Saturday, December 30, 2017

Sekitar Info Pencapaian UPSR 2017 – pencapaian peringkat nasional


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

Bil
Indeks Jisim Badan (BMI)
Bil Murid
Peratus
1
Normal
268,314
63.4
2
Berisiko berat berlebihan
56,584
13.4
3
Berat berlebihan
56,584
13.4
4
Kurang berat badan
40,347
9.5

Jumlah
423,539


Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Menengah Malaysia (SEGAK)

Bil
Tahap Kecergasan Fizikal
Bil Murid
Peratus
1
Kecergasan sangat tinggi
40,957
9.5
2
Kecergasan tinggi
368,101
38.8
3
Cergas
189,929
43.9
4
Kurang cergas
27,031
6.2
5
Tidak cergas
3,644
0.8
6
Tidak melengkapkan Ujian Segak
3,259
0.8

Jumlah
432,921


Analisis Tahap Penguasaan Minimum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Bil
Pencapaian Calon
2017
2016
Beza
1
Semua A
8958
2.1%
4896
1.1%
4062
1%
2
Maksimum 1B
10957
2.5%
8345
0.9%
2612
0.6%
3
Minimum 2B
32298
7.5%
35.752
8.1%
-3454
-0.6%
4
Minimum 1C
89201
20.7%
91366
20.7%
-2165
0%
5
Minimum 1D
152100
35.3%
152825
34.7%
-725
-0.6%
6
Minimum 1E
130027
30.2%
137262
31.1%
-2856
-0.7%
7
Semua E
6663
0.5%
9519
2.2%
-2856
-0.7%
8
Lain-lain kombinasi
603
0.1%
817
0.2%
-214
-0.1%

Nota

Pencapaian Calon
2017
2016
Beza
Pencapaian minimum
293514
68.1
293184
66.5
330
1.6%
 



Sumber:
Harian Metro

24 Nov 2017

Talkin

Maha Suci Allah yang Maha Kiuasa lagi kekal tanpakesudahan. Maha Suci Allah yang telah mengaturkan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian supaya dapat dicuba dan diujinya siapakah di antara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebajikan. Maka segala derma bakti dan hasil dari amalan mereka itu, semuanya akan dapat dilihat satu persatu pada hari yang ditetapkan tuhan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

Segala sesuatu yang lain daripada Allah tetap kekal akan rosak dan binasa, kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allah jualah akan kembali sekalian kita. Maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan terlepas daripada azab api neraka. Seterusnya mendapat anugerah nikmat yang berkekalan di dalam syurga. Segala nikmat dan kesudahan yang bercorak keduniaan semuanya hanyalah pinjaman sementarawaktu jua.

Aku bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar ,dengan nama rasulNya yang mulia dan di atas agama Islam yang maha suci apa yang akan aku sebutkan ini adalah perkara yang telah dijanjikan oleh Allah swt dan amatlah benar segala rasul-rasulNya yang telah menyampaikan janji itu.

Wahai saudaraku….,,,semoga Allah kurniakan kasihan belasNya ke atas saudara. Ketahuilah bahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang daripada saudara sekarang. Saudara telah masuk ke dalam sempadan akhirat dan tinggal di sini sehingga hari kiamat. Wahai saudaraku janganlah sekali-kali saudara lupakan pengakuan  dan penjanjian kita di dunia iaitu :


 
 Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah, janganlah saudara gentar dan takut kerana mereka juga makhluk Allah seperti saudara.  Mereka akan bertanya siapakah tuhan yang saudara sembah? Siapakah nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara? Dan di atas agama apakah saudara hidup dan mati?

Katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benar. Bila ditanya lagi, jawablah juga Allah tuhanku  yang sebenar-benar. Bila ditanya lagi bagi kali ketiga iaitu yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa takut dan gentar kepada mereka: Allah tuhanku, Muhammad rasulullah nabiku, Islam agamaku, al-Quran pedoman dan ikutanku, Baitullah qiblatku, solat kewajipanku, sekalian orang Islam adalah saudaraku, nabi Ibrahim al-Khalil adalah bapa kepada agamaku. Hidup dan matiku adalah atas perkataan :



Ingat dan peganglah bersungguh-sungguh kata-kataku ini selama-lamanya. Ketahuilah saudara telah berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat  kelak. Sekiranya ditanya saudara  dari hal Muhammad katakanlah bahawaMunammad itu adalah pesuruh Allah dan utusanNya yang telah menyampaikan kepadakami segala keterangan dan tanda-tanda daripada Allah. Maka kami telah beriman dan menurut ajarannya, setelah selesai pemeriksaan berserahlah diri saudara kepada Allah yang MahaEsa yang memiliki Arasy yang Maha Besar.

Ketahuilah saudara bahawa mati itu benar, memasuki ke liang kubur itu benar, soalan Mungkar dan Nankir itu benar, dibangkitkan manusia itu untuk diperiksa amalannya adalah benar, melalui titi siratul mustaqim itu benar, balasan nikmat syurga dan pembalasan neraka itu semuanya benar belaka dan tetap akan berlaku dan bahawasanya Hari Kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi.Maka Allah akan menghidupkan semua sekalian manusia. Wahai saudaraku, selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan saudara kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga dicucurkan rahmat dan keampunan ke atas saudara.

Ya Allah yang Maha Besar
Ya Allah yang Maha Kuasa
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kurniakanlah limpah rahmatMu kepada saudara kami hambaMu ini. Ampunkanlah dosa dan kesalahannya dan ampunkan dosa dan kesalahan kami, wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Ya
Allah yang Maha Lemah Lembut, Ya Allah yang Maha Mendengar terimalah rayuan hambaMu yang lemah ini. Kami merayu dengan perasaan yang sedih dan hati yang penuh pengharapan serta berkat kemuliaan rasulMu, bahawa tidaklah kiranya mayat ini disiksa dan diazabkankan.

Aamen Ya Rabbal Alameen.

Wirid terpilih untuk Dhuyuf Al-Rahman
Kenangan-kenangan musim haji 1433H
Percetakan Warni Sdn Bhd.

Perahu kayu


Di dalam lemari kaca
sebuah muzium lama
ditatap,berkilir gelak ketawa
pengunjungnya.
 
Sebuah perahu kayu
replika tatapan warga.

Di tepi sebatang sungai
sebuah perahu kayu, usang
terbiar, tanpa pemilik, tanpa cakna.

Di sini
sejarah duka kehidupan
pembangunan terbina
tanpa makna apa-apa.

Sungai mengalir lesu –
pembangunan terus memacu
sebuah perahu kayu
tersadai, mereput sendiri
hilang bersama sejarah diri.

Ezani Haji Daud
Kota Bharu
Mingguan Malaysia
26 Mac 2017

Mutiara kata Imam Al-Baqir as


1. Tidak ada sesuatu yang bias ditangkupkan secara tepat dengan sesuatu yang lain, kecuali kesabaran dan ilmu.

2. Sempurna dari segala yang sempurna dalam pemahaman yang mendalam terhadap agama adalah sabar menghadapi cobaan dan menyedikitkan ma’isyah.

3. Ada tiga hal yang termasuk kemuliaan dunia dan akhirat; memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, menghubungkan tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya darimu, dan bersikap sabar terhadap orang yang bertindak bodoh kepadamu.
 
4. Seseorang belum disebut alim kecuali bila dia sudah tidak lagi dengki kepada orang yang lebih tinggi darinya, dan tidak merendahkan orang yang lebih rendah darinya.

5. Ada tiga hal yang pelakunya belum akan mati sebelum menyaksikan akibat perbuatannya: membangkang (terhadap kebenaran), memutuskan hubungan persaudaraan dan sumpah palsu.

6. Ketaatan yang pahalanya diberikan seketika (di dunia) adalah menghubungkan tali persaudaraan. Sepanjang orang-orang yang berlaku jahat itu menyambungkan tali persaudaraan, maka kekayaannya akan bertambah dan berkembang; dan sumpah palsu dan memutuskan hubungan persaudaraan menyebabkan kekayaan dunia lepas dari pemiliknya.

Wallahu ‘alam.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997

Doa Imam Sajjad as (1)

Allahumma ya Allah, limpahkanlah salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan cukupkanlah aku dengan mementingkan apa yang menjadi pekerjaanku, dan jadikanlah aku sentiasa mengerjakan apa yang akan Engkau tanyakan di Hari Kiamat kelak.Curahkanlah hari-hariku untuk apa yang telah Engkau ciptakan aku untuk itu. Berilah kecukupan kepadaku, luaskanlah bagiku rezekiku dan janganlah Kau coba aku dengan kecongkakan.Berilah kekuatan jiwa kepadaku, dan janganlah Engkau coba aku dengan sifat takabur.Jadikanlah aku betul-betul sebagai hambaMu, dan janganlah Kau rusakkan ibadahku dengan ujub. Berikanlah kebaikan kepada manusia melalui tanganku, dan janganlah Kau hapuskan kebaikanku dengan tindakanku menyebut-yebutnya. Anugerahilah aku dengan ketinggian akhlak, bentengilah aku dari berbangga diri.

Aameen.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, 1997

Wednesday, December 27, 2017

Prakata buku


Pada suatu masa dahulu dalam sebuah negara yang dinamakan Dropland, iaitu  negara yang terdapat dalam setitis air, rajanya, Raja Amoeba membuat keputusan mahu mengajar rakyatnya cara menjalani kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, baginda mengembara ke seluruh  pelosok negara memberitahu rakyat cara-cara menjalani kehidupan yang lebih baik daripada keadaan mereka pada masa itu. Namun, tiada seorang pun ambil peduli.

Kata penasihat baginda: Mula-mula tuanku mesti mendapatkan perhatian  mereka. Nah. Gosokkan minyak bawang putih ajaib ini dan tuanku akan mendapat perhatian semua orang.

Raja pun berbuat sebagaimana yang dinasihatkan dan baginda keluar mengajar rakyat cara-cara menjalani kehidupan yang lebih baik . Namun tidak seorang pun ambil peduli. Mereka berenang menjauhkan diri….sambil menutup hidung.

Kata penasihat baginda lagi, Tuanku mesti pastikan mereka mendengar cakap tuanku. Nah. Gunakan pembesar suara  ini supaya semua orang mendengar tuanku.

Raja berbuat sebagaimana yang dinasihatkan dan baginda keluar lagi bagi menyebarkan  amanatnya. Namun, tiada seorang pun mahu mendengar kata-kata baginda. Mereka berenang menjauhkan diri……sambil menutup hidung….dan juga menutup telinga. Akhir sekali kata penasihat baginda, Rakyat tuanku terlalu bodoh untuk menyedari kata-kata bijaksana yang tuanku berikan. Tuanku perlu buat sesuatu supaya mereka mendengar kata-kata tuanku demi kebaikan  diri mereka sendiri.

Selepas itu baginda mewajibkan semua rakyat berhimpun di sebuah dewan. Namun apabila pintu besar dewan dibuka, semua rakyatnya berenang menjauhkan diri daripada baginda dengan begitu pantas sekali sehingga tanpa mereka sedari, mereka sudah berenang dari Dropland. Dan sejak itu, dan buat selama-lamanya, mereka dikenali sebagai Outdroppers.
 
Pengajaran daripada cerita dongeng ini adalah…..apa-apa sahaja yang tidak menyeronokkan tidak akan diberi perhatian. Jadi , jelaslah apa yang kita ajar selalunya berbeza daripada apa yang kita beritahu. Ada kalanya, kita mengajar betapa baik dan betapa pentingnyasesuatu perkara serta inti patinya sekali. Ada kalanya, kita mengajar orang supaya tidak menyukai dan kemudiannya menghindari perkara yang kita ajarkan itu…….

Teknik Mendorong Pelajar Belajar…..tanpa membunuh semangat mereka membincangkan matlamat sejagat bagi pengajaran, dengan tujuan sekurang-kurangnya  menanam sikap yang baik kepada pelajar terhadap subjek yang diajarkan kepada mereka semasa mereka mula-mula belajar. Buku ini menerangkan keadaan persekitaran mempengaruhi sikap ini, tentang cara mengenalinya dan cara menilainya. Pengarang tidak akan  membincangkan apa yang patut diajar. Sebaliknya, pengarang  hanya membincangkan cara  membantu pelajar menggunakan apa yang mereka sudah pelajari dengan sebaik mungkin . dan cara mempengaruhi mereka suaya terus belajar. Sekiranyaanda benar-benar mengambil berat samaada pelajar anda menggunakan atauun tidak pengetahuan yang anda ajarkan, maka buku ini sesuai untuk anda.
 
a) Sekiranya memberitahu disamakan dengan mengajar, kita semua akan menjadi terlampau bijak sehinggakan kita sendiri tidak mempercayainya.

b) Benda yang berguna, mestilah digunakan
Benda yang tidak disukai, kurang digunakan tetapi selalu sahaja disalahgunakan.

c) Sekiranya apa yang kitalakukan kadang kala tidak begitu berkesan  berbanding apa yang kita luahkan, maka tidak perlulah menggunakan ungkapan , Jangan buat apa yang buat, buat apa yang saya suru.

d) Seorang guru yang berwawasan pernah berkata kepada seorang rakan sejawat, Saya dapati sekiranya saya menunjukkan sikap yang tidak disukai ketika mengendalikan perbincangan, pelajar membenci apa yang mereka pelajari.

e) Sekiranya anda tidak pasti tentang arah tuju anda, besar kemungkinan anda akan ke tempat lain.

Wallahu ‘alam

Robert F. Mager
Teknik Menorong Pelajar Belajar…….
.tanpa membunuh semangat mereka

Kalam Allah

Tenggelam daku
dalam alunan syahdu
kalam Allah
yang meniti di bibir imam
dalam solat tarawih dan witir
bersela dengan selawat dan tasbih
memuja Kekasih maha berkuasa
dan kekasih utusanNya.

Cukuplah kala bicaraMu
bagiku
dengan kebenaran yang muktamad
daripada mendengar
bicara manusia
yang lebih banyak kosong hampa.

Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016


Doa Imam Al-Husain as

Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku kesenangan akan kehidupan akhirat, sehingga aku bisa mengetahui hal itu dalam kalbuku melalui kezuhudanku terhadap kehidupan dunia. Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku pemahaman terhadap persoalan akhirat, sehingga aku akan mencari kebaikan lantaran rinduku kepadanya, dan menjauhi kejahatan karena takutku kepadanya, Ya Rabbi….

Aameen.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, 1997

Tuesday, December 26, 2017

Graduan buta terima anugerah pingat emas

Sintok – Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang gadis kelahiran Sabah, Harziah Khalid Yunis untuk menempa  kejayaan sehingga dikurniakan Anugerah Pingat Emas Canselor sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sabtu lalu.

Lebih membanggakan apabila graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian berusia 26 tahun itu menamatkan pengajian setahun lebih awal berbanding rakannya dengan memperolehi Ijazah Kelas Pertama.

Harziah berkata, hanya  usaha yang membezakan dirinya dengan insan biasa yang lain keranabeliau percaya kekuatan akal mampu membantu menggerakkan anggota badan yang lain untuk mengejar kejayaan.

Sejak pertama kali saya sampaikan ke UUM, perkara paling utama yang saya tekadkan ialah saya mahu berjaya. Dengan itu saya tidak boleh merungut terhadap kekurangan diri sendiri kerana iaadalah kunci kepada kegagalan, katanya ketika ditemui pemberita pada majlis konvokesyen tersebut.

Ketika  ditemui, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, beliau perlu berusaha duakali ganda lebih daripada rakan-rakannya yang normal kerana perlu mengambil mata pelajaran yang lebih untuk menghabiskan pengajian lebih awal.

Ketika menceritakan keadaannya waktu sekolah rendah, Harziah berkata, beliau tercicir dalam persekolahan apabila masalah penglihatan menghalang daripada belajar asas membaca dan menulis dengan betul.

Ketika itu saya sempat masuk sekolah tahun satu, tetapi tidak mampu nak belajar apa-apa. Selama dua tahun saya tidak bersekolah, namun selepas itu rakan ibu saya bawa saya ke Sekolah Pendidikan Khas sewaktu berusia 10 tahun dan kemudian barulah saya boleh belajar dengan betul, katanya.

Harziah yang kini bertugas sebagai Pembantu Am di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, dia amat bersyukur  apabila sudah memperoleh pekerjaan memandangkan golongan Orang Kurang Upaya sepertinya agak sukar untuk diterima bekerja.

Wallahu ’alam.

Sinar Harian

24 Nov 2017

Untaian kata-kata mutiara Imam Ali as.



1. Apabila kekayaan dunia menghampiri seseorang, maka berjatuhanlah kebaikan orang lain (di matanya) dan bila kekayaan dunia itu meninggalkannya, maka lenyaplah kebaikan dirinya.

2. Selemah-lemah orang adalah dia yang tidak sanggup mencari kawan, tetapi yang lebih lemah dari itu adalah dia yang menyia-yiakan kawan-kawan yang dimilikinya.

3. Barang siapa yang lambat ilmunya, tidak cepat pula nasabnya.

4. Setiap seseorang menyembunyikan sesuatu dalam hatinya, pasti akan terlihat pada getaran suara dan perubahan wajahnya.

5. Hilangnya sesuatu yang dibutuhkan, lebih gampang ketimbang mencarinya kepada orang yang bukan ahlinya.

6. Nilai setiap orang terletak pada sesuatu yang dipandangnya baik.

7. Tentang orang yang suka membual, Imam Ali as mengatakan, mereka itu adalah orang-orang yang bila berkumpul gampang dikalahkan, dan bila mereka bercerai-berai tidak bisa dikenali.

8. Alangkah mengherankan bila ada orang yang menghindari makanan kerana takut sakit, tetapi tidak menghindari dosa kerana takut neraka.
 
9. Ada empat hal yang bila keempatnya dimiliki seseorang, niscaya dia akan mudah mencapai cita-citanya; jangan berharap kepada siapa pun kecuali Tuhan, jangan takut apa pun kecuali terhadap dosa, jangan malu untuk mengatakan tidak tahu manakala dia tidak tahu dan jangan menyombongkan diri dengan mengatakan tahu apabila tidak tahu.

10. Hindarkanlah maksiat kepada Allah ketika kamu sendirian, sebab saksi adalah hakim.

11. Pujian lebih dari yang semestinya adalah menghancurkan, sedangkan mengurangi dari yang semestinya adalah kebohongan atau iri hati.

12. Saat berakhirnya kesulitan, di situ terdapat kemudahan dan sesudah menindihnya ujian, di situ terdapat kesenangan.

13. Barangsiapa memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, niscaya Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia; dan barangsiapa memperbaiki urusan akhiratnya niscaya Allah akan memperbaiki urusan dunianya; dan barangsiapa menjadikan diriNya sebagai penasihatnya, niscaya dia akan memperoleh pemeliharaan dari Allah.

14. Sepandai-pandai orang ialah orang yang tidak membuat manusia berputus asa dari rahmat Allah, tidak berputus asa dari memperoleh peunjukNya dan tidak membuat mereka aman dari siksa Allah.

15. Banyak sekali orang pandai yang dibunuh oleh kebodohannya, dan ilmu yang dimilikinya tidak memberi manfaat kepadanya.

16. Agungkan Khaliq dalam pandanganmu, niscaya makhluk akan menjadi kecil di depan matamu.

17. Seorang sahabat belum bisa disebut sahabat sejati sepanjang belum melindungi sahabatnya dalam tiga hal; ketika dia berada dalam kesulitan, ketika dalam berpergian dan ketika dia meninggal dunia.

18. Manusia itu terbagi tiga: Orang ’alim yang rabbani, orang yang belajar menuju jalan yang selamat, dan orang-orang hipokrit, yang mengikut ke mana angin bertiup dan tidak pernah mau mengambil manfaat dari cahaya ilmu dan tidak berpegang pada tiang yang kokoh.

19. Manusia itu pasti memusuhi sesuatu yang tidak dia ketahui.

20. Barangsiapa yang memaksa pendapatnya, pasti binasa; dan barangsiapa  meminta nasihat kepada orang lain, pasti memperoleh kawan dalam berfikir.

Wallahu ’alam.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Oleh Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd, Kuala Lumpur 1997.

Pendekatan Menangani Probia Matematik Di Kalangan Murid

Bentuk mindset mereka

Saya sering berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak menggemari mata pelajaran Matematik di sekolah. Ramai ibu bapa yang mengadu anak mereka sangat lemah dalam mata pelajaran tersebut, Kenyataan ini disokong lagi dengan keputusan peperiksaan mereka yang tidak pernah lulus mata pelajaran Matematik.

Apabila saya berhadapan dengan pelajar yang menghadapi situasi begini, biasanya saya akan cuba mendiagnosis mereka bagi mencari punca mereka tidak menggemari subjek tersebut. Adakah memang mereka sangat lemah menguasai operasi dalam mata pelajaran tersebut ataupun mereka tidak tahu teknik menjawab soalan?

Sangkaan saya meleset kerana hasil diagnosis saya adalah 90% daripada mereka mempunyai punca yang sama iaitu kepercayaan mereka terhadap mindset mereka yang telah ditanam bertahun-tahun lamanya dalam minda mereka.

Apabila saya bertanya mengapa mereka tidak suka dan tidak memahami mata pelajaran tersebut, memberi jawapan yang sama iaitu:

# Matematik sangat susah kerana terlalu banyak formula yang perlu diingat.

# Ibu bapa serta guru-guru Matematik saya sebelum ini mengatakan saya sangat lemah dalam Matematik.

# Saya sering gagal dalam mata pelajaran tersebut. Saya mungkin tidak akan lulus sampai bila-bila.

# Matematik perlu banyak latihan.

Kepercayaan diperoleh daripada pengalaman sudah menjadi mindset yang tertanam dalam minda sehingga mereka tidak mampu mengubahnya lagi. Lebih menyedihkan, apabila mereka sebenarnya mempunyai potensi yang sangat baik dalam mata pelajaran Matematik.

Proses menukar mindset ini perlu dilakukan secara berperingkat sehingga akhirnya mindset lama ditukar dengan mindset yang baru dan mereka mula berusaha  memperbaiki diri. Akhirnya mereka sedar bahawa mereka juga mampu berjaya seperti orang lain.

Jadi, penting untuk kita sering membentuk mindset yang baik kepada anak-anak autistik kita supaya mereka tidak rasa rendah diri dan merasakan bahawa mereka juga mempunyai potensi yang sama seperti adik-beradiknya yang lain.
 
Saya  sering memberi positive affirmation kepada Rizqy ( nama anak saya ) dan minta dia menyebutnya bersama-sama. Positive affirmation berbeza dengan pujian.

Pujian kita berikan kepada mereka sebagai tanda kita menghargai setiap kejayaan yang mereka lakukan. Manakala positive affimation pula ialah satu perakuan secara positif yang diucapkan sendiri oleh mereka sehingga mereka sangat percaya bahawa apa yang diucapkan oleh mereka itu adalah benar, sekali gus menjadi mindset yang tertanam dalam minda mereka.

Setiap kali Rizqy berjaya melakukan sesuatu tugasan akademiknya, saya mengajarnya mengucapkan, Alhamdulillah, abang hebat dan dia cukup bersemangat sewaktu mengucapkannya.

Apabila dia tidak dapat melakukan tugasan baru, saya akan cepat-cepat mengingatkannya, Abang mesti boleh buat, abangkan hebat. Dia akan  berusaha sedaya upaya sehingga akhirnya diamampu melakukan dengan baik.

Jangan sesekali membentuk mindset anak dengan mengaitkan kekurangannya sebagai alasan apabila dia tidak dapat melakukan sesuatu tugasan. Tugas kita adalah untuk menampakkan yang mereka bertuah dan berbeza kerana dipilih oleh Allah menjadi seorang autistik.

Wallahu ’alam

Genius dari syurga
Ainizal Abdul Latif
Gruf Buku Karangkraf Sdn.Bhd.
2015