Tuesday, October 4, 2011

Ja’afar bin Abi Tholib

Sidang an-Najasyi :

Tuanku ! Sesungguhnya kami dahulunya adalah kaum yang berada dalam kehidupan jahiliyah. Kami menyembah berhala dan memakan bangkai. Kami dahulunya adalah kaum yang berada dalam kehidupan jahiliyah. Kami menyembah berhala dan memakan bangkai. Kami melakukan perkara-perkara yang keji. Kami juga memutuskan hubungan silaturrahim. Selain itu kami juga berlaku buruk kepada jiran. Yang kuat di kalangan kami membaham golongan yang lemah. Begitulah keadaan kami sehinggalah Allah mengutuskan seorang Rasul daripada kalangan kami yang kami kenali nasab keturunan, kejujuran, amanah dan keluhurannya.

Beliau telah mengajak kami kepada Allah, mengesakan dan menyembahNya. Beliau juga menyeru kami membuang segala benda yang kami dan datuk nenek kami sembah selain Allah yang berupa hatu-batu dan berhala-berhala.

Beliau turut memerintahkan kami agar bercakap benar, menunaikan amana, menghubungkan silaturahim, berbuat baik kepada jiran, meninggalkan perkara-perkara haram dan menjaga darah ( tidak melakukan pembunuhan ). Beliau juga menghalang kami daripada melakukan perkara-perkara keji, berkata dusta, memakan harta anak yatim dan menuduh wanita-wanita baik melakukan zina.

Selain  itu  beliau juga memerintah kami mengesakan Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Dengan itu kami telah mempercayainya. Kami telah beriman dengannya dan kami ikuti ajarannya yang beliau bawa daripada Allah. Kami menghalalkan apa yang beliau halalkan kepada kami dan kami mengharamkan apa yang telah beliau haramkan kepada kami.

Wahai Tuanku! Sesungguhnya kaum kami telah memusuhi kami. Mereka mengenakan azab ke atas kami dengan seberat-berat siksaan untuk memfitnah dan menggugat kami agar kami meninggalkan agama ini dan kembali kepada penyembahan berhala.

Apabila mereka menzalimi, bersikap keras dan menyempitkan kami dengan pelbagai tindakan serta menghalang kami daripada mengamalkan agama kami, kami mengambil keputusan keluar ke negara tuanku.

Kami telah memilih Tuanku bukan raja-raja lain. Kami suka untuk berjiran dengan Tuanku. Dengan itu kami berharap kami tidak akan dizalimi di sisi Tuanku.

Bicara Abu Hurairah ra :

Orang yang paling baik kepada kami, golongan miskin adalah Ja’far bin Abi Tholib. Beliau pernah membawa kami ke rumahnya untuk memberi kami makan. Apabila makanan habis, beliau mengeluarkan bekas minyak sapi. Bagaimanapun bekas ini tidak mempunyai apa-apa isi. Kami membelah bekas itu dan menjilat saki baki minyak sapi yang terlekat di dalamnya.

No comments:

Post a Comment