Sunday, July 31, 2011

Iman dan akhlak



Orang yang beriman dan berakhlak mulia
tingkah lakunya disenangi
hatinya suci
wajahnya berseri-seri
kata-katanya penuh bestari
hidupnya berbakti
dan diberkati
berjaya di akhirat nanti
itulah kejayaan yang hakiki
yang sepatutnya
kita cari.

( Sayuti Mukhtar )

Ilmu dan amal

Ilmu itu imam
Amal itu makmum
sebaliknya…..haru biru bukan?


Ya Allah Dzat Yang Maha Agong, jadikanlah Ramadhanku dan kaum Muslimin tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Ya Allah Dzat Maha Mulia, anugerahkanlah kepada ku dan kaum Muslimin seluruh keutamaan dan kemuliaan yang ada di dalamnya tanpa kecuali.

Istajib duaa ana ya Allah. Ameen.

Bulan akur janji

Ramadan adalah bulan akur janji untuk memperbaharui rasa perhambaan umat Islam kepada Allah SWT bagi mencapai matlamat kita sebagai hambaNya. Ada perkara-perkara yang halal dan diharuskan menjadi haram di bulan ini. Kepatuhan kita kepada Allah dari terbit fajar hingga terbenam matahari, jangan kita tersalah konsep dan lari dari garis panduan yang ditetapkan Islam.

( Datuk Mohd Sukri Muhamad )

Saturday, July 30, 2011

Iman


Iman itu bukanlah angan-angan,
bukan pula ucapan,
tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada,
lalu dibuktikan
dengan perbuatan.

Friday, July 29, 2011

Tangan menghulur jiwa memberi

Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, kami berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, kami berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, kami  berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Jadikan Ramadhan kali ini dalam terang....dalam sembunyi...huluran .tangan dan jiwa kami .....yang memberi…memberi dan terus memberi…jadi amal soleh disisiMu.....ameen.

Hamlatul Quran

….Hamlatul Quran itu dalam sedar….pastinya mengetahui, menyedari dan mengerti……apakah dikejauhan malam tatkala manusia lena diulit  mimpi…..siangnya takkala enak menikmati juadah bersaji……..sendu tangis ketika manusia bergelak ketawa jua bertepuk bertampar….. diam apabila manusia berbicara sia-sia  dan lara……juga khusyuk tawaduknya ketika manusia leka dek dunia yang dibukakan pintunya……Hamlatul Qurankah diri?


Ya Allah, Ya Tuhan kami! Rahmatilah  kami dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagi kami  sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhan kami! Ingatkanlah kami  apa yang  kami terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah kami daripada Al-Quran apa yang belum kami ketahui. Berikanlah kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagi kami (untuk menyelamatkan kami di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.  Ameen

Thursday, July 28, 2011

Kalimah yang baik

“Tidakkah kamu kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya.Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”. ( Ibrahim: 24 – 25 ).

Perkenankan aku mencintaiMu

Tuhanku..
aku masih ingat,
saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
lembar demi lembar kitab kupelajari
untai demi untai kata para ustadz kuresapi
tentang cinta para nabi
tentang kasih para sahabat
tentang mahabbah para sufi
tentang kerinduan para syuhada
lalu kutanam dijiwa dalam-dalam
kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan

Tapi
ya Rabbi,
berbilang detik, minit, jam, hari, pekan, bulan, dan kemudian tahun berlalu..
ku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi..
aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
aku makin merasakan gelisahku membadai
dalam cita yang mengawang
sedang kakiku mengambang,
tiada menjejak bumi
hingga aku terhempas kedalam jurang
dan kegelapan..

Wahai Ilaahi,
kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, pekan, bulan, dan kemudian tahun berlalu..
aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku kembali
meratap, memohon dan menghibaMu..

Allahu Rahmaan,
Ilaahi Rabbi..
perkenankanlah aku mencintaiMu,
semampuku..

Allahu Rahiim,
Ilaahi Rabbi..
perkenankanlah aku mencintaiMu,
dengan segala kelemahanku

Ilaahi..
aku tak sanggup mencintaiMu
dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa,
hingga Al-Musthafa saw.
kerana itu izinkan aku mencintaiMu
melalui keluh kesah pengaduanku kepadaMu
atas derita batin dan jasadku..
atas sakit dan ketakutanku

Yaa Rabbi,
aku tak sanggup mencintaiMu seperti Sayyid Abu Bakar ra,
yang menyedekahkan seluruh hartanya
dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu
bagi diri dan keluarga
atau layaknya Sayyid Umar ra,
yang menyerahkan separuh harta demi jihad
atau Sayyid Utsman ra,
yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dienMu ..

Izinkan aku mencintaiMu,
melalui seratus-dua ratus perak
yang terhulur pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan,
pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di sudut-sudut jambatan,
pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan..

Ilaahi,
aku tak sanggup mencintaiMu,
dengan khusuknya solat  salah seorang sahabat NabiMu,
hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam dikakinya
kerana itu Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,
dalam solat yang kudirikan terbata-bata,
meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia..

Rabbi,
aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,
yang membaktikan seluruh malamnya untuk becinta denganMu
maka izinkanlah aku untuk mencintaiMu
dalam satu-dua rakaat lailku
dalam satu-dua sunnah nafilahMu
dalam desah nafas kepasrahan tidurku

Yaa Rahmaan,
aku tak sanggup mencintaiMu bagai para hafidz dan hafidzah,
yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
perkenankanlah aku mencintaiMu,
melalui selembar-dua lembar tilawah harianku
lewat lantunan seayat-dua ayat hafalanku

Yaa Rahiim,
aku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah ra,
yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya dienMu.
seandai para syuhada,yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu
maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu..
maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru

Allahu Kariim,
aku tak sanggup mencintaiMu diatas segalanya,
bagai Nabi Ibrahim as yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda permata hatinya..
maka izinkanlah aku mencintaiMu didalam segalanya
izinkanlah aku mencintaiMu
dengan mencintai keluargaku
dengan mencintai sahabat-sahabatku
dengan mencintai manusia dan alam semesta

Allahu Rahmaanurrahiim,
Ilaahi Rabbi
perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
agar cinta itu mengalun dalam jiwa
agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku....

Ujian hidup

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan  (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:  "Bilakah datangnya pertolongan Allah". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (2:214) 

 Dan bersabarlah kamu bersama dengan  orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya  telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.(18:28)

Wednesday, July 27, 2011

Sedikit


"Sungguh sedikit manusia yang memahami.
Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan.
Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas.
Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." ( Hassan al-Banna )

Mata Hati

Pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
pandangannya akan menembusi hijab
hati jika sudah bersih
firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
jasad lahir tumpuan manusia
utamakanlah pandangan Allah
daripada pandangan manusia

( Hijjaz )

Ikrar Perkhidmatan Awam

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan
kerajaan Malaysia
membuat ikrar di sini
bahawa semasa dan selagi kami
berkhidmat dengan kerajaan
kami akan patuh dengan mengamalkan
teras-teras perkhidmatan

Semasa menjalankan tugas ke arah ini
kami :
berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
bekerja dengan penuh tanggungjawab
berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
berkerja kea rah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara
bekerjasama dalam membenteras kelemahan
dan musuh-musuh negara
berpegang teguh kepada ajaran agama.

Majlis APC 2010
26 Julai 2011

Alhamdulillah….syukur ya Tuhan…..apapun ku tetap mengharap ia bukan cubaan buatku….kukuhkan kaki ku di bumiMu….hati  melangit mengharapkan rahmatMu yang berkekalan dan bertambah….ameen.

Bilamana

kejahatan dibalas dengan kejahatan
itu adalah dendam.

kebaikan dibalas dengan kebaikan
itulah tanda ketinggian budi.

kebaikan dibalas dengan kejahatan
itu adalah kezaliman.

kejahatan dibalas dengan kebaikan
 itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji
Wallahu'alam.

Bukan yang terbaik

" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan " (Imam Hasan Al-Basri)


bagai kata ‘wonderpets ‘…..apa yang penting? …..kerjasama!.

Timbunan ilmu

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya

Ya Allah keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu. Kurnialah aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Tuesday, July 26, 2011

Taubat seorang hamba

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
oh Tuhan Maha Kuasa,
terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah
taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah
taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah
taubatku ini...
(  Hafiz Hamidun )

Monday, July 25, 2011

Asingnya DhuhaMu buatku…

Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu,
dan keagungan itu adalah keagungan-Mu,
dan keindahan itu adalah keindahan-Mu,
dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu,
dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu

Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah,
jika masih di dalam bumi, maka keluarkanlah,
jika masih sukar, maka mudahkanlah,
jika (ternyata) haram, maka sucikanlah,
jika masih jauh, maka dekatkanlah

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Usah asingkan dhuhaMu dariku
ringankan bagiku
permudahkannya
Ya Allah ya Tuhanku….

Ameen.

Hidup seperti sebuah buku

Kulit yang di hadapan bersamaan waktu kita lahir
kulit yang di belakang bersamaan  waktu kematian kita
tiap-tiap helaianya
adalah setiap hari dalam hidup kita dan apa yang dilakukan
ada buku yang tebal dan ada buku yang nipis
ada buku yang menarik dibaca dan ada yang sama sekali tidak menarik
sekali ditulis ia tidak dapat diubah lagi
tapi yang hebatnya
seburuk mana pun halaman sebelumnya
pasti akan selalu tersedia halaman
seterusnya yang putih bersih, baru dan tidak ada cacat apa pun.

Sama dengan hidup kita
seburuk manapun semalam
Tuhan akan selalu menyediakan hari yang baru untuk kita

Kita selalu akan diberikan  kesempatan baru
untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita pada setiap hari.
kita selalu akan boleh memperbaiki kesalahan kita
dan mengubah jalan cerita seterusnya sampai saat usia kita berakhir
yang sudah ditetapkanNya

Terima kasih Tuhan untuk hari yang baru ini
syukurilah hari ini
dan isilah halaman buku kehidupanmu dengan perkara yang baik semata

Dan janganlah pernah lupa untuk selalu sedar akan perintah Tuhan
tentang apa yang harus ditulis di setiap hari lainnya.
supaya pada saat halaman terakir buku kehidupan kita selesai
kita akan dapati
diri kita sebagai insane yang beroleh keredhaan dariNya.

Dan buku kehidupan kita itu juga layak untuk dijadikan teladan bagi anak-anak kita dan sesiapa pun setelah kita tiada nanti
selamat menulis di buku kehidupanmu sahabat
menulislah dengan tinta cinta dan kasih saying serta pena kebijaksanaan
saya berdoa dan berharap :
agar Allahkan selalu menyertai setiap langkahmu
kerana
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa
langit itu akan selalu biru
bunga akan selalu mekar dan mentari selalu bersinar

tetapi ketahuilah bahawa Dia selalu
memberi pelangi di setiap hujan panas
senyum di setiap air mata
berkat di setiap cubaan
dan jawapan di setiap doamu


Sunday, July 24, 2011

Jangan menangis kaduk tua

Duri tajam jua
gaung  dalam jua
api panas jua
cili pedas jua
daun hijau jua
burung berkicau jua
ikan berenang jua
harimau garang jua
katak melompat jua
beruk melompat jua
laut berombak jua
perempuan beranak jua

Jangan kau menangis
kaduk tua
hidup sesekali tragis
kalau kau menangis
derita dunia
tidak terhakis

Jangan kau menangis
tersenyumlah
kecapi hidup manis
selagi ia manis
jika esok jiwa
terguris
ingatlah
hidup sesekali
tragis.

Rahman Shaari
15 Jan 2005

Selamat bersara


Menginsafi hakikat ‘persaraan’….ia bukan suatu mitos…apakah mampu seperti lelaki  atau wanita berkerjaya…   yang bisa menyempurnakan tamatnya larian 5000m atau 3000m  tanpa tersungkur …..putih suci daripada calaran noda   catatan ‘cemerlang’ perkhidmatan wajib……selamat memerdekakan  diri …‘ mendelete  apa jua  ‘unuse’ info…… ….…lambaian kasih jalinan mesra terpahat di memori dek mari ke sekolah (2007), jom masuk kelas (2008), p & p berkualiti (2009), membugarkan nafsu, menyuntik keberanian (2010)..tinok sapa jeluak, nak lagi? (2011)…. jadi amal di sisiNya…..dianugerahkan  Ia iman yang sempurna, keyakinan yang benar-benar mantap, ketakwaan  ...dan keafiatan…. …ameen.

20 Julai 2011

Saturday, July 23, 2011

Selawat nabi

Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai hari raya, dan bacalah shalawatmu padaku, sesungguhnya bacaan shalawat-mu akan sampai kepadaku, di mana saja kamu berada.” (HR. Abu Dawud 2/218, Ahmad 2/367, dan Al-Albani menyatakan, hadits tersebut shahih dalam Shahih Abi Dawud 2/383)

Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari? Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Di kala itu

Jumpa lagi
bukannya selamat tinggal
selaju mana kita pergi
sejauh mana kita melangkah
setinggi mana pendidikan kita
sehebat mana jawatan disandang
teguhlah ikatan pada taliNya
ingatlah tanganNya
di atas tangan kita
usah bersedih
udah..udah…udah
terus mendaki….dan mendaki.

Friday, July 22, 2011

Hidup ini


Sesetengah orang  menyukai pengakhiran yang menyedihkan  kerana mereka bisa keluar dari pembacaan itu  tanpa satu parut pun. Kadangkala pengakhiran yang bahagia, kiranya  terlalu palsu kerana hidup tidak begitu……“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut : 2)


Huluran itu

Bergaul dengan manusia adalah separuh dari iman dan sayang kepada mereka adalah separuh kehidupan….benarlah nisbinya yang bernama kasih sayang itu…tiada bersisi....tanpa tanda titik......terima kasih Tuhan.

Ya Allah, ku pohon petunjuk kepadaMu agar aku selalu lurus dalam segala urusanku dan tambahkanlah ilmu yang bermanfaat bagiku….Ameen.

Thursday, July 21, 2011

Kedudukan Ramadan

Bersyukur ke hadrat Ilahi yang dengan limpah inayah dan rahmatNya yang tidak terhingga kita ditolong dengan panjangnya usia, kesihatan yang terjaga, kekuatan terpelihara sehingga kita mencecah masuk di ambang Ramadan Al-Mubarak.Suatu keberuntungan, satu kemuliaan  satu pilihan Allah ke atas kita..

Marilah kita meluahkan rasa syukur kepada Allah, gembira dan bangga kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah merasai, menikmati keagungan Ramadan, berada di bawah hamparan-hamparan kemuliaan Ramadan, diselimuti dengan keberkatan Ramadan, dipayungi dengan maghfirah dan rahmat Ramadan.

Tidak ada satu jiwa yang miskin melainkan rasa terkaya dengannya kerana dia rezeki yang ditambah padanya, bulan yang ditambah padanya rezeki orang mukmin. Tidak ada orang yang sedikit amal gembira dengan ketibaannya kerana padanya digandakan amal.Tidak ada orang yang berdosa, melainkan gembira dengan ketibaan Ramadan kerana Ramadan itu menjadikan mudah luruh segala dosa. Tidak ada yang jauh dengan Allah melainkan bertambah dekat dengan ketibaan Ramadan Al-Mubarak.

Kedudukan Ramadan Al-Mubarak dalam 12 bulan bagaikan pelita di dalam setahun. Siangnya lebih cerah daripada siang lain. Bukan cerah dengan mentari tetapi cerah dengan nur puasa di siang hari.  Malamnya lebih bersinar daripada malam-malam lain. Bukan cerah bersinar kerana cahaya api di masjid lewat dipadamkan, api di rumah awal dinyalakan. Tetapi cerah dengan nur tadarus Al-Quran, solat terawih yang didirikan.

Yang sememangnya suasana sebegini tidak kita dapati dalam bulan-bulan yang lain, kerana inilah tidak ada satu manusia yang dianugerahkan Ramadan melainkan ia menandakan hamba-hamba yang dipelihara tuhan.

Kedudukan Ramadan Al-Mubarak dalam setahun sepertilah anak-anak nabi Allah Yaacob. Bagaimana nabi Allah Yaacob dikurniakan 12 orang anak, kedudukan Ramadan dalam setahun seperti Yusoff di kalangan anak-anak. Sepertimana Yusoff yang paling comel, paling lemah lembut, paling cantik dan paling menawan serta paling menarik, begitulah Ramadan di atas bulan-bulan.

Sepertimana nabi Allah Yusof yang paling disayangi nabi Yaacob, begitulah kedudukan Ramadan di sisi tuhan. Sepertimana Yusof di kalangan adik beradik, memberi manfaat kepada bapanya yang mana kehadirannya menjadikan bapanya, daripada badan bapanya, lemah menjadi kuat, mata tak nampak kembali terang, jiwa yang sedih menjadi gembira, bau nabi Yusoff yang tiba menyegarkan nabi Allah Yaacob.

Maka begitulah aura kedatangan Ramadan ke atas kita. Baunya, auranya, cahayanya, syafaatnya, barakahnya, tiada jiwa-jiwa yang sakit melainkan dengannya segar, tidak ada badan-badan yang lemah melainkan menjadi kuat, dikuatkan oleh Allah dengan 4 ubat : Nur Ramadan itu sendiri,nur syiam (puasa), nur al-qiam (solat terawih) dan nur Al-Quran.

Nur-nur yang berganda-ganda atau berlapis-lapis ini dinamakan juga cahaya di atas cahaya. Cahaya hati di atas cahaya akal. Sudah pasti tiada suatu hati yang malap, gelap, lesu melainkan bersinar dengannya. Subhanallah. Maha Suci Allah yang menganugerahkan Ramadan Al-Mubarak.

( Abd. Aziz B. Yahya )

Wednesday, July 20, 2011

…kasih tertumpah di sini

Madinah bererti Kota Yang Bercahaya, suatu tempat yang bersejarah dan menjadi impian kita semua untuk mengunjunginya. Setiap inci daripada bumi yang mulia ini penuh sejarah dan rahsia yang hebat lantaran menjadi tempat pilihan Allah S.W.T., tempat tadahan wahyu dan di situlah berkembang dan bermulanya Islam, diasaskan masyarakat Madinah dan kemudian berlanjutan sehingga ke persemadian nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan penghulu kepada sekalian manusia dan di situlah juga persemadian kebanyakkan sahabat-sahabat dan tabie yang berdakwah dan menyampaikan Islam sampai kita dapat mengecapi nikmatnya pada waktu ini.

Madinah ini tempat yang penuh dengan keistemewaan dan kelebihan dan banyak hadis-hadis yang menunjukkan kepada perkara itu. Jadi dengan kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T., Madinah ini juga istemewa di sisi semua umat Islam, di mana setiap kita bercita-cita untuk sampai ke situ. Dan saya percaya, walaupun kita telah sampai ke sana, masih lagi ada di dalam hati sanubari kita untuk kita menuju ke tempat ini untuk sampai ke sini selepas ini.

Ia satu-satu tempat yang begitu istemewa di hati manusia kerana itu Allah S.W.T. telah ,meletakkan sedemikian. Cuba kita banding, kita fikirkan. Kadang-kadang kita pergi ke suatu tempat yang dikatakan hebat dan memang betul-betul hebat tetapi bila kita berada di situ, kemudian kita pulang setakad itu sahaja dan tidak lagi terdetik di dalam hati kita untuk kembali ke tempat itu walaupun hebat. Berbanding dengan Kota Mekah dan Kota Madinah yang mana Allah S.W.T. telah menetapkan hati manusia cinta kepada kedua-duanya ini. Maka kita terus masa ke semasa berfikir, berikhtiar, berusaha untuk sampai ke situ. Wallahu’alam.


( Zahazan Mohamad )


Hadis   Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Akan tiba suatu masa di mana seorang lelaki akan mengajak sepupu dan saudara maranya: Marilah bersenang lenang! Marilah bersenang lenang! Padahal Kota Madinah adalah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahui. Demi jiwaku berada dalam genggaman-Nya. Setiap orang dari mereka yang meninggalkan Kota Madinah kerana tidak suka, maka Allah akan menggantikan orang yang lebih baik darinya. Ketahuilah, sesungguhnya Kota Madinah umpama cerobong dapur yang mengeluarkan asap iaitu kotoran. Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum Kota Madinah mengeluarkan segala keburukan (orang kafir dan munafik) sebagaimana cerobong dapur yang mengeluarkan asap iaitu kotoran

Ambang Ramadhan



Puasa adalah separuh dari sabar
sedangkan
sabar itu adalah separuh dari iman.

Ramadhan menghampiri…
ia yang terbaik buat kami….
benarkan Ya Tuhan….
insya-Allah.

Tuesday, July 19, 2011

Ingat untuk kita..kita…kita

Hidup ini

Kita hanyalah bilangan hari.
Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi,
sebahagian diri kita juga pergi.
Apabila kesemua telah habis pergi,
maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan,
pasti ada tarikh perhentiannya.
Tiada siapa dapat menghalang,
walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan.
Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan.
Dunia ini amat sementara;
ada hari datang
dan
ada pula hari perginya.

( Dr Mohd Asri Zainul Abidin )


“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Teman bercerita…..

Dulu, kini dan selamanya…..

  • Different isn’t always better but the best is always different…..dengan izinNya…..ada ribuan orang melihat buah epal jatuh tetapi hanya Isaac Newton yang bertanya : Mengapa?.

  • Berbicara menunjukkan kita berkongsi, mendengar menunjukkan kita ambil peduli

  • Keluarga memerlukan kewujudan kita seumur hidup

  • Melayani dengan perasaan tulus adalah bahasa yang dapat didengar oleh orang pekak dan dilihat oleh orang buta.

  • Sekiranya anda ingin menempuh perjalanan yang jauh dengan cepat, ringankanlah beban anda. Tinggalkan segala rasa iri hati, cemburu, ketidakrelaan memaafkan orang lain, sikap mementingkan diri sendiri dan ketakutan.  Berikan ‘payung terjun’ kita pada mereka yang lebih memerlukan.

  • Sekiranya pasukan disatukan, yang berani tidak dapat maju sendirian dan yang takut tidak mampu berundur.

  • Tiada penyelesaian dengan m.a.r.a.h.

Wallahu’alam.

Monday, July 18, 2011

Hajat


Rindu sesuatu
adalah hajat
yang padu jika
niat asasnya
jujur ibadah.

Ingin bahagia
sesama insan
bukti mulia.
Yang berterusan –
tulus amanah.

Hajat diperlu
untuk ke arah
yang luhur syahdu
jujurnya hajat
hidup ‘kan berkat.

Takwa diperlu
untuk menghadap
Allah yang satu;
penuh ibadah
balasnya syurga.

( A.Samad Said )

Ya Allah, khatamkan pernghidupan kami dengan sebaik-baik pengakhiran. Ameen.

Kisah Iktibar

Pernah diperi cerita
lumba arnab dan kekura
lajunya arnab yang kencang
lambatnya kekura perlahan.

Berlumba di satu pesta
arnab mengejek kekura
bergegas setengah jalan
tidur sengaja ejekan.

Kekura sedar lambatnya
azamnya saja senjata
sang arnab terus bermegah
tertidurlah amat lena.

Nyata, yang cekal berjaya;
yang sombong jelas kecewa
Pelajaran bagi insan:
sombong punca kejatuhan

Tapi, katakanlah arnab
berlari penuh bertekad
betapa nasib kekura?
janganlah itu dilupai!

( A.Samad Said )

  

Janji

Ada yang perlu serasi
antara lidah dan hati
ketika kita berjanji
perlu setulus nadi

Jika janji hanya kata
hasrat tanpa erti harga
berdikit diri musnah
akhirnya luntur maruah.

Ada yang perlu sebati
demi zahir dan rohani
diri ditentukan janji
yang mengharum peribadi.

( A.Samad Said )


Tulus

Apa saja
tulus dari
hati akan
bersinar kudus
dan berseri

( A.Samad Said )

Jendela

Kata ibu, jendela
itu mata rumah –
aneka persegi mesra.
Melaluinya disaksi
pemandangan alam.

Jendela juga nafas
udara yang bebas –
lembut atau keras.
Kata ibu, kerananya
hidup kita selesa.

Kita perlu jendela
berbentuk aneka;
paling penting rumah
perlu berjendela.

( A.Samad Said )

Buku

Buku adalah samudera
fikiran bangsa
tenang dan bergelora
tetap khazanah berharga

Buku memelihara
kecerdikan bangsa
menelaahnya, kita
bakal bijaksana.

Buku memang perisai
mereka yang pandai
cermat bertindak
kita bertambah bijak.

Buku, khazanah
pelbagai ilmu
tenaga yang sasa
peribadi syahdu.

( A.Samad Said )

Anak beradab

Anak
beradab
bercakap
 cermat.
Tiap
katanya
tersisip
rahmat

( A.Samad Said )

Ibu

Tangan yang manja
mendakap bayi
sepenuh mesra
seikhlas hati
itulah bonda
penuh mengerti.

( A.Samad Said )

Abjad

Abjad
ABC
landas
mengeja
cepat
difahami
wajah
benda.

( A.Samad Said )

Jangan kita lupa

Hai manusia…
yang hidup di dalam dunia ini
jangan kita lupa… pada godaan dunia
hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
dan hidup ini janganlah dibuang percuma

Jalan yang sempit
yang membawa kepada kehidupan
jalan yang luas
yang membawa kepada kehancuran
ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
sedikit orang yang melalui jalan sempit itu

Hai manusia
yang hidup di dalam dunia ini
jangan kita lupa… pada godaan dunia
hidup ini adalah untuk sementara waktu
apa yang ditanam
itulah nanti yang dipetik

( In Team )

Sunday, July 17, 2011

Menghening malam Nisfu Syaaban.yang berlalu

Allahumma Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Kurnia tanpa seorang pun mengurniakan padaNya. Ya Tuhanku yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran. Tiada Tuhan yang disembah sebagai tempat sandaran memohon perlindungan dan keselamatan daripada ketakutan.

Sekiranya telah tertulis padaku di dalam Loh Mahfudz sebagai yang celaka, hapuskanlah kecelakaan itu, juga sebagai yang ditegah dari kebaikan dan disempitkan rezeki. Hapuskannya dariku kecelakaan itu Ya Allah. Hapuskanlah  nama itu Ya Allah.

Mudahkan rezekiku Ya Allah Tetapkanku  sebagai seorang yang berbahagia, ditaufikkan dengan segala kebajikan. Sesungguhnya Dikau telah berfirman maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

Ameen Ya Rabbal Alameen.

Pensil dan pemadam




Luhur dan murninya sekeping hati  yang saling padam memadamkan luka dunia…hidup ini singkat untuk saling bahu membahu dalam rumpun berkasih sayang menuju suatu yang hakiki…limpahkan rahmatMu yang satu itu Ya Tuhan…..Cuma itu….Wallahu’alam.

Saturday, July 16, 2011

Ria

Keriangan ialah wajah yang berseri, taman yang hijau, buku yang mendatangkan manfaat disertai hati yang boleh menghargai nikmat, meninggalkan dosa dan mencintai kebaikan..
Wallahu’alam.

Ya Allah, kami mohon perlindungan demi ampunan Engkau, dari siksaMu. Kami mohon perlindungan dari redhaMu dari kemarahanMu. Kami mohon perlindungan demi dan kerana Engkau. Kami tidak dapat memuji Engkau sebagaimana mestinya, hak puji itu dipanjatkan kepadaMu. Ameen

Kebaikan

Jangan menyangka anda diberi segalanya tetapi yang diberikan kepadamu adalah kebaikan yang banyak. Harapan bahawa anda boleh menerima semua anugerah adalah harapan yang terlalu jauh.

Ya Allah berikanlah kecintaan dan pautan hati kami pada rumahMu…bukakanlah gedung rahmatMu ..Anugerahkan pada kami usia yang panjang untuk beribadah mentaatimu, rezeki yang halal lagi diberkati dan kukuhkanlah iman,dan ketakwaan serta meninggal dalam keadaan husnul khatimah.......Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih dari mereka yang berhati kasih…..ameen.

Friday, July 15, 2011

Jawatan suatu tanggungjawab

Bukan Kerana Nama  

Jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu


( korus )
Dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah dirimu

Ramli Sarip & A Romzie
(Mohamad Bakri Johari)

Buku




Tanganku akan hancur di dalam tanah,
yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie

Lesu

Wahai anakku! Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja sedangkan umurmu lebih sedikit daripada yang sedikit itu. Manakala yang masih baki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi

Tabahlah..ia akhlak yang mulia.

Thursday, July 14, 2011

Dia keluarga kita

……….Ternyata, tanggungjawab dan kecekapan yang perlu dipikul ahli sains forensik itu mungkin bukan pilihan kebanyakan orang kecuali, keghairahan mengatasi segala-galanya.

 “Semua kes ada suspek dan mangsa. Setiap suspek dan mangsa mempunyai keluarga sama seperti kita. Bagaimana agaknya kita mengendalikan sesuatu yang melibatkan keluarga sendiri? Bersungguh-sungguh dan adil bukan?

“Jadi saya melihat suspek mahupun mangsa sebagai seorang yang berkeluarga dan penting bagi seseorang, jadi saya akan mengikut prosedur dan melakukannya secara adil supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kebaikan manusia itu sendiri,” jelas wanita itu.

( Nor Aidora Saedon, Kosmo 14 Julai 2011 )