau setelah di akhirat nanti. Anda mesti selalu ingat bahawa waktu yang sudah andalalui itu tidak akan kembali lagi. Ini kerana jika tidak berlalu tidak mungkin kembali maka pilihan untuk mengerjakan kebaikan atau keburukan pun sudah tidak ada lagi, yang sudah berjalan dan berupa kebaikan tetap menjadi amal yang soleh bagi anda, sedang yang buruk tetap menjadi buruk dan tidak boleh dilenyapkan kecuali dengan bertaubat.

Oleh itu, bersegeralah, janganlah menangguh-nangguh melakukan perbuatan yang diredai Allah swt kerana ia suatu keburukan tersendiri padahal kita semua tahu manusia itu selalu terganggu oleh bermacam-macam keadaan berbahaya serta banyaknya pekerjaan yang  mesti segera diselesaikan hingga kesempatan yang semestinya boleh digunakan untuk beramal soleh akhirnya hilang sia-sia tanpa ada manfaat sedikit pun.

Marilah sama-sama kita mengambil semangat Ramadan dengan melakukan ibadat samaada yang wajib mahupun yang sunat. Semoga dengan amalan tersebut melayakkan kita mendapat ketakwaan. Amin

Dr. Zulkifli b Mohamad Al-Bakri
Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi
Abdul Manam bin Mohamad Al-Merbawi
Risalah Ramadan
Majlis Agama 
Islam dan Adat Melayu Terengganu,2011.

Water Vapor

Food and water are bacis needs for all living things. We need to eat food and drink water every day. But have you helped your mother to cook or boil water? When James Watt was a child, he enjoyed watching his grandmother cook in the kitchen. Whenever the water was boiling, the lid of the pot kept flipping up and down whilst making noises. Watt felt that this was strange and asked his grandmother why this was happening.

His grandmother was too busy and answered simply, When water boils, this happens. Watt continued asking, Why is it then that when the water boils, this happens? Is there something forcing it up? His grandmother answered impatiently, Why do you keep asking me this?

Watt was not satisfied with the aanswer, but neither was he discouraged. He continued his observation and finally found that what caused the lid to flip was the water vapor that was generated inside the pot. The lid constantly flipped when the water vapor rose and the energy produced by the water vapor was not small. This observation of water vapor had inspired Watt to invent the steam engine, which became the main driving force of tje Industrial Revolution in Britain in the 18th century.

Watt was able to invent the steam engine not because of an extraordinary talent but as a result of his curiosity and diligence in learning!

Food for Thought :

Try observing every small matter mindfully in life, and have the courage to ask. These observations perhaps might become your inspiration for an invention in the future!

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 52

Melihat


Melihat dengan mata pertama
mengenal bentuk dan rupa
sebagaimana tenunan zahir
begitulah pakaian akhir

melihat dengan mata kedua
bertakhta akal di singgahsana
mengarang tafsiran dan keputusan
dibatasai dangkal logika dan alasan

melihat dengan mata ketiga
pantulan dari cermin jernih sukma
membaca rangkap tersurat
menterjemahkan puisi hakikat
semuanya harus kembali
kepada sang penyair abadi
yang maha pemurah
meminjamkan saat hayat.

ABIZAI
Sinar Benar
DBP, 2011

Tuesday, September 20, 2016

Al-Haqq

Asma ul-Husna ke-52

Al-Haqq ertinya Allah Maha Besar atau yang Maha Memiliki Kebenaran sebagaimana firmanNya bermaksud:

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(al-Hajj:6)

Maha Benar

Salah satu sifat Allah adalah al-Haqq. Maha Benar. WujudNya terbukti benar demikian pula ketuhananNya. Dia menjadikan kebenaran menjelma melalui kekuatan firmanNya., yang mendukung mereka yang dicintaiNya melalui tanda-tandaNya. Allah adalah al-Haqq, yang wajib untuk diibadahi, yang sentiasa ada dan tak pernah lenyap hilang, yang kehadiranNya terbukti sentiasa ada, sejak masa azali dan abadi selamanya bukan sebelum waktu (ada) dan di atas (melampaui) waktu.

KehadiranNya merupakan suatu realiti yang tegak di atas kebaikannya sendiri, dan tidak ada wujud kecuali melaluiNya dan olehNya. Dia tak pernah bergerak dan di atas gerakan (itu sendiri) ataupun sesuatu yang fizikal atau material.Dia membiarkan kebenaran untuk menjelma dengan sendirinya. Dia menciptakan segala sesuatu sebagaimana kearifanNya menitahkan. Dia ada dengan sedemikian cara yang tidak mengizinkan adanya suatu  celah bagiNya untuk tidak ada, tidak sama, atau punah. Segala sesuatu yang ada berasal dariNya dan kepadaNya tujuan akhir.

Mencintai kebenaran.
 
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh dua dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mengakui kebenaran dan mencintainya sebagai salah satu kebaikan yang terunggul.

Di antara sifat para nabi dan rasul adalah mereka menyampaikan al-haqq dan memperjuangkannya sehingga ke titisan darah terakhir. Ini menunjukkan kebenaran telah sebati dalam diri para utusan Allah dan begitu juga pula para pewaris dan orang-orang soleh.

Wujudnya al-haqq dalam diri kita adalah cerminan daripada sifat Allah iaitu al-Haqq di mana kita tidak dapat lari daripada kebenaran yang abadi iaitu kehidupan di akhirat.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (3)

Khalayak Quraisyh kembali ke Mekah dan melupai peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Namun nasib yang menimpa Khubaib terus terbayang-bayang di kotak fikiran Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy yang sedang meningkat dewasa.

Katika tidur beliau bermimpi dan ketika jaga beliau terbayang-bayang wajah Khubaib. Bagaikan di depan matanya Khubaib bersembahyang dua rakaat dengan penuh tenang di hadapan kayu penghujung nyawanya. Terngiang-ngiang di telinganya rintihan Khubaib yang mendoakan kehancuran Quraisyh. Jiwannyagementar, bimbang petir akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya.

Khubaib mengajar Sa’id satu hakikat yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.

Khubaib mengajar, kehidupan yang sebenar adalah akidah dan berjihad di jalannya hinggga ke titisan darah terakhir.

Beliau juga mengajar iman yang teguh mampu menghasilkan keajaiban dan mencipta kemukjizatan.

Sa’id belajar satu perkara lagi, lelaki yang dicintai sepenuh hati oleh seluruh sahabatnya adalah seorang nabi yang mendapat dukungan langit.

Ketika itulah hati Sa’id bin ‘Amir terbuka untuk memeluk Islam. Lalu beliau berdiri di khalayak ramai dan mengumumkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dosa dan jenayah yang dilakukan oleh Quraisyh. Beliau meninggalkan berhala dan sembahan Quraisyh serta memeluk agama Allah.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Sorotan Al-Fatihah (4 )

Al-Fatihah dalam bahasa Arab

Oleh sebab itu tetaplah bacaal-Fatihah dalam setiap rakaat sembahyang dalam bahasanya yang asli, dalam bahasanya yang diterima dari nabi saw. Pelajari bacaannya itu kepada yang ahli mempergunakan huruf-hurufnya menurut tajwidnya yang betul. Dan dalam hukum agama, nyatalah bahawa mempelajari bacaan al-fatihah dan mengetahui ertinya dalam fardhu ain, wajib bagi setiap muslim.

Saranan membaca saja terjemahannya bukanlah dari fikiran secara Islam. Kalau kita merasa berat menerima pendapat Imam Syafi’i ra yang menyatakan wajib bagi setiap muslim mengetahui bahasa Arab, namun di dalam melakukan sembahyang dengan segala bacaannya  dan khusus mengenai al-Fatihah,berfikir  secaraIslam yang sihat pasyi menerima apa yang dikatakan  Imam Syafi’i itu.

Betapa tidak! Sedang sembahyng adalah tiang agama. Dalam sembahyang kita menghadapkan wajah hati kita kepada Tuhan, mengemukakan segala puji-pujian dan permohonan sebagai yang tersebut di dalam al-Fatihah itu. Dah hendaklah sembahyag itu kita kerjakan dengan khusyu’ merendahkan diri. Bagaimana khusyu’ akan tercapai kalau kita tidak mengerti apa yang kita katakan? Bagaimana sembahyang akan menjadi tiang agama, kalau kita mengerjakannya hanyakerana  keturunan saja? Bukan dari keinsafan?

Oleh sebab itu hendaklah dalam rumahtangga Islam, ayah bonda mengajar  anaknya  sedari kecil membaca al-Quran. Sekurang-kurangnya  buat pertama sekali ialah diajarkan al-Fatihah, supaya dapat dipakainya untuk sembahyang.

Wallahu ‘alam.

Prof Dr Hamka
Tafsir Al-Azhar, Juzuk’ 1
Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura
ms 101--102

Washing Machine

Before the invention of the washing machine, people used to wash their clothes by rubbing them in water, and pounding the clothes using wooden sticks or rocks. Later, people invented scrub boards to help in washing clothes. Some discovered that they could clean their clothes by putting their clothes into a barrel filled with detergent like alkaline and stir them using a wooden stick. At sea, the sailors would drag their clothes  at the stern (the back most part of a ship or boat) to clean them using sea water. After some time, manually operated washing machines were invented; it came in a wooden box with a handle. In order to wash your clothes, you were needed to put your clothes into the wooden box filled with water, and by rotating the handle; you would be able to stir the clothes inside to clean them.

Another early invention of the washing machine was to put clothes into a bag. One end of the bag was fixed while the other end was attached to a wheel and a cylinder. By rotating the cylinder, we would be able to clean the clothes. After the invention of the steam engine,manually operated washing machines were replaced by automatic ashing machines. In 1884, commercials advertising for washing machines sounded like this, even a kid can wash 6 mattresses in 15 minutes.

The first electric powered washing machine was invented in 1901 by an American by the name of Alva J.Fisher. In the mid 1930’s an American company manufactured the first washing machine which could wash, rinse and spin with a time control ability. Due to its convenience, it was widely accepted and used by people around the world.

In the 1960’s, the first drum type washing machine was introduced. Eventually, with the invention of more powerful detergents, it helped improve the development of the household washing machine. Currently, there is a variety of washing machines, but their concepts and methods are basically the same as a hand wash-with rubbing, pounding,physical stirring actions and chemical reactions.

Food for Thought :

Improvement  of an invention can be achieved through many cycles of the innovation process.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 50-51

Kuasa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menyemarakkan sengketa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali membunuh sukma

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali berpaksikan hawa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali membenihkan lagha

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menyirnakan takwa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menjarakkan ukhuwah

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali alat membolot harta

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali dipertuhankan adanya

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menghalalkan yang tercela

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali memungkinkan segalanya

Kuasa
dengan takrif yang nyata
sekadar wasilah belaka

Kuasa
dengan takrif yang nyata
sekadar amanah hamba

Kuasa
dengan takrif yang nyata
bersaudarakan iman kepada Yang Esa

Kuasa
dengan takrif yang nyata
menjadi sumber bangsa bahagia

Awang Sariyan
Di denai kehidupan

DBP, Kuala Lumpur 2016

Saturday, September 17, 2016

Asy-Syahid

Asma ul-Husna ke-51

Asy-Syahid ertinya Allah Maha Menyaksikan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Tidakkah Tuhanmu cukup bagimu bahawa sesungguhnya Ia menyaksikan segala sesuatu.
(Fussilat:53)

Maha Menyaksikan

Menurut Mu’jam Naqayis al-Lughah oleh Ibn Faris, kata kerja syahida, ertinya melihat, menyaksikan atau membenarkan.

Secara linguistik menunjukkan kehadiran, pengetahuan dan penyebaran pengetahuan tersebut. Sifat asl-Syahid berasal dari kata syuhud, ertinya saksi (mata) dan ianya memerlukan pengetahuan melalui observasi. Allah adalah as-Syahid kerana Dia hadir dan melihat segala sesuatu yang telah Dia ciptakan dan yang akan Dia ciptakan sekaligus dan di satu tempat, dan Dia sepenuhnya mengetahui makhluk-makhluk tersebut sebagaimana ayat bermaksud,.....Dia bersamamu di manapun kamu berada.

Dalam karyanya Taj al-Arus, al-Zubaidi telah menyebutkan bahawa as-Syahid adalah salah satu sifat Allah yang ertinya: Zat yang jujur dalam kesaksianNya dan tak sesuatupun yang  luput dari ilmuNya. Ilmunya adalah sangat sempurna berkenaan dengan semua benda yang tampak. As-Syahid juga mengandungi luasnya pengetahuan dari apa yang diketahui Allah.

Menyaksikan kebenaran dan hakikat Allah

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh satu dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menyaksikan kebenaran dan hakikat Allah untuk seterusnya bermakrifat kepadaNya.

Golongan yang beriman kepada Allah sentiasa ingat bahawa Allah adalah Saksi atas segala sesuatu di mana Allah mencukupkan diriNya sebagai saksi atas semua umat manusia. Dalam hal ini Allah menyebutkan ciri-ciri mukmin:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi saksi atas perbuatan kamu.
(Al-Baqarah:143)
Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (2)

Setelah selesai, beliau melihat Khubaib menghadap pembesar Quraisyh seraya berkata: Demi Allah! Jika tidak kerana kamu akan beranggapan bahawa saya memanjangkan sembahyang kerana takut mati, nescaya saya memanjangkan sembahyang saya…….

Kemudian beliau melihat dengan kedua matakepalanya, mereka memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup. Mereka mengerat satu demi satu seraya berkata: Adakah kamu suka jika Muhammad menggantikan tempatmu dan kamu selamat?

Khubaib berkata dengan darah berlumuran di seluruh tubuhnya. Demi Allah! Saya tidak rela sekiranya saya selamat, duduk bersama isteri dan anak-anak sedang Muhammad dicucuk duri.

Orang ramai mengangkat seraya menjerit: Bunuh dia…..bunuh dia…..!!!

Sa’id bin ‘Amir melihat Khubaib yang terikat di kayu berpalang mendongakkan wajahnya ke langit seraya berkata: Wahai Allah hitunglah bilangan mereka, hancur leburkanlah mereka dan jangan kamu biarkan mereka walaupun seorang.

Kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada tubuhnya tidak terkira berapakah tetakan pedang dan tusukan lembih yang menghujaninya.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Sorotan Al-Fatihah ( 3 )

Orang-orang yang tersesat

Saiyid Rasyid Ridha dalam al-Manar menyatakan gurunya Syaikh Mohammad Abduh membahaginya kepada 4 tingkat:

1) Yang tidak sampai kepadanya da’wah atau ada sampai tetapi hanya didapati dengan pancaindera dan akal, tidak ada tuntutan agama. Meskipun tiada kesesatan dalam soal keduniaan, tetapi mereka pasti sesat dalam mencari kelepasan jiwa dan kebahagiannya di akhirat.  Mungkin juga diberi maaf oleh Tuhan kerana Dia berbuat sekehendakNya.

2) Mati sebelum da’wah yang tertarik itu sampai dan menjadi keimanannya.

3) Da’wah sampai kepada mereka dan mereka akui tetapi tidak mereka pergunakan akal buat berfikir dan menyelidiki dari pokoknya, tetapi mereka berpegang teguh juga kepada hawa nafsu atau kebiasaan lama atau menambah-nambah.

4) Yang sesat dalam beramal atau memutar mutar hukum dari maksudnya yang sebenar.

Wallahu ‘alam.

Prof Dr Hamka
Tafsir Al-Azhar, Juzuk’ 1
Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura
ms 87

USB Flash Drive


There was a time in the past when people used floopy disks to transfer files from one computer to another. Writing and reading files using floopy disks proved to be very slow. In addition, the floppy disk could only store up to 1.44MB (megabytes) of data. This became a problem when people needed to transfer larger files.

Then came the invention of the USB flash drive. A USB flash drive refers to a data storage device which uses a type of memory called flash memory. This device uses a Universal Serial Bus (USB) as a connector to other devices.

The first commercial USB drive in the market was 8MB in size. This was equivalent to 5 floppy disks at the time. Today, you can find USB flash drives that are as large as 512GB! The size of these flash drives keep increasing  as the demand to store and transfer more and bigger files become more apparent.

Food for Thought :

Technology keeps reinventing itself. As our needs change new technology will be needed to meet this change.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015

ms 49

Dunia hanya sementara


Wahai manusia
Jangan engkau tertipu daya
Oleh dunia yang fana
Sebagai tempat ujian bagi kita
Dunia sementara
Akhirat selama-lamanya

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati
\
Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Semua pergi menghadap Ilahi

Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti
Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti


OST hati-hati dengan hati

Friday, September 16, 2016

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam Sabtu

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra buat kali kedua tahun ini pada Sabtu (17 September). Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut hanya akan dapat mula disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada pukul 12.55 pagi Sabtu, dan berada pada fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra yang paling dalam pada 2.54 pagi.

"Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan bulan keluar sepenuhnya dari kawasan penumbra pada jam 4.54 pagi.

"Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas permukaan bulan," menurut Angkasa dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut agensi itu, fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang pertama pada tahun ini adalah pada 23 Mac lepas.

Menurut Angkasa, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar kerana penumbra adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.

"Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular ataupun menggunakan teleskop," menurut agensi itu.

Menurut Angkasa, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang awam sempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu ini.

Mstar online
16 September 2016

 Ya Allah anugerahkan kami kebaikan dunia dan akhirat daripada sisiMu.Lindungi kami dengan perlindungan dan kebaikan sebagaimana permohonan nabi kami Muhammad saw. Aameen Ya Rabb.

Generasi pasca merdeka

Generasi pasca merdeka
bumi warisan tergadai
kalianlah penebusnya
koloni tinggalan terjual
kalianlah pembidanya
negeri titihan terjarah
kalianlah pembebasnya.

Generasi pasca merdeka
peluang hilang terlepas
tidak akan terhidang lagi
larian cundang terbabas
tidak akan berulang kali
dosa para leluhur silam
biarkan saja terpendam
meremuk dan meredam
dalam langgam gurindam

Generasi pasca merdeka
jangan menjadi boneka
barua macai penderhaka
jangan menjadi peminta
diberanda para penguasa
jangan bertindak dalang
sekongkol bela petualang
elak menjadi penggunting
dilipatan linen muhibbah
usah terlalai disuap tutur
dongeng negeri makmur
usah terleka diusapi giur
dondang prodigi syukur.

Generasi pasca merdeka
andai ditakdirkan terusir
daripada tanah terakhir
kemana kalian musafir
menyifir suratan takdir?

Generasi pasca merdeka
inibukan musim senang
luruskan langkah pincang
ini bukan zaman lenang
santai di kerusi goyang.

Generasi pasca merdeka
bagaimana akan diagih
puding ekonomi sejuring
warga muncul menagih
banyak, saling bersaing.

Azmi Yusoff
Machang
Mingguan Malaysia
11 September 2016