Sunday, October 2, 2011

Ikrimah bin Abu Jahal

Yang hidup…yang mati

Setelah keislamannya, gabungannya terhadap angkatan dakwah. Ia seorang pahlawan yang gagah berani di medan peperangan. Di masjid ia seorang yang kuat beribadah, rajin bersembahyang malam dan banyak membaca al-Quran. Beliau pernah meletakkan mushaf di muka sambil berkata :

Kitab Tuhanku...kata-kata Tuhanku....kemudian beliau menangis teresak-esak kerana takutkan Allah swt.

Setelah peperangan Yarmuk berakhir dengan kemenangan besar tentera Islam , beliau salah seorang daripada tiga pejuang yang terbaring akibat luka parah....al-Harits bin Hisyam melaungkan meminta air tatkala minuman itu hendak diberikan padanya ia terpandang Ikrimah yang sedang memerhatikannya....

Berikan air itu pada dia ( Ikrimah ).....bila dihampiri, ’Ayyasy bin Abi Rabi’ah pula menoleh.....maka Ikrimah berkata :

Kamu berilah kepada dia.....namun belum sempat memberinya, Ayyasy telah meninggal. Justeru mereka segera kembali ke kedua sahabat tadi. Namun mereka juga telah meninggal dunia.

Ketahuilah bicara rasulullah saw, apabila Ikrimah hampir tiba ke kota Mekah, Rasulullah saw telah berpesan kepada para sahabatnya :

Ikrimah akan datang kepada kamu dalam keadaan beriman dan berhijrah. Janganlah kamu mencaci ayahnya. Sesungguhnya mencaci si mati akan menyakiti perasaan yang hidup sedangkan ia tidak sampai kepada si mati.

No comments:

Post a Comment