Monday, April 30, 2012

Kebaikan

Kebaikan bukanlah banyaknya harta dan anak, akan tetapi kebaikan adalah banyaknya ilmu dan agungnya akhlak dan berlumba-lumbanya engkau dalam beribadah kepada Rabbmu.


Ketika berbuat kebaikan maka memujilah kepada Allah dan ketika berbuat keburukan maka beristighfarlah kepada Allah.


Dan tidak ada kebaikan di dunia ini kecuali pada salah satu dari dua laki-laki ini: seorang laki-laki yang berbuat dosa lalu ia didapati dalam keadaan bertaubat atau laki-laki yang bersegera dalam kebaikan dan tidak menyedikitkan amal dalam ketaqwaan dan bagaimana mesti disedikitkan amal yang diterima.

( Abu Nu'aim )

Sunday, April 29, 2012

Huruf Alif

Tuhanku….
namaMu adalah penghulu segala nama
dan di dalam genggaman qudratMu segala kerajaan bumi dan langit
dan Engkaulah yang maha kaya dari segala-galanya.

Tetaplah kepadaMu sifat kekayaan itu
dan berhajatlah kepada limpahanMu
yang teramat suci itu oleh “dia” dan “saya”…

Daku memohon dengan namaMu yang Haq
yang mana Dikau himpunkan dengannya segala penceraian segala urusan dan penciptaan...
dan Engkau dirikan dengannya keghaiban bagi yang nyata
dan Engkau zahirkan dengannya akan segala yang ghaib...

Bahawa Engkau kurniakan kepadaku
sifat redha pasrah kesucian rohani
sehinggakan daku tenang dengannya bagi segala gerakan takdirMu
sehinggakan bergerak bagi kehendakku (dengan izinMu)
segala yang diam dan diam segala yang bergerak.

Teguhkanlah daku sehingga kiblat (tempat tuju)
setiap yang menghadapi
dan yang menghimpunkan penceraian segala yang terpisah..
Sekira-kira namaMu yang bersatu kepadanya oleh tawajjuhku...
dan lebur di sisinya oleh kalimahku
maka setiap zarrah diriku dapat memetik puncak petunjuk
yang menyatakan bahawa daku adalah imamnya
yang tunggal yang mana jika tidak kerananya
sudah tentu lebur segala keakuan sipenerima...

Wahai Dia
( Dialah Tuhan dengan segala sifat kesempurnaanNya)
dan bukanlah aku (dengan segala kekuranganku)
daku memehon dengan segala nama
yang menerima limpahan madad daripada Alif ghaib
yang meliputi dengan hakikat segala yang disyuhud (segala yang disaaksikan)...

Bahawa Dikau saksikanlah kepadaku keesaanMu
Pada segala makhlukMu  yang banyak itu
pada batin segala kebenaran...
dan saksikanlah juga kepadaku yang banyak
pada keesaan itu pada zahir segala hakikat....

Kemudian begitu juga keesaan namaMu az-Zhahir dan al-Bathin
sehinggakan tidak tersembunyi kepadaku
segala ghaib yang zahir  
dan tidak ghaib dariku segala yang tersembunyi lagi batin.

Dan perlihatkanlah kepadaku segala-galanya pada segala-galanya
wahai Tuhan yang memiliki dan menguasai segala sesuatu...

Engkaulah, Engkaulah, Engkaulah ( Tuhan sekalian Alam )
Katakanlah, Allah!  kemudian tinggalkanlah mereka bermain-main

Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Saidina Muhammad saw, Nabi yang ummi dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda saw...

(  Syeikh Muhyiddin ibnu A’rabi ra )

Saturday, April 28, 2012

Doa selepas solat fardhu



Ya Allah, anugerahkanlah kebahagiaan bagi seluruh penghuni kubur.

Ya Allah, kayakanlah semua orang fakir.

Ya Allah, kenyangkanlah semua orang lapar.

Ya Allah, tutupilah semua orang yang telanjang.

Ya Allah, lunaskanlah hutang semua penghutang.

Ya Allah, lapangkanlah semua orang yang kesusahan.

Ya Allah, kembalikanlah semua orang berada dalam pengasingan.

Ya Allah, bebaskanlah semua tawanan.

Ya Allah, perbaikilah kerosakan semua urusan kaum  Muslimin.

Ya Allah, sembuhkanlah semua orang yang sakit.

Ya Allah, balutlah kemiskinan kami dengan kekayaanMu.

Ya Allah, ubahlah keburukan kami dengan kebaikanMu.

Ya Allah, lunaskanlah hutang kami dan bebaskanlah kami dari kemiskinan. Sungguh, Engkau Maha berkuasa.

Sahur

Wahai tumpuanku dikala kesulitan. Wahai naunganku di saat kesusahanku. KepadaMu aku berpindah. KepadaMu aku memohon pertolongan dan mengharap pelindungan. Aku tidak berlindung kepada selainMu. Aku tidak menuntut kelapangan kecuali dariMu. Tolonglah aku dan lapangkanlah (dada)ku. Wahai menerima sedikitnya kebaikan dan mengampuni banyaknya (dosa). Terimalah (kebaikanku) yang sedikit dan ampunilah (kemaksiatanku) yang banyak. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, aku memohon padamu keimanan dan keyakinan yang menambat (hatiku) hingga aku menyakini bahawa tak akan ada yang menimpaku kecuali telah Engkau tetapkan. Jadikan pula (hatiku) rela dengan apa yang telah Engkau bagi dari penghidupanku. Wahai Yang Paling Penyayang di antara para penyayang. Wahai Sandaranku, di kala aku duka. Wahai Teman setia di kala kepedihan melanda. Wahai Kawan di kala senang. Wahai Muara harapanku. Engkaulah Tuhan yang menutupi cacatku. Dikaulah pemelihara kehormatan dan penghapus kesalahan-kesalahanku. Ampunilah seluruh dosaku, wahai Yang Maha kasih dan Maha sayang..


Fajar pertama Ramadhan

Ya Allah, bulan Ramadhan telah tiba. Engkau telah mewajibkan kami berpuasa saat ini. Di bulan ini pula, Engkau turunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi segenap manusia serta pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Ya Allah, bantulah kami menunaikan puasa. Terimalah dan kabulkanlah puasa kami. Kurniakanlah kami kemudahan dan kesihatan kerana sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu.

Saat melihat hilal

Ya Allah, anugerahilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keselamatan dan kepasrahan. Juga kesempatan meraih kecintaan dan kerelaanMu. Ya Allah, berkatilah kami di bulan ini. Kurniakanlah kami dengan kebaikan dan kemudahan serta jauhkanlah kami dari kesukaran  dan keburukan, bencana dan fitnah.

Ya Allah, aku memohon kebaikan, cahaya,pertolongan, keberkahan, kesucian dan rezeki (yang Engkau limpahkan) di bulan ini. Dan aku memohon segala kebaikan yang ada di dalamnya dan setelahnya dan aku berlindung padaMu dari keburukannya dan keburukan setelahnya. Ya Allah, masukkanlah aku di bulan ini di dalam keadaan tenteram, beriman, selamat, sejahtera (penuh) berkah, bertakwa dan berhasil menjalankan semua yang Engkau sukai dan redhai.

Friday, April 27, 2012

Hidup ini……


Fikir itulah pelita bagi hati
yang mendapat kita ingat akan mati.

Ingat-ingat serta fikir sehari-hari
di dalam kubur kita duduk seorang diri.

Jika hidup kita dapat harta jenuh
itu akhir tinggal masuk dalam tanah.

Ghalib ikut akan nafsu dengan hawa
dari masa tubuh muda sampai tua.

Dari petang nanti pula akan pagi
lama-lama hingga sampai tanggal gigi.

Rumah besar kampung luas ada ia
itu akhir tinggal jugak akan dia.

Hai segala anakku sekalian
sungguh-sungguh jangan tinggalkan sembahyang.

Demikian lagi zakat dan puasa
itu buatlah olehmu sentiasa.

Dengan susah yang sedikit kamu dapat
akan senang lama kamu di akhirat.

( Syeikh Ahmad Al-Fathani r.a )

Setiap sesuatu apabila berpisah dengannya, pasti ada gantinya. Namun Allah itu sekiranya berpisah darinya, tiadalah sesuatu yang dapat menggantikannya.......wallahu'alam.

Thursday, April 26, 2012

Ingatlah….


Musuh anda bilangannya ramai, ingatlah firman Allah :
“Berapa banyak kumpulan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang besar dengan izin Allah?” ( Surah al-Baqarah: 249)

Musuhmu mempunyai harta benda yang banyak, ingatlah firman Allah : “Sesungguhnya orang kafir selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya. Perbuatan mereka itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, kemudian pula mereka dikalahkan”. ( Surah al-Anfal: 36)

Jika ditakut-takukan tentang tipu daya orang kafir, ingatlah firman Allah :“Mereka mempedayakan dan Allah boleh memperdayakan dan Allah lebih bijak untuk melaksanakan tipudayanya”. (Surah al-Imran: 54)

Jika dikatakan pihak kafir mempunyai pertahanan yang teguh, ingatlah firman Allah :“Mereka menyangka bahawa benteng dan kubu mereka teguh dapat mempertahankan diri mereka daripada Allah.Maka Allah menimpakan sesuatu dari arah yang tidak mereka sangka sama sekali”. (Surah al-Hasyr: 2)

Wednesday, April 25, 2012

Juara yang hilang


Selepas kehilangan gelaran  nombor satu dunia, saya mendapat perspektif kehidupan yang baru dan belajar bagaimana untuk menghormati kehidupan ini.

( Maria Sharapova, Bintang Tenis Rusia )


Kita bukannya ditarik untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi sebaliknya kita dijulang ke peringkat yang lebih tinggi oleh orang-orang yang berkerja bersama-sama dan di bawah kita. Wallahu’alam.

Tuesday, April 24, 2012

Hikmah




Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahasia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa pahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah untuk terima
Segala yang telah menjadi ketetapanNya

Leraikanlah gundah
Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya

Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita

( Tashiru )

Takut dan harap

Jangan pula kamu merasa tenteram dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak.

( Hasan Al-Basri )


Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau
redhai…..ameen Ya Rabb.

Monday, April 23, 2012

Tak lepas




Ya Tuhanku, berikanlah  diri ini kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam mendepaninya :nikmat, ujian, ketaatan dan kemaksiatan …dalam lebatnya nikmatMu, terbitkanlah kekerdilan diri ini di hadapanMu…dalam lebatnya ujianMu, terasa kasih sayangMu Tuhan………ameen Ya Rabb.

Saturday, April 21, 2012

Segala ada dalamnya…..

Kita berhimpun 
atas satu hasrat
mencungkil rahsia kehebatan
cemerlang di pentas akademik dunia
benarkanlah dalam sedarmu
segalanya  pada KalamNya.....
benarkanlah.....

Friday, April 20, 2012

Mendisiplinkan hati budi insan


Mendisiplinkan hati budi insan dengan landasan fikir dan zikir yang betul memberi kesan langsung terhadap diri manusia. Ia membawa kesan kepada amal seseorang.
 
Menolak faktor zikir dalam maksud yang luas menjadikan hasil berfikir kosong. Sumber fikir yang baik bakal menyerap ke dalam hati dan proses ini menyebabkan akal budi terbentuk dalam acuan yang baik dan menghadirkan nilai-nilai rohaniah yang baik juga.
 
Sifat amanah umpamanya terhubung langsung dengan ALLAH SWT supaya maksud amanah itu bukan sahaja dengan manusia dan organisasi tetapi pedoman utamanya ialah sifat ihsan yang tinggi.
 
Sifat adil pula hanya akan berlaku sekiranya hubungan dengan ALLAH terjadi dan kemampuan meletakkan sesuatu pada tempatnya berlaku supaya tidak terjadi kezaliman. Pertimbangan ALLAH Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui menjadi saksi yang amat utama.
 
Sifat telus dan tulus juga terkait dengan ALLAH. Keihsanan dan ketaqwaan yang terbina dalam diri menyebabkan sebarang tindakan terjadi secara ikhlas dan telus.
 
Pertimbangan kerana ALLAH (ikhas) ini bukan maksud zahirnya ALLAH memerlukan sesuatu daripada manusia. Sebaliknya manusia memerlukan sesuatu daripada ALLAH. Manusia terpedoman melakukan sesuatu dengan ikhlas dan hikmahnya akan kembali kepada manusia juga.
 
Rasulullah SAW merujuk dalam diri manusia ada seketul daging, baik daging itu baiklah sahsiah manusia. Ia dirujuk sebagai hati. Imam al Ghazali dalam kitab Ihya’nya sering menyebutkan mengenai penyakit hati.
 
Hati secara fizikalnya adalah gambaran seketul jantung tetapi memiliki rasa dan keupayaan mengimbang. Darinya tercetus nilai-nilai tertentu yang menjadi neraca pertimbangan amal seseorang. Hati sering menjadi rujukan salah-benarnya sesuatu.
 
Memperkasa hati menerusi pembersihan jiwa menjadikan kedudukan hati sesuatu yang fitrah. Hati yang diserapi akal fikir baik akan serasi dan menjadi landasan kepada setiap amalan. Hati yang baik akan mempedoman amal menjadi baik juga.
 
Al-Quran memberi pedoman tentang kebaikan hati. Dari situ seseorang akan berlaku jujur, amanah, ikhlas dan adil kerana keihsanan merasakan ALLAH Maha Mengetahui walaupun manusia tidak mengetahui.
 
Sebab itu manusia perlukan latihan hati supaya ia tidak mati. Hati yang hidup adalah hati yang sentiasa bertaut dengan ALLAH.
 
Walaupun nilai-nilai yang murni hanya suatu pernyataan ia boleh dilihat dalam amalan. Hati budi insan boleh diketahui daripada amalan. Pecah amanah, tidak tunai janji, zalim dan tidak bercakap benar boleh dilihat pada manusia kerana pertimbangan hati budi tidak terjadi.
 
Seorang pendakwah atau pemimpin umpamanya harus memiliki hati budi yang tinggi. Sifat kasih sayang dan belas kasihan bagi pendakwah dan rasa ukhuwah yang tinggi bagi pemimpin boleh mengukuhkan status hati budi. Sebaliknya pendakwah yang emosional dan pemimpin memilih sifat kebencian dan dendam, memperlihatkan kerendahan akal budi kerana ia lari dari maksud dai’ dan qiyadah (kepimpinan) itu sendiri.
 
Pendakwah dan pemimpin harus memiliki jiwa besar dan kebijaksanaan. Pemimpin yang memiliki jalur dakwah harus sabar dengan kerenah manusia atau kelompok. Jangan memilih jalan mudah melepaskan nafsu amarah yang tinggi dengan mengejek orang lain seolah-olah dirinya saja benar dan berwibawa.
 
Ia menggambarkan sifat angkuh dan putus asa terhadap manusia lain yang memang dilarang oleh agama.
 
Pendakwah dan pemimpin yang memiliki hati budi bersih sentiasa menghubungkan diri dengan ALLAH, bahawa tugas nubuwwah atau kenabian sentiasa berdepan dengan cabaran. Nabi Nuh dan Nabi Lut umpamanya tidak pernah putus asa untuk mendekati manusia hatta isteri dan anak-anaknya.
 
Al-Quran dalam Surah al Asr memberi pedoman kepada pendakwah, watawasaubilhaq watawasubaissabr – kebenaran atau haq itu perlu dinyatakan dengan sabar. Terdapat pendakwah kita suka memainkan emosi mengenai sesuatu isu berasaskan kepentingan jemaah atau kelompoknya. Lalu faktor fakta dan data selalunya tidak diambil kira. Ia tidak membantu kefahaman, malah menimbulkan kekeliruan dan konflik.
 
Pemimpin yang memiliki imej agama perlu memiliki hati budi tinggi, matlamat perjuangannya ialah mengembalikan manusia kepada fitrah. Label-label hodoh yang diberi tidak menggambarkan dia pemimpin berhati budi, tetapi pendekatan begitu bakal hasilkan konflik dan meminggirkan rasa persaudaraan yang tinggi untuk memahami realiti dan situasi.

( Sidek Baba )

Thursday, April 19, 2012

TPM : Belajarlah bersungguh-sungguh


Pelajar cemerlang yang menerima tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dinasihat supaya mengambil peluang untuk menyerlahkan potensi diri dan kembali berkhidmat kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana kadang kala, potensi seseorang individu hanya akan dapat diserlahkan apabila mereka diberi peluang.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata dalam mengharungi persekitaran global yang semakin kompetitif dan mencabar tidak mustahil generasi pelajar yang ditaja hari ini akan mencapai kejayaan yang tidak mampu dicapai ketika ini.

"Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada pelajar sekalian selaku generasi muda bahawa masa depan negara kita terletak di bahu anda semua.

"Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan apabila tamat pengajian nanti, curahkanlah khidmat bakti anda kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian surat tawaran Biasiswa Nasional kepada 50 pelajar yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di Institut Tadbiran Awam Negara di Kuala Lumpur, pada Khamis.
( Malaysiakinibm; 19 April 2012 )

Kerja





Jika anda datang lima minit sebelum waktu kerja, itu bererti anda terlewat, maka datanglah 15 minit sebelum waktu kerja.







Ya Allah daku meminta daripadaMu kebaikan zaman dan keberkatan waktu...ameen Ya Rabb.

Wednesday, April 18, 2012

SIM




Syukur
Istighfar
Muhasabah

…..tiga pintu kearifan menuju 1001 kejayaan …

wallahu’alam

Tuesday, April 17, 2012

Tingkat


Ada 4 jenis manusia :

a)      Kualiti hidupnya betul-betul hidup ketika masa hidupnya ( alhayat fil hayat ).
b)      Kualiti hidupnya mati, ketika hidupnya ( almaut fil hayat )
c)      Manusia yang telah mati namun  nama dan pengaruh semangat serta kebaikannya masih hidup ( alhayat filmaut )
d)      Manusia yang telah mati dan nama serta pengaruhnya benar-benar mati ( almaut fil maut )

( Imam al-Ghazali )


Ya Allah, ampunilah kesalahan dan kebodohanku, kelalaianku dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih tahu daripadaku. Ya Allah, ampunilah keseriusan dan senda gurauku, kesalahan dan kesengajaanku dan kesemua itu daripadaku.

Ya Allah, ampunilah aku, samada yang aku segerakan mahupun yang aku tangguhkan, yang  aku rahsiakan dan yang aku lakukan terang terangan, yang aku lakukan secara membuta tuli mahupun segala yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau Illahiku, tiada sembahan yang hak selain Engkau……Ameen Ya Rabb.

Sunday, April 15, 2012

Aku tahu……


Rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang
Tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya
Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa
Ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya

Wallahu'alam.
( Hasan al-Basri )

Qiyamullail

 
Hasan Ibn Soleh pernah menjual seorang hamba perempuan kepada sebuah keluarga. Hamba sahaya tersebut mengejutkan keluarga tersebut pada malam hari sambil menjerit, “Salaah! Salaah!” (Solat! Solat!).

Tuannya bertanya,”Sudahkah tiba waktu fajar?” Hamba perempuan tersebut lalu berkata,”Tuan sekeluarga cuma mengerjakan solat fardhu sahaja?”

Lalu hamba tersebut pulang kepada Hassan ibn Soleh dan berkata,”Tuan menjualkan saya kepada keluarga yang hanya mengerjakan solat fardhu, ambillah saya kembali!”…Masya-Allah.

Wallahu’alam

( Meraih keberkatan Ramadhan, Umm Irfan Doha Qatar ms102 )

Saturday, April 14, 2012

Selagi ada Ia…..


Lagi tinggi visi lagi tinggi usaha diperlukan......apapun selagi ada  Ia..semuanya mudah sahaja.....wallahu’alam…

Kami ingin mengenggam dunia di tangan, akhirat di hati…ameen Ya Rabb

Indahnya bersabar ….wallahu’alam.

Wednesday, April 11, 2012

Jenis kritikan



  1. Kritik yang wajar

Ia kritik yang sukar dikendalikan kerana kita terpaksan mengakui bahawa kritikan itu adil. Satu kecenderungan apabila bertindakbalas dengan kritikan yang wajar ialah memberikannya perhatian yang lebih daripada yang diperlukan, menjadikannya lebih penting daripada yang sebenar.

Kita perlu sedat bahawa kita semua membuat kesilapan. Kita perlu menerima diri kita walaupun kita telah membuat kesilapan. Apabila kehidupan lebih aktif, keputusan perlu dibuat, kemungkinan untuk membuat kesilapan pun semakin kerap.. Lebih banyak kritikan akan diterima. Mengelakkan diri daripada mengambil tindakan sekadar untuk mengelakkan risiko membuat kesilapan, alternatif seorang pengecut dan tidak produktif!

  1. Kritik  yang tidak adil

Ia mungkin muncul akibat daripada ketidaksamaan, antara fantasi orang lain dengan kita. Biasanya orang tidak menyatakan harapan mereka kepada kita, lantas kita berkemungkinan besar akan menghampakan mereka. Ini kesilapan mereka bukannya kita. Untuk membantu, kritikan itu mesti dinyatakan dengan spesifik dan kongkrit agar  harapan mereka difahami dan tindakan wajar boleh diambil.

Soalan berikut membantu kita samaada kritikan itu wajar atau tidak :

a)      Adakah saya menerima kritikan yang sama lebih daripada beberapa orang individu?
b)      Adakah pengkritik berpengetahuan luas dalam bidang tersebut?
c)      Adakah taraf pengkritik diketahui dan munasabah?
d)     Adakah kritikan itu sebenarnya berkenaan saya/ ( Atau adakah pengkritik mengalami hari  
        bermasalah atau perasaannya terganggu disebabkan sesuatu dan  sebagainya )
e)     Sejauh manakah penting bagi saya untuk bertindak balas terhadap kritikan itu?

Jika anda bertindak balas secara positif kepada satu atau lebih daripada empat soalan pertama, kritikan tersebut mungkin wajar. Jika anda bertindak balas secara negatif kepada kebanyakan daripada soalan tersebut, kritikan tersebut mungkin tidak wajar.

  1. Kritik yang kurang jelas

Ia juga  kritikan yang mungkin hanya menunjukkan perbezaan pendapat. Pengkritik biasanya seorang yang berfikir bahawa nilai dan cara dia berbuat sesuatu adalah lebih baik daripada anda.

Kritikan jenis ini mungkin bertindak sebagai penutup yang berkesan untuk perasaan yang lebih mendalam seperti perasaan cemburu, takut kepada sesuatu yang tidak diketahui, rasa tidak selamat atau keangkuhan.

Apapun ambil kira kritikan ini kerana ia mungkin memberikan kita maklumat yang lebih tentang diri pengkritik berbanding dengan diri kita.


( Memberi dan menerima kritikan; Patti Hathaway )

Wallahu'alam.