Monday, October 31, 2011

Tujoh Billion





Kelahiran bukan menceritakan mengenai nombor, namun ia tentang kehidupan.

( UM, 31 Okt 2011 )


Ya Tuhan kami, permudahkan agar kami bertepatan menjawab persoalanMu nanti…ameen.

Sunday, October 30, 2011

Sodiq

Jadilah wahai diri sebagai orang yang sodiq (benar) ; tatkala

melihat ; mengambil iktibar
 berdiam ; berfikir
bercakap ;  berzikir
terhalang ; bersabar
diberi ; bersyukur
diuji ; mengucap tarji'
إن لله و إنا إليه راجعون
dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ;  berlemah lembut
ada ilmu ; merendah diri
penyayang ; mengajarkan ilmu
ditanya ; berusaha untuk menjawab

Saturday, October 29, 2011

Friday, October 28, 2011

Dialah idola




Tetapkanlah  dialog doa ini buatku saban waktu........di kala menyakini nabi Muhammad saw itu benar….hujamkan  kecintaan maha kudus buatnya , idola umat akhir zaman…..Ya Allah muga diri ini seorang daripadanya….tanpa iri hati buat mereka yang terlebih dahulu beriman denganMu ya Allah….hiasi kami dengan semulia-mulia akhlaknya…....ameen.

Wednesday, October 26, 2011

Top 5 New Hire Skills

4.69
Communication skills

4.59
Honesty / integrity

4.54
Teamworks skills

4.5
Interpersonal skills

4.46
Strong work ethic

( 5  - point scale : 1 = not important ; 5 = very important )

( Job Outlook 2002, National Association of Colleges and Employers ( NACE ) )

Bersedekah



Ya Allah Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....ameen.

Masa lalu

Masa lalu bukanlah untuk bermegah-megah tanpa kita melakukan sesuatu untuk mengekalkan dan mencari hikmah dari sesuatu yang telah berlaku. Sesungguhnya mereka yang terdahulu meninggalkan banyak tinggalan yang menjadi keagungan atau identiti yang tersendiri seperti kesenian, sejarah, keilmuan dan sebagainya.

Kewajiban pada kita ialah menyesuaikan segala tinggalan yang ada menjadi sesuatu yang realiti dengan generasi sekarang. Tidak seharusnya kita meninggalkan yang lama hanya kerana ianya lama. Kerana tiada yang lama tiadalah yang baru.

Terdapat perkara-perkara lama yang tidak perlu diperbaharui iaitu Al-Quran. Kalam Allah selama mana masa berlalu ia tetap tidak diistilahkan sebagai ‘lama’. Begitu juga dengan Ka’abah yang dikenali sebagai ‘Batul Atiq’. Ia tidak perlu diperbaharui.

Hargailah sesuatu yang lama kerana ia besar faedahnya.

Sesungguhnya sesuatu yang lama atau yang baru adalah perkara yang tidak dapat dipastikan dan difikirkan. Ini kerana mungkin lama di sini tetapi baru di sana dan sebaliknya. Sesuatu yang baru tidak akan kekal barunya kerana esok lusa ia akan menjadi sesuatu barang yang lama.

Setiap muslim seharusnya menghitung waktu yang berlalu dengan bertanyakan soalan kepada dirinya tentang apakah yang aku lakukan hari ini, apa yang aku tinggalkan dan kenapa aku tinggalkan?. Ini dilakukan untuk memastikan perjalanan hidup yang telah kita lalui diisi dengan sesuatu perkara yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan kehendak agama.

Wallahu’alam.

(  Sapora Sipon & Khairunnezam Mohd Noor USIM, 2008 )

Tuesday, October 25, 2011

Pandai?


Kita tentang makan, kita pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah kita kurang pandai?


Ya Allah berikan pada kami manisnya kelazatan beribadat kepadaMu.....Ameen

Friday, October 21, 2011

Cemerlang dengan 7 M

Pertama
Muhasabah ( nilai diri )

Kedua
Muraqabah ( ihsan )

Ketiga
Musyaratah (  syarat mencapai matlamat )

Keempat
Mu’aqabah ( didik jiwa supaya murni )

Kelima
Mujahadah ( bersungguh-sungguh )

Keenam
Mu’atabah ( Kritik diri )

Ketujoh
Mawaddah ( kasih sayang )


Ya Allah,  biarlah ya Tuhan kami, segala kesenangan dunia ini terletak di bawah tapak kaki orang-orang bodoh. Dan kepada kami, berikanlah hati yang tidak pernah goncang
( ketenangan jiwa ) ……ameen.

Thursday, October 20, 2011

Ada yang……..

Ada yang membenci…
Ada yang menyayangi!

Ada yang suka menangguh…
Ada yang bersungguh!

Ada yang sentiasa menuding jari…
Ada yang sentiasa menghulur tangan!

Ada yang mempersoalkan setiap jawapan…
Ada yang menjawab setiap persoalan!

Ada yang tidak mahu mengalah…
Ada yang sentiasa menawan hati!

Ada yang mahukan perubahan…
Ada yang sendiri mahu mengubah!

Ada yang melihat satu warna kulit…
Ada yang tidak mengenal warna kulit!

Ada yang bangga dengan satu bangsa...
Ada yang bangga menjadi bangsa manusia!

Tahun yang terus dilalui ini, ia bukan tentang persoalan dan perbandingan antara kita tetapi ia tentang matlamat perkongsian satu wawasan dan satu matlamat.....mencapai redhaNya dengan kesempurnaan.

Kita perlu belajar erti kesempurnaan di dalam ketidaksempurnaan. Wallahu’alam.

 ( Adnan Mohd Nor; 2011 )

Rahsia kecemerlangan : Prof Muhaya

Mengharapkan sepenuhnya pertolongan Allah dalam setiap apa yang dilakukan menjadikan perjalanan kerjaya Prof  Dr Muhaya Mohamad dilihat begitu mudah.

Bergelar satu-satunya Profesor dalam bidang Oftalmologi di Malaysia dan jauh meninggalkan rakan seangkatan lain menyebabkan beliau tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran atas anugerah yang Allah berikan kepadanya.

Jauh sekali untuk berbangga malah beliau sering mengingatkan dirinya agar tidak leka dengan nikmat Allah dan berdoa diberikan kekuatan menghadapi cabaran mendatang.

Sejak di universiti lagi, saya pegang kepada prinsip; lakukan apa yang terbaik dan niat kerana Allah. Ketika kuliah saya tumpukan apa yang diajar pensyarah. Kalau ada yang tidak faham, terus tanya pensyarah.

Tidak cukup dengan itu, saya tanya pula pada rakan lain. Kalau ada rakan yang masih tak faham, saya pula yang ajar mereka. Mungkin kerana sikap saya suka tolong orang maka Allah memudahkan jalan untuk saya.

Saya bersyukur kepada Allah yang mengurniakan perjalanan kerjaya yang selesa, biarpun ada kalanya terpaksa berdepan dengan cabaran yang tidak diduga, saya masih mampu tanganinya dengan baik, katanya.

Kini bertugas sebagai Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court, Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kecemerlangan akademik dan personalitinya ketika di UKM melayakkan beliau muncul sebagai penerima sulung Anugerah Toh Puan Rahah pada 1982.

Sebaik menamatkan kursus doktor pelatih pada 1986, beliau kemudian ditawarkan menjadi pensyarah pelatih di UKM sebelum memperolehi Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom (UK) dan doktor falsafah (PhD) dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.

Beliau yang diiktiraf pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menjalankan  prosedur lasik dengan mesin Vismax Ferntosecond mengakui banyak cabaran terpaksa dilalui sepanjang bergelar pelajar.

Pernah saya disuruh membuka tudung oleh pensyarah ketika menjalani latihan klinikal di Moorfields Eye Hospital kerana penampilan saya dianggap asing dan bimbang boleh menjejaskan reputasi hospital berprestij itu.

Saya langsung tidak marah sebaliknya berterima kasih atas teguran itu. Namun saya katakan  kepadanya yang saya tidak akan berkompromi dalam soal itu kerana saya yakin Allah akan membantu, katanya.

Amat menitikberatkan aspek agama dalam melaksanakan tugas, beliau berkata, ingatan ayah agar menggunakan pendekatan holistik dan menerapkan nilai keislaman dalam rawatan dipegang kemas.

Baginya menjadi doktor  saja tidak cukup keranan tuntutan sebagai seorang muslim juga perlu disatukan bersama demi memenuhi amanah Allah dengan jujur  dan ikhlas.

Apa saja yang saya lakukan saya pohon pertolongan daripada Allah dan nyata banyak kemudahannya. Jika saya perlu melakukan pembedahan saya amalkan solat hajat selain meminta suami mendoakan untuk saya.

Kalau kita yakin denganNya, insya-Allah kerja pembedahan dapat dijalankan dengan baik tanpa sebarang masalah. Kadang-kala saya juga diuji apabila pesakit yang dibantu tidak menunjukkan tanda semboh setelah menjalani rawatan. Saya tanya kepadanya adakah dia ada melakukan apa-apa kesilapan. Jika benar, saya mohon dia istighfar banyak-banyak, katanya.

Kongsi ilmu

Sedar perkongsian ilmu dan kepakaran amat dituntut dalam islam, Prof Dr Muhaya pernah menerbitkan buku bertajuk How to Become A Good and Successful Medical Student yang ditujukan khas kepada penuntut perubatan atau mana-mana pelajar sekolah yang bercita-cita menjadi doktor.

Buku hasil pengalaman sendiri dan pengamatannya terhadap pelajar perubatan itu diharap dapat membantu dan memberi panduan kepada pelajar untuk menjadi doktor terbaik.

Hakikatnya, profesion doktor bukannya tugas mudah apatah lagi bergelar doktor mukmin. Dalam buku itu saya ibaratkan doktor seperti penyiasat persendirian yang perlu mengkaji segala petunjuk menerusi simpton pada pesakit.

Mereka bertanggongjawab mendapatkan diagnosa yang tepat menerusi gabungan pengetahuan asas sains dan petunjuk klinikal bagi merawat pesakit, katanya.

Menjadi doktor muslim pula katanya memerlukan sahsiah dan prinsip terpuji dalam diri selain kebersihan rohani sebelum mampu merawat pesakit.

Persepsi mengaitkan doktor sebagai profesion glamor dan menjanjikan pendapatan lumayan perlu ditepis kerana hakikatnya kesenangan itu tidak akan mampu dimiliki jika tidak disertai dengan ketakwaan kepada Allah.

Pengajian perubatan tidak sama dengan bidang lain. Ini kerana perubatan ialah satu bidang yang setiap baris dibaca dan setiap fakta asas dipelajari akan digunakan dalam peperiksaan serta amalan harian.

Jangan sekali-kali ponteng kuliah kerana hilang satu jam kuliah ia tidak mampu digantikan dengan lima jam belajar sendirian. Jangan tunggu saat akhir atau dekat masa peperiksaan baru nak bertungkus lumus belajar. Itu pendekatan yang tidak betul, katanya.

( BH, Mac 2011 )

Wednesday, October 19, 2011

Harapan :




Mengharapkan dunia melayan anda dengan baik kerana anda berkelakuan baik tidak ubah seperti mengharapkan kerbau tidak menyerang anda kerana anda seorang vegetarian.
( Dennis Wholery )

Tuesday, October 18, 2011

Ceria :

Dalam hidup ini harus kita ingat bahawa bukanlah kegembiraan itu yang menyebabkan kita rasa bersyukur, sebaliknya rasa bersyukur kita itulah yang menjadikan diri rasa gembira.
Wallahu'alam.

Monday, October 17, 2011

Tampilan

Umumnya orang lebih menilai penampilan daripada realiti. Semua orang ada mata tetapi tidak semua yang dianugerahkan daya cerlungan yang tajam.

( Niccolo Machiavelli )


Berkorbanlah tapi berpada-pada agar tinggalan pengorbanan masih tersisa....wallahu'alam.

Sunday, October 16, 2011

Menebus diri :

Menurut kitab kifaayatul muhtaj, nabi saw pernah bersabda :
Barangsiapa mengucapkan atau berzikir ‘ Laa ilaaha illaa llaah “, 70 000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah ( dari dimasukkan ke Neraka ).

Begitu juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sabda rasulullah saw :
Barang siapa membaca  “ Qul Huwa’llahu ahad “ 100 000 maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya daripada Allah maka menyerulah yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan kata suara itu bahawa si Fulan itu sudah menjadi pemerdekaan Allah. Barang siapa ada sebelumnya hutangnya, maka ambilalah dari sisi Allah, sesungguhnya itu adalah ” Pemerdekaan dari Neraka ”.

( Senjata mukmin )

Ya Allah berikan kemudahan dan keberkatan untuk kami beristiqamah dengannya..ameen.

Saturday, October 15, 2011

Tenanglah diri :




Jika perkara kecil boleh membuatkan anda marah, adakah itu tidak mengambarkan sesuatu tentang saiz anda?

( Sydney J. Harris )

Telitilah dulu :




Jangan sekali-kali merobohkan pagar sehingga anda tahu mengapa pagar itu di pasang sebelumnya.

( Robert Frost )

Positiflah terhadap diri anda :

Cara yang paling baik untuk membaiki diri anda yang sebenar adalah dengan cara menampilkan personaliti yang anda dambakan…Belailah diri anda , belajarlah menyayangi diri anda, maafkan diri anda, hanya apabila kita bersikap betul terhadap diri kita, maka barulah baik sikap kita terhadap orang lain.

( Pujangga )

Friday, October 14, 2011

Towuus bin Kaisaan

Kolam di neraka :

Apabila  saya rasa Amirul Mukminin telah memperolehi apa yang diingini dan tiada lagi soalan yang ingin dikemukakannya, hati saya berbisik : Wahai Towuus, majlis ini akan dipersoalkan oleh Allah nanti.

Teringat perkara itu saya pun menoleh ke arah Amirul Mukminin berkata : Wahai Amirul Mukminin, ada seketul batu di atas sebuah kolah di tengah neraka Jahannam. Batu itu berada di udara selama 70 tahun untuk sampai ke dasar Jahanam. Wahai Amirul Mukminin, apakah engkau tahu untuk siapakah kolam di neraka ini disediakan?.

Allah sediakan kolam ini untuk orang yang berkongsi kuasa denganNya kemudian dia berlaku zalim.


Nasihat buat Umar bin Abdul Aziz :

Jika engkau mahu semua amalan engkau baik, hendaklah engkau melantik orang yang baik. Sekian wassalam.


KeranaNya :

Saya menanggalkan sepatu sebelum masuk kerana saya selalunya menanggalkan sepatu saya ketika berada di hadapan Allah lima kali dalam sehari. Allah tidak pernah mengecam saya dan tidak pernah pula memarahi saya.

Saya tidak memanggil engkau dengan gelaran Amirul Mukminin kerana semua orang mukmin tidak bersetuju engkau menjadi ketua mereka. Jadi saya tidak mahu berbohong apabila saya memanggil engkau Amirul Mukminin.

Saya tidak menyebut nama engkau bukan dengan nama panggilan adalah kerana Allah sendiri memanggil nabi-nabiNya dengan nama mereka. Allah menyebut : whai Daud, wahai Yahya, wahai Isa. Sebaliknya Allah memanggil musuh-musuhNya dengan panggilan, apabila Allah berfirman :

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama!.

Mengenai apa yang engkau katakan  saya duduuk sebelum meminta izin saya pernah mendengar Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib berkata : Jika engkau ingin melihat ahli neraka, lihatlah kepada orang yang d=sedang duduk dan semua orang di sekelilingnya berdiri. Jadi saya tidak mahu engkau menjadi lelaki itu yang merupakan ahli neraka..

Saya pernah mendengar Ali bin Abu Talib ra berkata : Di dalam neraka Jahanam ada ular-ular yang sebesar tiang dan kala jengking sebesar baghal yang akan menyengat setiap pemerintah yang tidak bersikap adil dengan rakyatnya.


Pergi kepada :

Wahai Ato’ janganlah engkau pergi kepada orang yang menutup pintunya dan orang yang menyuruh pengawalnya menghalang engkau. Pergilah kepada orang yang membuka pintunya untuk engkau. Orang yang meminta engkau mendoakan mereka dan berjanji untuk menerima kata-katamu.


Nasihat buat anaknya :

Anakku sertailah mereka yang berakal walaupun engkau bukan di kalangan mereka. Janganlah engkau sertai orang yang jahil kerana jika engkau sertai mereka engkau akan dikatakan jahil walaupun engkau bukan jahil.

Sedarlah setiap perkara ada kemuncaknya. Kemuncak seorang manusia pula ialah kesempurnaan agama dan akhlaknya.


Takutkan Allah :

Takutilah Allah Taala sehingga tidak ada yang paling engkau takuti daripada itu. Namun letakkan harapan kepadaNya lebih daripada ketakutan engkau kepadaNya. Kasihilah manusia seperti mana engkau kasihi diri engkau sendiri.


Selepas saya :

Terserahlah kepada engkau tetapi saya takut ulama-ulama selepas saya akan berkata : Kami ambil kerana Towuus juga mengambilnya. Malangnya selepas itu barang yang mereka ambil itu tidak mereka lakukan seperti apa yang engkau katakan tadi ( jual dan hasilnya disedekahkan kepada fakir miskin ).


Hubungan :

Apakah hubungannya dengan tuan lebih mulia berbanding hubungan saya dengan Allah Azza Wa Jalla? Sedangkan saya adalah tetamuNya di rumahNya, mempercayai nabiNya dan menunaikan hutangNya.


Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dan dengan zatMu aku berlindung. Ya Allah jadikanlah  aku sentiasa yakin dengan kebaikanMu, redha dengan janjiMu, bebas daripada orang-orang yang bakhil dan tidak mengharapkan balasan orang yang mementingkan  diri sendiri. Ya Allah aku memohon bantuanMu yang hampir, kebaikanMu yang sedia ada dan kebiasaanMu yang baik. Wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah jika pun Engkau tidak menerima hajiku dan segala penat jerihku ini janganlah Engkau haramkan ganjaran untukku kerana musibah yang ku terima akibat keenggananMu untuk menerima amalanku ini.

Ya Allah terimalah doaku dan doanya. Perkenankanlah pemintaanku dan permintaannya. Tetapkanlah kakiku dan kakinya di hari ketika semua kaki bergegar. Kumpulkanlah aku bersamanya di kolam Kauthar. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.Ameen.

Thursday, October 13, 2011

Zainul Abidin Ali bin Al-Husain bin Ali

MenghadapiNya :

Tidakkah kamu tahu kepada siapakah saya akan menghadap ini. Tidakkah kamu tahu kepada siapakah saya akan bermunajaat ini.

Cerca :

Engkau mencerca saya menurut apa yang engkau tahu tetapi apa yang tidak engkau tahu sebenarnya lebih dahsyat.


Tuhanku, Engkau telah kurniakan segala rahmatMu kepadaku dan Engkau telah limpahkan segala nikmatMu kepadaku. Oleh kerana itu, aku memanjatkan doaku kepadaMu dengan penuh keyakinan dengan penuh rasa mengharap tanpa rasa takut dan bimbang.

Tuhanku, aku mohon daripadaMu sebagai orang yang mengemis rahmatMu dan sebagai orang yang tidak berupaya menunaikan hak-hakMu. Terimalah doa orang yang kelemasan dan hanyut ini, hanya Engkau sahaja yang dapat menyelamatkannu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Ameen.

Umar bin Abdul Aziz

Surat kepada anaknya Abdul Malik :

Engkau adalah orang yang paling mengenali dan memahami segala apa yang ayah katakan. Dengan segala puji Allah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita dalam segala hal. Baik yang kecil mahupun yang besar.

Ingatlah wahai anakku akan limpahan Allah kepadamu dan kepada ayahmu. Janganlah sekali-kali engkau berlagak sombong dan angkuh kerana itu adalah amalan syaitan. Syaitan adalah musuh utama bagi orang-orang yang beriman.

Ketahuilah tujuan utama ayah menulis surat ini bukanlah kerana berita yang sampai kepada ayah mengenai kelakuan burukmu kerana ayah tahu engkau seorang anak yang baik. Cuma sampai ke pengetahuan ayah, engkau terlalu bangga dengan diri sendiri. Jika perasaan bangga diri ini menyebabkan engkau melakukan sesuatu yang ayah tidak suka, tunggulah tindakan daripada ayah yang engkau tidak suka..


Berhati-hati :

Anak saya adalah cahaya mata saya. Walau bagaimanapun saya sentiasa berhati-hati dalam masalah ini. Saya takut kerana kasih sayang saya mengenepikan sahaja apa yang saya tahu tentangnya. Hingga saya sama seperti bapa-bapa lain yang  menutup mata dengan kesalahan anak mereka.

Pergilah menemuinya dan periksalah keadaannya. Lihatlah jika ada unsur-unsur sombong dan angkuh padanya. Dia masih muda dan mudah dipengaruhi syaitan.


Keadaan anaknya ( Abdul Malik ) :

Saya sihat dengan rahmat dan nikmat Allah. Cuma saya bimbang saya terpedaya dengan keyakinan ayah saya kepada saya sedangkan saya tidak sebagaimana yang disangkakannya. Saya takut kasih sayangnya kepada saya menyebabkan dia mengenepikan sahaja apa yang dia tahu tentang saya hingga akhirnya saya menjadi beban kepadanya.

Saya perolehi perbelanjaan dari hasil tanah yang saya beli daripada orang yang mewarisi tanah itu daripada bapanya. Saya bayar  harganya menggunakan wang yang saya perolehi daripada sumber yang tidak diragui. Dengan pendapatan ini saya tidak lagi bergantung kepada hasil fai ( kharaj ) umat Islam.

Makanan saya, satu malam saya makan daging. Satu malam saya makan kacang adas dan minyak. Satu malam saya makan cuka dan minyak. Itupun sudah memadai.

Saya pernah merasai perasaan itu ( merasa diri hebat ) tetapi ayah sudah pun menasihati saya. Telah telah menyedarkan saya hakikat diri saya serta menunjukkan betapa kecilnya diri ini. Kini saya tidak lai memandang tinggi diri sendiri. Allah telah menjadikan segala nasihatnya itu amat berguna untuk saya. Moga-moga Allah memberikan balasan yang sebaiknya kepada ayah yang berhati mulia ini.

Tidak, jauh sekali tidak ( meminta untuk berbohong ), Cuma katakan kepadanya. Saya melihat suatu masalah tetapi saya telah berikan nasihat kepadanya, Saya tunjukkan penyelesaian masalah itu kepadanya dan dia segera membetulkan kesalahannya itu. Saya tahu ayah tidak akan meminta tuan mendedahkan sesuatu yang tidak tuan dedahkan kepadanya kerana Allah telah memeliharanya. Dia tidak akan menyelidik perkara yang tersembunyi.


Kurus :

Bagaimanakah agaknya jika engkau melihat saya selepas tiga hari di kubur. Anak mata saya sudah tersembul, perut saya sudah pecah dan ulat merayap di seluruh tubuh ini. Jika engkau melihat saya ketika itu sudah tentu engkau lebih tidak percaya berbanding dengan apa yang engkau lihat pada hari ini.

Saya pernah mendengar Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda :

Di hadapan kamu ada satu halangan yang terlalu tinggi dan terlalu merbahaya. Tiada siapa yang mampu melepasinya kecuali orang yang kurus tubuhnya (disebabkan terlalu kuat beribadat dan berjihad )

Apakah engkau akan menyalahkan saya jika saya menguruskan tubuh untuk menghadapi halangan itu. Muga-muga saya terselamat walaupun saya rasa saya tidak akan selamat.


Untuk anak :

Saya telah mendengar apa yang engkau tanyakan. Tentang kata-katamu, saya telah menghalang anak-anak saya daripada memilki harta, demi Allah saya tidak akan menghalang mereka memiliki apa yang menjadi hak mereka dan saya tidak akan berikan mereka apa yang bukan hak mereka.

Tentang kata-katamu, bukankah baik jika sekarang ini engkau melantik saya atau sesiapa sahaja daripada keluarga engkau sebagai pemegang wasiat mereka, sebenarnya pemegang wasiat dan pelindung mereka bagi pihak saya adalah Allah yang telah menurunkan Al-Quran yang benar. Hanya Allah yang akan melindungi orang-orang yang soleh.

Anak saya mungkin akan menjadi seorang yang soleh dan bertakwa. Dengan itu, Allah akan melimpahkan kurniaanNya kepadanya dan Allah akan memudahkan segala urusannya.

Demi sesungguhnya saya tinggalkan mereka tanpa sebarang harta.


Nasihat buat anak :

Anak-anakku, ayah telah berikan kamu segala kebaikan. Setiap orang Islam atau bukan Islam yang melihat kamu pasti akan merasa bertangggungjawab dengan kamu. Anak-anakku. Di hadapan kamu ada dua  pilihan. Sama ada kamu mahu menjadi kaya dan ayah kamu masuk neraka atau kamu menjadi miskin dan ayah kamu masuk syurga. Ayah pasti kamu akan memilih untuk menyelamatkan ayah daripada masuk ke dalam neraka.

Bangunlah, sesungguhnya Allah akan melindungi kamu. Bangunlah, sesungguhnya Allah akan memberi rezekiNya kepada kamu.


Puncak  :

Inilah keadaan saya sekarang. Saya telah mencapai kemuncak dunia ini iaitu takhta khalifah. Namun jiwa saya berhajat untuk memperolehi kemuncak di akhirat pula iaitu syurga dan beroleh keredhaan Allah Azza wa Jalla. Jika pada kebiasaannya, seorang raja akan menggunakan takhtanya untuk mencapai kemuncak kegemilangan  di dunia namun saya akan gunakannya untuk mencapai kemuncak kegemilangan di akhirat.

Demi Allah saya tidak pernah menyentuh harta umat Islam walauoun sedirham, walaupun sedinar semenjak saya menduduki takhta ini. Saya hanya miliki satu ribu dirham. Ambillah separuh dan tinggalkan untuk saya separuh.


Zalim :

Engkau datang dari negeri yang jauh. Sudah tentu engkau telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk perjalanan engkau ini. Malah bajumu juga mungkin menjadi usang. Begitu juga dengan kenderaanmu.Saya akan menghitung dan membayarnya.

Sebarkan berita ini kepada seluruh manusia supaya mereka yang dizalimi tidak akan merasa keberatan untuk mengemukakan masalahnya selepas ini walau sejauhmana sekalipun negerinya.

Wednesday, October 12, 2011

Silah bin Ashyam al-Adami

Al-Quran dan doa :

Jadikanlah Al-Quran sebagai pelindung dirimu dan penyeri hatimu. Jadikanlah Al-Quran sebagai penasihatmu dan dengan Al-Quran juga berikanlah nasihat kepada umat Islam yang lain. Banyakkanlah berdoa kepada Allah mengikut kemampuanmu.


Malam atau siang menjelang :

Mungkin ini adalah malam terakhir untukmu. Oleh itu janganlah engkau tidur hingga ke subuh.

Mungkin ini adalah hari terakhir untukmu, oleh itu jangan biarkan dirimu tidur hingga ke malam.


Bila terasa mengantuk :

Wahai diri ini, engkau ada masa tidur yang lama di masa hadapan. Esok engkau akan tidur lama di dalam kubur, kemungkinan engkau akan bahagia atau engkau akan merana. Jadi wahai Mu’azah mari ini pilihlah mana yang kamu ingin untuk besook hari?.


Bicara isteri bila kematiannya :

Jika kamu datang untuk memberi tahniah, persilakalah tetapi jika kamu datang untuk sebaliknya, pulanglah. Semoga Allah memberi ganjaran.


Semoga Allah menggalakkan kita mencari apa yang kekal dan menjauhkan kita daripada apa yang akan binasa. Moga Allah memberikan kita keyakinan yang akan mententeramkan jiwa dan memperkuatkan agama kita....Ameen.

Shuraih Al-Qadi

Sayangi anak :

Anakku, demi Allah engkau lebih ayah sayangi daripada mereka. Namun Allah lebih utama daripadamu. Ayah takut jikaayah beritahu bahawa mereka dipihak yang benar engkau akan mengajak mereka berunding. Akibatnya mereka akan kehilangan sebahagian hak mereka. Oleh kerana itu ayah katakan demikian kepadamu.


Pesan kepada saksi :

Dengarlah apa yang akan saya katakan ini. Moga-moga kamu beroleh petunjuk daripada Allah. Kamu adalah orang-orang yang akan bertanggongjawab menentukan hukuman kepada lelaki ini. Saya mahu menjauhkan diri saya daripada api neraka melalui keterangan kamu nanti. Namun kamu sudah tentu lebih bertanggungjawab untuk menjauhkan diri kamu daripada api neraka. Sekarang kamu masih mampu untuk tidak memberikan keterangan ini dan kamu boleh pergi.


Pesanan kepada bakal menangi kes :

Sedarlah, saya akan memberikan keputusan yang memihak kepada engkau melalui keterangan mereka. Walaupun saya melihat engkau yang bersalah. Cuma saya tidak akan jatuhkan hukuman berdasarkan rasa hati tetapi saya akan jatuhkan hukuman berdasarkan keterangan saksi. Walau bagaimanapun keputusan saya tidak akan menghalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.


Dasar pegangan pengadilan :

Esok orang yang zalim akan mengetahui siapakah yang akan rugi. Orang yang zalim sebenarnya menunggu azab dan orang yang dizalimi menunggu-nunggu keadilan. Saya bersumpah dengan nama Allah, bahawa orang yang menyerahkan segala-galanya kepada Allah tidak akan merasai kehilangannya.


Aduan :

Saudara, janganlah  engkau mengadu masalahmu kepada yang lain daripada Allah. Orang yang menjadi tempat engkau mengadu itu mungkin sahabatmu dan mungkin musuhmu. Jika dia seorang sahabat, masalahmu itu hanya akan menyusahkan hatinya. Jika dia seorang musuh, masalahmu tadi akan membuka peluang untuknya.

Cuba lihat mata saya ini ( jarinya ditunjukkan ke arah salah satu matanya ) , demi Allah semenjak 15 tahun yang lalu saya tidak pernah melihat orang atau jalan menggunakan mata ini. Sehingga saat ini, saya tidak pernah beritahu kepada sesiapa pun kecuali engkau. Bukankah engkau pernah mendengar hamba Allah yang soleh berkata :

Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah ( Yusuf : 86 )

Jadikalah Allah sebagai tempat engkau mengadu dan tempat meluahkan segala kesusahanmu setiap kali engkau menerima sesuatu musibah. Allah Maha Pemurah dan paling dekat dengan orang yang meminta.


Meminta :

Wahai saudara, orang yang meminta-minta sesuatu daripada orang lain sebenarnya telah mendedahkan dirinya kepada penghambaan. Jika orang itu membantunya, dia sebenarnya telah meletakkan dirinya sebagai hambanya.Jika orang itu menolaknya, kedua-duanya akan pergi dalam keadaan hina. Seorang hina kerana kebakhilannya dan seorang lagi hina kerana tidak mendapat apa yang dimintanya.

Jika engkau mahu meminta, mintalah daripada Allah dan jika engkau mahu meminta bantuan, mintalah bantuan daripada Allah. Sedarlah bahawa segala kuasa, kekuatan dan bantuan hanya daripada Allah semata-mata.


Raja yang sama :

Tempat yang engkau tinggalkan ini tidak akan menyebabkan engkau lebih dekat dengan mati dan tidak akan mengurangkan usiamu. Tempat yang engkau tuju itu pula tetap berada dalam genggaman. Tuhan yang mampu menunaikan segala permintaan dan mengetahui sesiapa sahaja yang melarikan diri.

Kita berada di atas permaidani milik raja yang sama. Bagi Tuhan yang berkuasa, Najaf ( nama tempat ) itu terlalu dekat.


Anakku leka bermain :

Adakah engkau telah sembahyang ?

Tidak.

Lalu beliau mengambil sehelai kertas dan sebatang pen, menulis sepucuk surat kepada guru anaknya :

Dia tinggalkan sembahyang kerana mahu bermain dengan anjing.
Dia bermain dengan anjing bersama-sama anak-anak nakal.
Dia akan datang esok bersama sepucuk surat.
Kandungannya sama seperti surat muslihat.
Jika dia datang rawatlah dengan teguran
Ataupun dengan nasihat yang bijaksana
Jika engkau mahu memukulnya, gunalah rotan
Cukuplah sebanyak tiga kali
Ketahuilah walaupun dia menyedihkanku
Dia tetap kesayanganku.

Salim Bin Abdullah Bin Umar

Di rumah Allah :

Demi Allah, saya malu ketika saya berada di rumah Allah Azza wa Jalla ( di hadapan  Kaabah ) ini saya meminta sesuatu daripada yang lain bukan daripadaNya.


Keperluan dunia :

Saya tidak meminta keperluan dunia daripada Tuhan yang memilikinya. Jadi apakah saya akan meminta daripada manusia yang tidak memilikinya?.


Sihat dan  selera :

Wahai Abu Umar, engkau memiliki tubuh yang yang sihat. Apakah makanan utamamu?

Roti dan minyak. Adakalanya apabila dapat daging, saya akan makan daging.

Roti dan minyak?. Selereakah?

Jika saya tidak berselera, saya  akan simpan hingga terasa lapar dan saya akan berselera.


Sembahyang Subuh :

Lelaki ini mengaku beragama Islam dan  dan dia berkata dia sembahyang Subuh hari ini. Saya pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : Sesiapa sembahyang Subuh, dia berada dalam pelihataan Allah.


Surat kepada Umar bin Abdul Aziz  :

Suratmu yang menyebut bahawa Allah telah mengujimu apabila Dia melantikmu sebagai pemerintah umat Islam tanpa engkau minta dan tanpa melalui mesyuarat telah saya terima. Engkau juga menyebut bahawa engkau mahu menurut jejak langkah Umar ( Khalifah Umar bin al-Khattab )

Namun jangan engkau lupa yang engkau bukan berada di zaman Umar. Pegawai-pegawainya juga tidak setanding dengan pegawai-pegawai Umar.Walau bagaimanapun, ketahuilah jika engkau inginkan kebenaran, sudah tentu Allah akan membantumu melaksanakannya.

Allah juga akan memberikan pegawai-pegawai yang akan membantumu melaksanakannya. Allah akan memberikannya tanpa engkau sedari. Sebenarnya bantuan Allah akan diberikan kepada seseorang bergantung kepada niatnya. Jika niatnya tidak benar-benar sempurna, Allah akan membantu sekadarnya.

Jika jiwamu mendorongmu untuk melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah, ingatlah tentang orang yang berkuasa sebelummu yang kini telahpun  meninggalkan dunia ini. Bawalah dirimu merenung bagaimana mata mereka yang selama ini melihat keseronokan kini telahpun tersembul. Bagaimana perut mereka yang tidak pernah kenyang kini telahpun pecah.

Bagaimana agaknya jika mereka yang kini hanya berupa bangkai dibiarkan di sebelah rumah kita tanpa ditutup? Sudah tentu kita akan heboh mengadu tentang bau busuknya.
Segala salam, rahmat dan keberkatan Allah untukmu.

Tuesday, October 11, 2011

Salamah bin Dinar

Ziarah :

Hubungan hambar hanya selepas saling kenal mengenal. Sedang engkau tidak pernah mengenali saya sebelum ini dan saya juga tidak pernah melihat engkau. Apakah yang hambar dengan tindakan saya ini ( tidak menemui )


Mati :

Kenapa kita takutkan mati ?. Sebab kita terlalu membangunkan dunia dan kita musnahkan akhirat kita. Jadi kita tidak suka untuk keluar dari dunia yang kita bangunkan ke akhirat yang kita telah musnahkan.


Al-Quran :

Untuk mengetahui nasib kita di hadapan Allah nanti, bandingkan amalanmu dengan kandungan Kitab Allah Taala, nescaya engkau akan dapat tahu nasibmu. Temuilah dalam firman Allah :

( Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah ) kerana sesungguhnya orang-orang yang berbakti ( dengan taat dan amal kebajikan ) tetapi berada di dalam syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat di dalam neraka yang menjulang=julang. ( maksud Al-Infitar : 13 -14 )


RahmatNya :

Di manakah rahmat Allah

Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ( Al-A’raf : 56 )


Pulang :

Alangkah baik jika saya tahu bagaimana saya akan berhadapan dengan Allah kelak?

Manusia yang baik umpama perantau yang pulang menemui keluargannya. Sementara manusia yang tidak baik umpama hamba yang melarikan diri kemudian diheret menemui tuannya.


Baik :

Bagaimanakah saya boleh menjadi manusia yang baik?

Buangkan segala rasa takbur  dan semailah akhlak yang baik.


Harta :

Apakah ada cara yang boleh menyemai ketakwaan kepada Allah melalui harta ini?

Engkau memperolehinya dengan cara yang sah, kemudianengkau berikan keoada mereka yang berhak. Engkau agihkan secara saksama dan adil kepada semua rakyat.


Mulia :

Siapakah manusia yang paling mulia?

Manusia yang berpegang teguh dengan maruah dan akhlak serta bertakwa.


Kata-kata :

Apakah kata-kata yang paling baik?

Kata-kata yang diucapkan oleh seseorang di hadapan orang yang ditakutinya dan di hadapan orang yang disukainya.


Doa :
Apakah doa yang paling cepat doperkenankan?

Doa orang yang melakukan kebaikan kepada orang-orang yang baik.


Sedekah :

Apakah sedekah yang paling baik?

Sedekah daripada orang yang tidak berada kepada orang yang terlalu miskin dan diberikan tanpa disertai kata-kata yang menyakiti hati.


Pintar :

Siapakah orang yang paling pintar :

Orang yang mengetahu cara untuk mentaati Allah kemudian dia mengamalkannya dan kemudian dia membimbing orang lain untuk mengamalkannya.


Bodoh :

Siapakah orang yang paling bodoh?

Orang yang menurut kemahuan sahabatnya sedangkan sahabatnya itu zalim. Dia mempertaruhkan akhiratnya semata-mata demi dunia orang lain.


Doa  buat sahabat :

Ya Allah jika sahabatku  hambaMu ini adalah pengikutMu, berikanlah kemudahan kepadanya untuk memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Jika dia adalah musuhmu, bimbinglah dia kepada perkara yang Engkau sukai dan Engkau redhai.


Pemerintah :

Wahai Amirul Mukminin, masyarakat ini kekal dalam kebaikan dan kesejahteraan selagi pemerintah mereka menemui ulama yang ada di kalangan mereka. Selepas itu, ada di kalangan masyarakat ini yang hina, mereka belajar ilmu dan mendekatkan diri mereka dengan pemerintah semata-mata untuk memperolehi sedikit kesenangan dunia. Hasilnya pemerintah tidak lagi memerlukan ulama. Akhirnya mereka ini tidak memperolehi apa-apa dan kecundang. Nilai mereka ini pun turun di mata Allah Azza wa Jalla. Jika para ulama mencari kurniaan pemerintah sudah tentu para pemerintah akan mencari ilmu mereka. Malangnya mereka mencari pemberian pemerintah menyebabkan pemerintah tidak mencari mereka malah memperlekehkan mereka.

Jika engkau seorang yang boleh menerima dan mengamalkan, apa yang saya katakan tadi sudahpun memadai. Jika engkau bukan orang yang boleh menerima dan mengamalkannya, tidak perlu saya mencurahkan air ke daun keladi.

Agungkanlah Allah Azza wa Jalla. Elakkanlah supaya Dia tidak melihat engkau melakukan apa yang dilarangNya. Dia hanya melihat engkau melakukan apa yang diperintahkanNya.


Ganjaran :

Wahai Amirul Mukminin jika wang dinar ini sebagai ganjaran untuk saya kerana apa yang saya katakan kepadamu maka bangkai dan daging babi ketika darurat lebih halal daripada wang ini. Jika wang ini adalah hak saya daripada Baitul Mal, apakah engkau akan berikan hak yang sama kepada semua umat Islam?.


Membuka hati :

Apabila jiwa ini dibersihkan, segala dosa-dosa akan diampunkan. Apabila seorang hamba berazam untuk meninggalkan dosanya, akan terbukalah pintu hatinya. Wahai Abdul Rahman, jangan lupa walau sekecil mana sekalipun dunia ini, ia akan melalaikan kita daripada akhirat. Setiap nikmat yang tidak mendekatkan kita kepada Allah sebenarnya adalah bala.


Contoh :

Wahai anakku, contohilah orang yang takut kepada Allah ketika ketiadaan manusia dan orang yang berhati-hati supaya tidak terjerumus kepada perkara yang mengaibkan. Begitu juga orang yang sentiasa memperbaiki dirinya semenjak muda lagi dan tidak menangguhkannya ke waktu tua.

Anakku sedarlah, setiap kali matahari terbit orang yang mencari ilmu ini akan berhadapan dengan nafsu dan ilmunya. Nafsu dan ilmunya ini akan sentiasa bermusuhan di dalam jiwanya. Jika pada hari itu ilmunya berjaya mengalahkan nafsunya, hari itu adalah hari yang beruntung untuknya. Jika hari itu nafsunya berjaya mengalahkan ilmunya, hari itu adalah hari yang merugikan.


Syukur :

Setiap anggota yang kita miliki mewajibkan kita supaya bersyukur. Kesyukuran mata; jika dengan mata ini engkau melihat kebaikan, nyatakanlah ia. Jika dengan mata ini engkau melihat keburukan sembunyikanlah ia.

Kesyukuran telinga; jika dengan telinga ini engkau mendengar kebaikan peliharalah ia. Jika dengan telinga ini engkau terdengar keburukan kuburkanlah ia.

Kesyukuran tangan; jangan engkau gunakan tangan ini untuk mengambil sesuatu yang bukan hakmu dan jangan engkau gunakan tangan ini untuk menghalang hak Allah.

Engkau jangan lupa, orang yang hanya bersyukur dengan lidah tanpa disertai oleh anggota-anggota dan hatinya yang lain, dia sebenarnya umpama orang yang mempunyai pakaian tetapi hanya memegang tidak memakainya. Pakaiannya  tidak mampu memelihara badannya daripada panas ataupun sejuk.


Jemputan menemui pembesar :

Saya telah menemui ramai ilmuan. Mereka tidak pernah datang membawa agama kepada ahli dunia. Saya rasa engkau sendiri tidak mahu saya menjadi orang yang pertama yang melakukannya. Jika engkau ada sesuatu keperluan datanglah berjumpa saya. Salam sejahtera untukmu dan mereka yang bersamamu.

Lihatlah apa yang engkau ingin miliki di akhirat dan berusahalah untuk memperolehiny di dunia. Lihatlah apa yang engkau tidak suka di akhirat kelak dan berusahalah untuk mengelaknya di dunia ini.

Sedarlah, jika engkau inginkan kesesatan, orang-orang yang sesat dan munafik akan datang dan mengerumunimu. Jika engkau inginkan kebenaran, orang-orang yang baik akan mengerumunimu dan mereka akan membantumu. Pilihlah mana satu yang engkau mahu.


Di saat kematian :

Jika kita selamat daripada malapetaka yang menimpa kita di dunia ini, kita tidak akan merasa berat untuk kehilangannya.

Firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang ( Maryam : 96 )