Sunday, October 9, 2011

Rufal bin Mihran

Sembahyang :

Orang yang mengambil ringan tentang sembahyangnya akan lebih mengambil ringan dalam soal yang lain.


Bersih :

Saudara, orang yang membersih diri bukanlah orang yang membersihkan kekotoran dibadannya dengan air. Orang-orang yang membersihkan diri ialah orang-orang yang membersihkan dosanya dengan ketakwaan.


Menuntut :

Latihlah dirimu supaya sentiasa menerima ilmu dan kerapkanlah mencarinya. Sedarlah bahawa ilmu tidak akan datang kepada orang yang pemalu dan orang yang sombong. Seorang pemalu tidak akan bertanya kerana terlalu malu. Orang yang sombong pula tidak akan bertanya kerana sikap sombongnya.


Al-Quran :

Belajar;ah Al-Quran. Setelah kamu mempelajarinya janganlah kamu membelakanginya. Hendaklah kamu sentiasa berada di jalan yang lurus kerana itulah Islam. Jauhilah segala hawa nafsu kerana ia akan mengheret kamu ke aah permusuhan dan kebencian. Janganlah kamu membelakangi perkara yang telah dipersetujui oleh sahabat Rasulullah saw sebelum mereka bertebaran.

Belajarlah Al-Quran lima ayat demi lima ayat kerana itu akan memudahkan kamu mengingatinya dan lebih mudah untuk kamu memahaminya. Jibril as dahulu membawa turun lima ayat demi lima ayat kepada Nabi saw,


Dalil :

Allah telah menetapkan bahawa sesiapa yang beriman akan dibri petunjuk. Firmannya :

Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya ( Al-Taghabun : 11 )

Orang yang bertawakal pula akan dilindungi. FirmanNya :

Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukuplah baginya. ( Al-Talaaq : 3 )

Orang yang memberi sedekah kepada orang ramai kerana mengharapkan keredhaan Allah, Allah akan berikan ganjaran untuknya. FirmanNya  :Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan bergandapganda banyaknya. ( al-Baqarah : 245 )
Orang yang berdoa, Allah akan perkenankannya. FirmanNya :

Dan apabila hamba-hambaKu betanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka ) : sesungguhnya Aku ( Allah ) sentiiasa hampir (kepada mereka; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu ( Al-Baqarah ; 186 )


Pesanan :

Amalkan segala perintah Allah dan dekatilah orang-orang yang mentaati Allah kerana ketaatan mereka. Jauhilah dosa dan musuhilah orang-orang yang melakukan dosa kerana dosa yang mereka lakukan. Setelah itu serahkan nasib orang-orang yang melakukan dosa ini kepada allah. Allah mungkin akan menghukum mereka dan mungkin mengampunkan mereka.

Jika kamu mendengar seseorang memuji dirinya sendiri dengan berkata : Aku sukakan sesuatu kerana Allah dan aku bencikan sesuatu kerana Allah Aku lakukan semua ini kerana mengharapkan keredhaan Allah dan akan menjauhi perkara ini kerana takutkan Allah.

Janganlah kamu terpengaruh dengan apa yang dikatakannya itu.

No comments:

Post a Comment