Wednesday, December 31, 2014

Jenis khalayak ucapan


1. Berkepala batu
2. Suka menyoal
3. Mulut murai
4. Tukang lawak
5. Sambil lewa dan tidak berminat
6. Tukang sampuk
7. Serba tahu
8. Kaki kritik

Wallahu a’lam.


Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

Ingat dan lupakan


Renungan 31

Dua perkara yang kita INGAT:
Ingatlah kejahatan kita kepada orang lain
Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Dua perkara yang perlu sangat kita LUPA :
Lupakan kejahatan orang kepada kita
Lupakan kebaikan kita kepada orang.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak

2008

Mutiara dari Imbasan seorang pendidik (1)


KATA HIKMAH :

Setiap penulis agung adalah penulis sejarah; biarlah ia berbicara tentang apa jua perkara, kerana ia membawa dengannya, ribuan tahun akan datang, sebahagian zamannya.
( Landor)


Akan tiadalah masa lampau dan sekarang; sekiranya tidak melihat zaman lampau, untuk maju ke hadapan.


Sesiapa yang tidak menghindarkan dirinya melakukan percakapan dan kelakuan dilarang, Allah tidak merestui makan dan minumnya.
(Al Bukhari)

Tiada yang tetap melainkan perubahan.


Kapal itu lebih penting daripada anak kapalnya ( The Ship Is More Than The Crew )
(Motto Clifford School, Kuala Kangsar)
 
Guru lama tidak akan mati, mereka hanya ditelan masa.

Pendidikan tidak bermakna mengajar orang apa yang mereka tidak tahu; ia sebenarnya mengajar mereka berkelakuan yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
( Ruskin )

Mereka boleh berjaya sekiranya mereka yakin yang mereka boleh melakukannya.
( Drysden )


Sekiranya kita bertemu dengan orang yang bijaksana, maka tanyalah apa buku yang ia baca.
( Emerson )

Orang yang bijaksana didorong oleh akalnya, yang kurang bijaksana dengan memahami sesuatu, yang kurang inteleknya oleh tekanan hidupnya, dan haiwan oleh alam sekelilingnya.
( Cicero )

Berfikir secara global, bertindak secara glokal


Seseorang yang mahir dalam satu perkara kita anggapkannya sebagai orang pandai, tetapi seseorang yang mahir dalam dua perkara kita menganggapkannya sebagai bijaksana.
( Emerson )


Dunia ini boleh memenuhi keperluan semua orang, tetapi ia tidak boleh memenuhi semua kemahuan orang yang tamak.

Wallahu a'lam.

Dato Hj Abdul Rahim b Hj Abdul Majid
2009


Ah usia

Ah, usia
lorong lusuh ini
menekap barang
yang kuanggap hilang
sesekali
aku lupa apa yang kucari

akhirnya aku sesat
dan merindukan
hujung jalan
yang tak kuperlukan.

Ah,usia.



Kuntum biru kembang lestari
Muhammad Haji Salleh
2013

Thursday, December 25, 2014

Kenali khalayak ucapan


1. Jumlah khalayak
2. Peringkat umur
3. Kelayakan atau pendidikan
4. Pengetahuan
5. Jantina
6. Agama
7. Kaum
8. Kepercayaan & ideologi
9. Taraf perkahwinan
10. Pekerjaan
11. Taraf sosioekonomi
12. Penguasaan bahasa
13. Komuniti bandar atau luar bandar



Khalayak adalah umpama piano. Anda perlu tahu kekunci mana yang perlu di tekan.
(Al Capp)
Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

Sibuk

Renungan 30

Bagi mengubati kesunyian yang melanda, kata seorang pendidik dan pujangga: Bunuhlah setiap waktu kosong dengan pisau kesibukan. Lihatlah para petani, nelayan dan buruh kasar, mereka mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk tetapi selalu gelisah dan berendam air mata. Hargailah kehidupan yang dimiliki kini, usah bandingkan yang lebih baik daripada kita kerana ia akan mengundang kesedihan yang berpanjangan. Tetapi jika dibandingkan dengan yang lebih melarat daripada kita, maka kita akan mensyukuri nikmat pemberian Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008

Tawaduk

Imam Abu Hanifah dan budak berterompah kayu

Pada suatu hari Imam Abu Hanifah berjalan di tepi sebatang parit dan tiba-tiba terserempak seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut terompah kayu. Beliau menegur budak itu. Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti. Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya lalu bertanya: Wahai tuan, siapakah nama tuan?

Imam Abu Hanifah lantas menjawab: Namaku Nu’man. Lalu disambut budak itu, oh rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu? Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: Bukan aku yang meletakkan gelaran itu. Namun orang yang bersangka baik denganku telah meletakkannya.

Budak itu pun berkata: Wahai Imam, apa yang telah engkau tegurkan kepadaku tadi mengenai berjaga-jaga supaya aku tidak tergelincir masuk ke dalam parit sangatlah baik, Cuma izinkan aku memperkatakan sesuatu kepadamu.
 
Jika aku yang tergelincir, sekurang-kurangnya aku hanya akan masuk ke dalam parit tetapi jika tuan Imam tergelincir, bukan masuk ke dalam parit tetapi ke dalam neraka Allah. Usahlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah SWT lantaran angkuh dan berbangga-bangga, maka berhati-hatilah wahai tuan imam.

Menangislah Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu.

Wallahu a’lam.

Tawaduk audit diri elak takbur
Norhayati Paradi
Berita Harian
24 Dis 2014

Ya Allah anugerahkanlah kami tawaduk. Hindari kami dari sifat si merak. Mengembangkan ekor yang cantik tatkala ada orang melihat dan menguncup jika sebaliknya. Hiasilah sifat si pokok semalu, tegak waja bila bersendirian, mengucup merendah diri tatkala bersentuhan. Aameen Ya Rabb.

Kerana aku tidak pernah bercadang menyimpan dendam


Marilah kita
membaca manusia
dengan sifir berbeza
kerana kita tak mungkin pernah
menemui jawapan dengan rumus
yang sama
 
malah jika kau aduk
ukuran yang sama
dengan kaedah yang sama
hasilnya berbeza lagi
jadi bagaimana bisa kau yakin
lukamu bakal jadi lukaku juga

sesekali
lepaskan beban dibahumu
untuk sekadar memberi kepercayaan
kepada hati lain belajar memahami
dan menanggapi dunia
dengan nyah dari panen musim semi

kawan
seperti pahitnya kopi
yang sering menyakiti lidah
kerana kegopohan kita
menanggapi dunia bakal sama
untuk semua
izinkan kali ini aku katakan
tidaklah aku bercadang
untuk menyimpan dendam.

Hani Salwah Yaakup
Kajang Selangor
Mingguan Malaysia
7 Dis 2014

Wednesday, December 24, 2014

Kesabaran nabi Ayub as (6)

Diceritakan bahwa sisa dua ulat yang melekat pada luka-luka nabi Aiyub setelah ia mendekati sembuhnya, terjatuh dari badannya, satu ke dalam air yang menjelma menjadi lintah yang dapat menyembuhkan beberapa penyakit dan satu ke atas tanah yang menjelma menjadi lebah yang menghasilkan madu yang bermanfaat bagi kesehatan ummat manusia.

Diceritakan pula bahwa sebagai balasan atau doa permohonan nabi Aiyub, Allah mengutus malaikat Jibril kepadanya dengan membawa dua buah-buahan delima yang diperintahkan agar dimakannya sebagai obat bagi penyakitnya, serta diperintahkan pula untuk mandi dan minum dari air yang keluar dari tanah bekas kakinya. Sebagaimana diceritakan dalam ayat yang bermaksud: Hentakkanlah dan hantamkanlah kakimu: inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.

Maka sembuhlkah nabi Aiyub dari segala penyakitnya, kesihatannya menjadi lebih baik dari semula dan wajahnya bersinar kembali, dapat berkumpul lagi dengan keluarganya, bahkan mereka kemudian berkembang biak sampai jumlah mereka dua kali lipat dari jumlah sebelumnya.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Kesabaran nabi Ayub as (5)


Sekadar untuk memenuhi kebutuhan hidup sehari-harian, Rahmah terpaksa bekerja dengan upah beberapa potong roti. Keadaan mana  tidak dapat berlangsung lama, kerana setelah diketahui oleh majikannya Rahmah diberhentikan dengan alasan khuatir kejangkitan penyakit Aiyub. Kemudian sambil bermunajat kepada Allah : Ya Tuhan! Bumi telah menjadi sempit bagi kami dan orang-orang telah mengusir kami dari tempat di mana kami berada, berikanlah rahmatMu ya Tuhan dan janganlah Engkau mengusir kami dari rumahMu di hari Qiamat.

Pergilah  Rahmah ke tempat pedagang roti memohon dihutangi roti bagi suaminya yang kelaparan. Si pedagang roti enggan menghutangi Rahmah, tetapi ia minta rotinya ditukar dengan seikal rambutnya yang menyapu tanah dari panjangnya. Dengan disepakatnya cara barter itu, kembalilah Rahmah ke tempat suaminya membawa empat potong roti yang baru dan masih hangat itu serta melihat isterinya yang terpotong rambutnya – ia ia sangat cinta – timbullah rasa curiga dan cemburu dalam hati Aiyub, bahwa isterinya kiranya telah menjual diri untuk memperoleh beberapa roti itu. Ia sumpah dalam hatinya, kelak jika ia telah sembuh dari penyakit akan mengganjar isterinya dengan seratus kali cambuk. Sumpah mana kemudian dilaksanakan sesuai dengan perintah Allah sebagaimana diceritakan dalam ayat yang bermaksud: Dan ambillah dengan tanganmu seikat lidi, maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.

Tetkala Rahmah menceritakan kisah diperolehnya roti itu kepada Aiyub, menangislah ia dan berdoa: Ya Tuhanku, telah habislah daya upayaku sampai-sampai isteri nabiMu menjual rambutnya untuk memberi nafkah kepadaku. Janganlah berkecil hati, kata Rahmah kepada suaminya. Rambutku akan tumbuh lagi lebih elok daripada yang sudah. Cuba engkau berdoa memohon agar Allah menyembuhkan penyakitmu. Aiyub menjawab: Kita telah mengalami dan merasakan kenikmatan hidup mewah selama delapan puluh tahun, sedangkan masa kesengsaraan kita masih belum sepanjang itu, aku malu dan segan berdoa memohon kepada Allah, seakan-akan kita kehilangan kesabaran.

Namun akhirnya, berserulah nabi Aiyub kepada Allah memohon pertolonganNya. Sebagaimana yang diceritakan dalam ayat yang bermaksud : Dan (ingatlah kisah) Aiyub ketika menyeru Tuhannya: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, dan Engkau adalah Yuhan Yang Maha Penyayang di anta semua penyayang. Kami pun memperkenankan seruannya, lalu Kami lenyapkan penyakit dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya dan Kami lipat gandakan bilangan mereka sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Kesabaran nabi Ayub as (4)


Setelah dua kali mengalami kegagalan dalam usahanya membujuk nabi Aiyub, Iblis tidak putus asa dan berusaha dengan lain cara untuk menipis atau menghilangkan iman dan keikhlasan taatnya Aiyub kepada Allah. Ia mendatangi Aiyub di kala bersujud dan meniupkan ke dalam mulut serta hidungnya, baksil-baksil penyakit yang berakibat seluruh tubuh Aiyub menjadi bengkak, mengeluarkan keringat yang tdak berputus-putus sehingga merasa kehilangan tenaga dan kekuatan.  Hal mana dianggap oleh Rahmah, isterinya sebagai akibat kesedihan hatinya kerana mengalami musibah hilangnya harta-harta serta anak-anak kesayangannya ditambah pula, bahwa ia tidak pernah beristirehat sesaatpun daripada ibadah berpuasa di waktu siang dan bersolat di waktu malam.

Penyakit nabi Aiyub makin hari menjadi makin parah, kerana tumbuhnya bisul-bisul cacar yang meliputi seluruh badannya dari ujung kepala hingga ujung kaki, bisul-bisul mana lama kelamaan mengeluarkan nanah dan ulat-ulat, sehingga kawan-kawan dan sanak keluarganya menjauhkan diri daripadanya kerana merasa jijik, demikian pula kedua dari tiga isterinya minta cerai karena tidak tahan mendekatinya. Hanya Rahmah satu-satunya isteri yang masih setia merawatnya dan menjaganya siang dan malam. Kemudian tetangga-tetangganya pun berseru kepada Rahmah, agar membawa suaminya keluar dari perkampungan itu, kerana ketakutan penyakit Aiyub menular kepada anak-anaknya.

Dan keluarlah Rahmah dari perkampungan itu sambil mendukung suaminya di atas punggungnya dengan air mata bercucuran membasahi wajahnya hingga mendapati sebuah gubuk terletak sedikit di luar kota dan dibaringkan nabi Aiyub di atas rubah dalam gubuk yang sudah tua dan hampir ambruk itu. Tetkala Rahmah keluar meninggalkan suaminya untuk mencari sesuap makanan, berteriaklah nabi Aiyub memangilnya kembali dan berkata kepada isterinya: Hai Rahmah! Jika engkau hendak meninggalkan aku dan memisahkan diri daripadaku, aku hendak memberimu beberapa wasiat. Rahmah menjawab: Tidak! Aku tidak akan meninggalkan engkau dan berpisah daripadamu selama hayat masih dikandung badanku.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Kesabaran nabi Ayub as (3)


Syahdan datanglah godaan atau cobaan pertama terhadap nabi Aiyub berupa bencana kebakaran besar yang menimpa peternakannya, sehingga membinasakan semua harta milik dan kekayaannya! Musibah mana diterimanya oleh beliau dengan penuh kesabaran, sehingga tetkala Iblis datang padanya selagi ia bersembahyang di masjid, membisikkan kata-kata racunnya : Masihkah engkau menyembah Tuhanmu dalam keadaanmu sekarang ini, di mana milikmu semua sudah binasa menjadi abu kerana api yang dikirim dari langit? Ia menjawab: Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah yang telah mengambil daripadaku apa yang Ia telah berikannya.

Godaan atau cobaan yang kedua yang diterima oleh nabi Aiyub ialah tewasnya empat belas anaknya – delapan putera dan enam puteri – sekaligus tertimpa rumah kakaknya yang roboh, di mana mereka sedang berada menghadapi hidangan makanan, sehingga ada yang mati dalam keadaan suap nasinya di dalam mulutnya dan ada yang masih memegang gelas di tangannya. Dalam kesempatan ini datang pula Iblis membisikkan rayuannya kepada nabi Aiyub di kala ia bersembahyang dan berkata: Masihkah engkau bertaat kepada Tuhanmu yang telah mengubur hidup-hidup empat belas anakmu di bawah reruntuhan rumah kakakmu Harmal?. Nabi Aiyub meneruskan solatnya dan setelah selesai, berkata ia kepada Iblis : Hai makhluk terlaknat! Alhamdulillah, syukurku kepada Allah yang telah mengambil apa yang Ia telah berikan kepadaku, harta dan anak-anak adalah fitnah yang diambilnya daripadaku oleh Tuhan, agar aku dapat memusatkan ibadahku kepadaNya? Maka pergilah Iblis meninggalkan Aiyub dengan tangan hampa.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Kesabaran nabi Ayub as (2)

Iblis yang terkutuk melihat keadaan Aiyub yang diliputi oleh kemewahan duniawi serta memperoleh restu dan ridha Tuhan, merasa irihati dan ingin menganggu, merusak dan menghancurkan kebahagiaannya. Ia berkata kepada Tuhan ketika ditanya pendapatnya tentang Ayub : Ya Tuhanku! Sesungguhnya Aiyub tidak menyembah dan bertaat padaMu, tetapi kepada kemewahan duniawi yang Engkau telah karuniakan kepadanya. Kalau tidak kerana itu ia tidak akan menyembahMu dan beribadah kepadaMu.

Dusta dan bohong hai makhluk yang terlaknat, jawab Tuhan. Aku lebih mengetahui bahwa Aiyub bertaat kepadaKu walaupun tidak Aku berikan nya keduniaan yang ia milikinya itu. Lalu Iblis berkata: Ya Tuhanku! Berilah aku izin menganggunya dan mencobanya sampai ia lalai padaMu dan lalai melalaikan ibadah untukMu. Oleh Allah ia diperkenankan melakukan cobaannya terhadap nabi Aiyub.

Iblis pun mengumpulkan pengikut-pengikutnya jin-jin laki maupun perempuan. Ia memberitahukan kepada mereka kesempatan yang ia peroleh yang tidak diperolehnya sejak ia keluarkan Adam dari syurga. Setelah mendapat dan memperoleh petunjuk-petunjuk dan perintah-perintah dari bapak Iblis bubarlah pertemuan mereka dan bersebarlah anak buah Iblis sesuai dengan perintah pemimpinnya.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2

Surabaya, 1977

Kesabaran nabi Ayub as (1)

Pelajaran ke-50

Aiyub bin Iesh bin Ishak. Ibunya adalah anaknya nabi Luth as. Nabi Aiyub beristerikan Rahmah binti Efraim bin Yusuf as. Ia menjadi kaya setelah mewarisi dari ayahnya suatu perternakan yang besar dan luas terdiri unta, kerbau, kambing, kuda, bighal dan hemar yang tidak terbilang banyaknya, sehingga ia merupakan orang yang terkaya pada waktu itu.

Tetkala ia diutus oleh Allah sebagai rasul kepada kaumnya di negeri Hauran, ia tidak mendapat tentangan dan perlawanan dari mereka ia diterima dengan baik kerana kedudukannya, nenek moyangnya dari jurusan ayah maupun ibu yang dihormati dan dimuliakan juga kerana kebijaksanaannya dan budi pekertinya serta lemah lembut perilakunya terhadap sesama kaumnya, sehingga ia menjadi seakan-akan seperti ayah yang penuh kasih sayang bagi anak-anak yatim , seperti suami yang baik bagi para janda, dan saudara bagi orang-orang yang lemah dan miskin.

Ia dari waktu ke waktu mengadakan jamuan makan bagi para fakir miskin dan tamu-tamu yang datang dari luar. Kebunnya yang penuh dengan rupa-rupa tanaman dan buah-buahan terbuka bagi umum, bagi siapa saja yang hendak memetik dan mengambilnya. Ia berpesan kepada wakil-wakilnya dan penjaga kebunnya agar berlaku baik dan tidak melarang siapa saja yang hendak menikmati hasil tanaman dan buah-buahan kebunnya itu. Ia walaupun tenggelam dalam kekayaan yang melimpah-limpah dan kebahagiaan duniawi yang tidak terhingga, tidak pernah lalai bersyukur kepada Allah dan tidak pernah lidahnya berhenti memuji-muji Allah dengan katanya: Ya Tuhanku! Inilah pemberianMu dan karuniaMu kepada hambaMu di dunia yang merupakan penjara ini, maka bagaimanakah pemberianMu kelak di syurga bagi hamba-hambaMu yang Engkau terima sebagai tamu-tamuMu yang mulia?

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Kepungan hidup manusia

Renungan 29



Di dunia ini lebih mudah kebaikan daripada kejahatan. Tetapi manusia lebih cenderung berbuat kejahatan dari kebaikan. Ini disebabkan nafsu lebih tua daripada akal. Iblis lebih tua umurnya daripada manusia. Sedangkan manusia dikepung dari empat penjuru, kiri hawa, di kanan nafsu, di muka dunia, di belakang syaitan. Tubuh dan dunia berada dalam kekotoran, oleh kerana itu jiwa perlu dibersihkan dengan pengetahuan dan keimanan.

Wallahu a’lam.



Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008


Kita bercermin dan menelek


Kita leka bercermin menghias diri
tetapi tiada waktu mengecas rohani
kita suka menelek mencantik persona
tetapi tidak gemar menyolek sukma

kita berhabis usia mengejar dunia
tetapi suntik masa menjana pahala
kita boros harta demi menjaga darjat
tetapi kedekut belanja merebut akhirat

kita habiskan wang untuk santapan raga
tapi tiada peruntukan untuk makanan minda
kita sanggup mati demi cintakan si dia
tetapi takut mati demi cinta Dia.

Azmi Yusoff
Machang Kelantan
Mingguan Malaysia
7 Dis 2014


Tuesday, December 23, 2014

Penyembelihan Ismail oleh Ibrahim


Pelajaran ke-49

Diceritakan bahwa kambing yang dibawa oleh Jibril guna mengantikan Ismail ialah kambing yang dikorbankan oleh Habil yang masih hidup di syurga hingga saat dikorbankannya menggantikan Ismail. Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada hari raya Haji.
 
Adapun takbiran yang dilakukan oleh umat Islam di hari-hari raya Haji, maka berasal dari cerita bahwa malaikat Jibril tatkala melihat nabi Ibrahim menggosokkan pisaunnya pada leher puteranya Ismail, ia menggeleng kepalanya berta’jub, heran dan kagum seraya mengucapkan takbir : Allahu Akbar, Allahu Akbar yang dijawab  oleh nabi Ibrahim dengan : Lailaha Illallahu Wallahu Akbar, disusul oleh nabi Ismail dengan kata-kata : Allahu Akbar Walillahilhamdu.

Berkata Ibnu Abbas ra: Andaikata penyembelihan Ismail jadi dilaksanakan, maka penyembelihan anak sebagai qurban tentu akan menjadi sunat dan syariat.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Ramalan

Renungan 28




Mempercayai ramalan adalah perkara khurafaat. Siasatlah sebaik mungkin bagi membantu anda membuat keputusan, jangan meneka-neka dalam kesamaran. Yakinlah bahawa hanya Allah SWT yang dapat memberi kesan kepada manusia dan makhluk yang lain. Makhluk lain tidak memberi kesan kepada manusia melainkan dengan izinNya.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008

UPKK 2014


27,614 calon dapat keputusan 8A UPKK

PUTRAJAYA 22 Dis. – Sebanyak 27,614 atau 15.29 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara pada tahun ini berjaya mencatatkan keputusan 8A.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak 3.1 peratus berbanding tahun lalu yang menyaksikan 22,608 atau 12.22 peratus calon mendapat 8A.

Beliau berkata, ke­putusan UPKK tahun ini turut mencatatkan pencapaian terbaik apabila seluruh negeri mendapat keputusan cemerlang dengan kelulusan 100 peratus tanpa ‘D’ berbanding 99.99 peratus pada tahun lalu.

“Mengenai prestasi keseluruhan pula, sebanyak 180,589 calon atau 100 peratus lulus di dalam peperiksaan tersebut berbanding 185,050 calon atau 99 peratus pada lalu.

“Calon paling ramai mendapat 8A adalah dari Melaka iaitu 1,910 calon, diikuti Wilayah Persekutuan sebanyak 1,788 dan Sabah mencatat 1,206 calon,” katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan U­PKK 2014 di sini hari ini.

Sebanyak 180,589 calon menduduki UPKK yang dikelolakan oleh Jakim pada 13 hingga 16 Oktober lalu.UPKK melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah), Pelajaran Jawi, Sirah, Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran (Bahasa Arab).

Sementara itu, Othman berkata, bagi kelulusan mengikut mata pelajaran pula, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat masing-masing mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus diikuti Bidang al-Quran 99 peratus.

Katanya, keputusan itu menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan.

“Pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) UPKK untuk tahun ini adalah 1.76 manakala tahun 2013 iaitu 1.86 mata dengan peningkatan 0.1 mata.

“Negeri terbaik berdasarkan GPN adalah Wilayah Persekutuan dengan 1.56 mata, diikuti Selangor 1.57 mata dan Melaka mencatat 1.59 mata,” katanya.

Wallahu a’lam.

Utusan online
23 Disember 2014

PT3 tidak boleh dibanding dengan PMR


PUTRAJAYA 22 Dis. – Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 yang dikeluarkan hari ini tidak boleh dibandingkan dengan pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diadakan sebelum ini berikutan menggunakan format dan pendekatan berbeza.Ketua Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan Lembaga Peperiksaan (LP), Norzila Mohd. Yusof berkata, data yang dikeluarkan dalam PT3 merupakan maklumat baharu dan tidak boleh dibandingkan dengan peperiksaan lain.

Pada masa sama, katanya, keputusan yang dikeluarkan itu juga tidak boleh dirumuskan mengalami sebarang peningkatan atau penurunan kerana berbeza dengan peperiksaan terdahulu.

“Pentaksiran ini digubal untuk melihat tahap penguasaan anak-anak kita selepas belajar selama tiga tahun di peringkat menengah rendah, yang mana untuk PT3 pendekatan penetapan standard untuk penentuan skor mengikut penggredan A, B, C, D dan seterusnya jika mereka layak gred A kita bagi keputusan itu.

“Berbeza dengan PMR kita guna kaedah penentuan standard yang mana penentuan penggredan mengikut beberapa perkara antaranya mengikut trend tiga tahun lepas, statistik dan norma tetapi untuk PT3 bergantung sepenuhnya kepada pelajar itu sendiri dan tidak dilihat pada trend sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Norzila, pendekatan seperti itu bagus kerana sejajar dengan objektif mata pelajaran yang memerlukan setiap pelajar menguasai peringkat menengah rendah.Mengulas lanjut beliau berkata, untuk keputusan PT3 pihaknya juga tidak membuat sebarang analisis atau pengumuman sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pentadbiran sekolah untuk melakukannya.Katanya, perkara itu bertujuan memberi peluang kepada pihak sekolah membuat analisis dan penambahbaikan serta melihat kekuatan dan kelemahan pelajar masing-masing.

“Untuk PT3 apabila LP sudah menetapkan skor gred kami akan menghantar ke dalam sistem sekolah untuk mereka mencetak laporan itu serta membuat analisis bagi sekolah masing-masing. Di peringkat pusat kita tidak membuat sebarang analisis untuk PT3,” katanya.

Mengulas dakwaan pentaksiran tersebut sukar kerana menggunakan item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Norzila menolak tanggapan tersebut sebaliknya berkata, item tersebut bertujuan menguji tahap pemikiran pelajar supaya berfikir secara kreatif dan kritis.

“Tujuan item KBAT dimasukkan dalam PT3 adalah untuk menyuruh pelajar ini berfikir bagaimana kaedah menyelesaikan masalah yang timbul berdasarkan pengetahuan diperoleh di sekolah dan sebagainya. Sekiranya perkara itu bukan rutin sudah tentu pelajar merasa susah.

“Sebenarnya perkara ini tidak sesukar mana cuma memerlukan mereka menjana fikiran untuk menjawab tugasan yang diberikan,” katanya.

Katanya, sebanyak 25 peratus soalan merupakan item aras rendah dan tinggi manakala, selebihnya item aras sederhana.Sementara itu, Norzila berkata, PT3 tidak seharusnya dilihat kepada akademik semata-mata tetapi perlu dirangkumkan bersama komponen lain iaitu pentaksiran sekolah, aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik bagi melahirkan pelajar yang holistik.

Wallahu a’lam.

Utusan online
23 Disember 2014

Menganalisis majlis ucapan



1. Tujuan majlis
2. Tempat majlis
3. Harapan perucap
4. Masa anda menyampaikan ucapan
5. Menganalisis diri

Bagi kebanyakkan kita, masalahnya bukan kerana sasaran kita terlampau tinggi, justeru tidak mampu mencapainya tetapi masalahnya ialah sasaran yang terlalu rendah, dan kita berjaya menggapainya.          
  (Michelangelo)

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

Yang


yang mencukupi itu menghidupkan
yang berlebihan itu mematikan

Kuntum biru kembang lestari
Muhammad Haji Salleh
2013


Ya Allah, jadikanlah hujan yang turun ini rahmatMu yang membasahi bumi dan turun diperlembahan menghijaukan tanam-tanaman. Jauhilah kami dari mara bahaya dan bencana banjir kerananya. Aameen.

Monday, December 22, 2014

Cemerlang PT3

Hafaz Al-Quran Rahsia Pelajar Peroleh 11A Dalam PT3

IPOH: Selain belajar bersungguh-sungguh, menghafaz Al-Quran turut merupakan faktor yang membantu kejayaan seorang pelajar dalam Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).  Nurunnuha Muhammad Ismi dari Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini yang memperoleh keputusan 11A berkata awal pagi adalah masa sesuai untuk menghafal Al-Quran seterusnya mengulangkaji mata pelajaran sekolah.  

Saya akan bangun seawal pukul 5.30 pagi kerana waktu ini mudah untuk menghafal Al-Quran.  Apabila kita mudah menghafal Al-Quran, mudah juga untuk kita mengulangkaji mata pelajaran sekolah, katanya ketika ditemui di sekolahnya pada Isnin. 

Selain itu, Nurunnuha berkata keredhaan ibu bapa dan guru juga amat penting untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.  Dengan nada sebak, anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata segala nasihat dan dorongan ibu membuatkannya cukup bersemangat untuk belajar. 

Saya harap kejayaan yang saya perolehi hari ini dapat membanggakan keduaibu bapa saya,katanya.

Seorang lagi pelajar sekolah itu, Nur Basyirah Mortaza yang memperolehi keputusan 10A berkata selain berusaha, beliau juga memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas. 

Cikgu banyak memberi bimbingan dan tips untuk berjaya, kata anak ketiga daripada lima beradik itu. 

Nur Basyirah yang bercita-cita menjadi seorang doktor lebih gemar mengulangkaji pelajaran seorang diri berbanding mengulang kaji secara berkumpulan. 

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Noor Aini Zainal Abidin berkata jumlah keseluruhan pelajar sekolah itu yang menduduki ujian PT3 adalah seramai 123 orang dan daripada jumlah itu seorang pelajar memperoleh 11A manakala 10Aseramai dua orang, 9A (empat), 8A (lapan), 7A (tujuh) dan 6A (enam). 

Saya tidak berpuas hati kerana hanya 22 pelajar memperolehi lebih dari 7A berbanding tahun lepas lebih 60 pelajar, katanya. 

Beliau berkata majoriti pelajar yang memperoleh lebih dari 7A bukan terdiri dari pelajar 'kaki buku' malah mereka yang aktif dalam bidang kokurikulum. 

Keputusan PT3 baru diumumkan hari ini. Tahniah kepada semua dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan

Wallahu a’lam.

mStar online
22 Dis 2014

Azab orang kafir di neraka

Pelajaran ke-48

Diriwayatkan bahwa ada seorang pria bertanya pada Iblis: Hai Aba Murrah (julukan Iblis): Apa yang harus aku perbuat agar menjadi seperti engkau? Dijawab oleh Iblis: Sangat menghaerankan, kerana tidak pernah seorang minta sesuatu dari padaku kecuali engkau. Aku maukan itu, ujar si pria. Lalu berkata Iblis: Jika engkau ingin menjadi seperti aku, maka bermalas-malaslah melakukan solat dan jangan segan mengucapkan sumpah benar, maupun dusta dan palsu.

Aku telah berjanji kepada Allah, kata si pria, bahwa tidak akan meninggalkan solat dan tidak sekali-kali akan bersumpah. Lalu berkata Iblis: Tidak pernah seorang meminta nasehat darpadaku dengan tipudaya seperti engkau, kerananya aku telah berjanji tidak akan memberi nasehat kepada seseorang manusia lagi.
(Kanzul-Akhbar)

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Ganjaran

Renungan 27

Jika manusia dapat melihat ganjaran itu seperti timbunan wang ringgit, maka pastinya mereka berlumba-lumba berbuat kebajikan. Rahmat Allah terhadap hambaNya amat luas. Balasan baik daripada Allah atas tindakan dan amalan baik yang dilakukan akan berbalik kepada diri individu itu sendiri.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008

Jenis-jenis ucapan


1. Impromptu
2. Extemporaneous
3. Ucapan daripada teks
4. Ucapan hafalan
5. Ucapan khutbah
6. Ucapan pembujukan
7. Ucapan penghormatan
8. Ucapan pengenalan
9. Ucapan penganugerahan & penerimaan
10. Ucapan alu-aluan
11. Ucapan perpisahan

Mutiara kata :

a) Lazimnya saya mengambil masa tiga minggu untuk menyediakan ucapan impromptu yang baik.
(Mark Twain)

b) Berucap tanpa berfikir samalah seperti menembak tanpa sasaran.
(W.G Benham)

c) Manuskrip anda baik dan original, tetapi bahagian yang baik  itu tidak original,  dan bahagian yang original itu tidak baik.
(Samuel Johnson )

d) Apabila saya hendak membujuk seseorang, saya gunakan satu pertiga daripada masa memikirkan tentang diri saya sendiri, apa yang akan saya nyatakan, dan dua pertiga daripada masa memikirkan tentang individu berkenaan dan apa yang akan dinyatakannya
(Abraham Lincoln)

e) Seorang yang bijak bercakap kerana mereka mempunyai sesuatu untuk diucapkan; seorang tolol berucap kerana mereka terpaksa menyatakan sesuatu.
(Pluto)

f) Lagi banyak anda ucapkan, lagi banyak perkara yang orang lupa.
(Francois Fedelon)

g) Alangkah beratnya perpisahan itu, malah lebih berat lagi sekiranya perpisahan itu terjadi tanpa ucapan selamat jalan.
(Alfonso Karrr)

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

Pohon

Kukira pohon ini
lebih mulia daripada manusia.

dihanyutkan ke kuala
dia tumbuh
menyempurnakan wujudnya.

tiada yang menjadi ahli politik
untuk merebut kuasa
atau meraja di atas
bangsanya.
 
tiada yang
mengumpat
untuk mencantas
kaki
teman yang sedang
naik tangga
atau
berbohong
supaya
dia terperlus dalam
kolam racunnya.

yang disempurnakan
ialah tugas purba
yang mengalir dalam
urat batang dan ranting.

Kuntum biru kembang lestari
Muhammad Haji Salleh
2013